Resipi Cheese Bakes Rice


Bahan-bahannya :

● Butter untuk menumis
● Bawang putih, bawang merah (dipotong dadu)
● Isi ayam
● Sosej (atau apa2 yg minat)
● Carrot or sayur campur
● Kiub ayam
● Mushroom
● Fresh milk
● Nasi yang sudah dimasak
● Mozzarella/ Parmesan/ Cheddar cheese.

Cara-cara :

1. Cairkan butter dan tumiskan bawang putih dan merah.

2. Masukkan carrot, isi ayam dan sosej. Tumis sampai naik bau bukan naik hantu. Kemudian masukkan nasi. Gorenglah macam nak buat nasi goreng tu. Ketepikan

3. Dalam pan lain, masukkan fresh milk dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih dan masukkan mushroom. Kacau sampai pekat.

4. Tuangkan ke atas nasi yang telah digoreng tadi. Ratakan.

5. Atas sekali letaklah mozarella atau parmesan. Selang-selikan dengan cheddar cheese kalau nak lagi power!

6. Bakar dalam oven dengan suhu lebih kurang 180 darjah celsius selama 20 minit atau sehingga cheese bertukar warna keperangan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan