Gambar-gambar banjir di Muar


Seperti yang telah dilaporkan oleh Malaysian Meteorological Department pada jam 8.52 pagi dan amaran yang dikemaskini pada pukul 4.15 petang, telah berlaku ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang), Selangor (Daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Daerah Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau dan Port Dickson), Melaka, Johor, Pahang (Daerah Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan), Terengganu (Daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Keningau), Pantai Barat, Kudat (Daerah Kudat dan Kota Marudu), Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Lawas) 

Keadaan berkenaan dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa 8 Ogos 2017.

Muar adalah daerah di Johor yang menghadapi tempias kesan hujan lebat yang berterusan pada hari ini. Keadaan kawasan-kawasan di Muar yang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak tengahari tadi (8 Ogos 2017). Antara kawasan yang terjejas termasuk di Jalan Sulaiman, Jalan Timbalan, Jalan Arab, Jalan Bakri, Jalan Abdul Rahman, Sungai Abong dan sekitar bandar Muar serta kawasan rekreasi Tanjung Emas.

Berikut adalah antara gambar-gambar lokasi banjir di Muar :













Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net