Setinggan musnah di Putatan


Tujuh buah rumah setinggan musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Dumpil, Putatan, Sabah, pagi 28 Mac 2017. Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 15 kilometer itu pada jam 9.29 pagi.

Menurut pihak bomba, kesemua rumah dengan anggaran berkeluasan 100 kaki panjang dan 100 kaki lebar itu musnah dalam kejadian berkenaan. Anggota bomba menggunakan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 3 pancutan 200kaki dari jentera scania dan 1 aliran 1 pancutan 200 kaki dari jentera Water Tanker untuk memadam kebakaran. 

Operasi yang melibatkan 17 orang anggota dari balai bomba Penampang dan 13 anggota dari balai bomba Kota Kinabalu serta seorang pegawai penyiasat itu berjaya dikawal pada jam 10.03 pagi. Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.


Sumber dari : Sayang Sabah 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan