Pengalaman menaiki Grab Car di Melaka


Pada 16 May 2017 yang lalu, buat pertama kalinya saya mencuba untuk menaiki Grab Car dari kawasan Mydin Hypermarket Pulau Sebang, Melaka ke Kampung Tanjung Rimau Dalam (daerah Alor Gajah).

Setelah menghidupkan fungsi GPS dan aplikasi Grab di telefon pintar OPPO Neo5 16gb, saya memasukan maklumat yang diperlukan. Dalam kurang seminit saya mendapat respon dari pemandu Grab Car yang ada berdekatan.


Dipendekkan cerita saya berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Grab Car yang dipandu oleh Encik Emran. Tambang murah, kereta bersih, selesa dan wangi.


Berikut adalah undian saya untuk Grab Car yang kali pertama saya naik ini :

Disebabkan Mydin Hypermarket Pulau Sebang tidak 'muncul' di peta, maka saya setkan lokasi naik di Stesyen Minyak Shell (tapi naik depan Mydin)

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Komen saya berkenaan isu keselamatan :

Pada pandangan saya, sama ada penumpang mahupun pemandu, perlu berhati-hati dari sebarang kemungkinan. Jenayah boleh berlaku dari pihak penumpang atau pemandu.

Cadangan saya terutamanya pada perempuan / wanita, jika nak naik Uber atau Grab Car, pastikan anda bukan berseorangan sebaliknya naik ada kawan yang bersama anda. Risikonya lebih pada perempuan yang berseorangan (sama ada naik Uber/Grab Car mahupun pengangkutan awam yang lain).

Kita (lelaki juga boleh menjadi mangsa jenayah) berhak  menolak untuk menaiki kenderaan jika merasa curiga (cth : terdapat penumpang lain di dalam kenderaan Uber / Grab / Teksi).

Kita boleh membuat aduan pada syarikat Uber / Grab / Teksi jika tidak berpuas hati pada perkhidmatan yang digunakan. Jika keadaan memerlukan, laporkan pada pihak berkuasa.

Kemudahan Uber, Grab atau Teksi sangat memudahkan pengguna jalanraya. Jika berlaku jenayah, yang patut dipersalahkan ialah pemandu itu sendiri (jika dilakukan oleh pemandu).

Cadangan tambahan :

* untuk keselamatan, sama ada anda naik Uber, Grab atau Teksi, anda hidupkan fungsi GPS dan merakam video pada telefon anda (jika telefon anda berkeupayaan sedemikian).

* hidupkan fungsi² berkenaan selagi anda masih berada di dalam kenderaan berkenaan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan