Liga Super Malaysia 26 Julai 2017


Keputusan penuh enam perlawanan Liga Super Malaysia pada 26 Julai 2017 :

Felda United 3 - 1 Selangor

Johor DT 2 - 1 Perak

Kedah 5 - 0 Kelantan

Melaka United 4 - 2 Sarawak FA

Penang 2 - 0 Pahang

PKNS FC 2 - 1 T-Team

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017


Keputusan Penuh enam perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia, yang berlangsung pada 15 Julai 2017 :

Felda United 5 - 1 T-Team

Johor DT 3 - 1 Sarawak FA

Kedah 1 - 1 Selangor

Kelantan 0 - 2 Perak

Melaka United 2 - 3 Pulau Pinang 

PKNS FC 1 - 3 Pahang

Pembunuhan di Sungai Udang, Melaka

 

Seorang peniaga kafeteria maut ditetak manakala isterinya parah dikelar penyamun yang memecah masuk di rumahnya di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Suspek yang dikenali oleh mangsa, dikatakan telah datang beraya di rumah mangsa pada petang hari kejadian dan telah memecah masuk ke rumah mangsa semasa mangsa (suami isteri) masih berada di surau berhampiran taman perumahan berkenaan.

Tahap kecederaan mangsa pembunuhan

Mangsa pembunuhan (dalam bulatan)

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, Abdul Rahman Pileh, 60, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Sabturiah Lakidau, 59, dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Polis sedang memburu suspek.

Isteri mangsa

Kawasan berhampiran rumah mangsa yang dikawal polis

Keanggotaan Majlis Presiden Pakatan Harapan



Pada gambar di atas ialah maklumat Keanggotaan Majlis Presiden Pakatan Harapan, seperti yang diumum pada sidang media baru-baru ini.

Pengumuman jawatan-jawatan AJK akan dibuat dalam masa terdekat.

Piala Malaysia 7 Julai 2017


Sebanyak lima perlawanan berlangsung pada malam ini bagi Perlawanan Piala Malaysia :

KEPUTUSAN PENUH

Kuala Lumpur 0 - 3 Perak 
(telah tamat kerana bermula petang)

Negeri Sembilan 3 - 3 T-Team

PKNP 1 - 1 Pahang

Terengganu 0 - 0 Johor DT 

UiTM 0 - 5 Kedah

Mus May koma - masuk hospital


Vokalis kumpulan May iaitu Mus berada dalam keadaan koma dan  dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Isterinya yang dikenali sebagai Sue ketika dihubungi mStar Online memberitahu, suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi diri dia yang terlalu lemah selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

"Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).
"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian  bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa)," katanya.

Dalam pada itu, Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan.

"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," ujarnya.

Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun  dia mungkin keletihan.
"Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius," jelasnya yang mengharap doa semua pihak terhadap Mus.


Keputusan Piala Malaysia 4 Julai 2017


Keputusan terkini Piala Malaysia, 04/07/2017

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 0 - 0 Kuala Lumpur 

Johor DT 4 - 0 Sarawak FA 

Kedah 2 - 0 Melaka United 

Kelantan 3 - 1 UiTM

Pahang 2 - 2 Negeri Sembilan FA 

Perak 2 - 0 PKNS FC

Selangor 1 - 1 Terengganu

T-Team 1 - 2 PKNP

Liga Super Malaysia : 01/07/2017


Keputusan penuh bagi enam perlawanan Liga Super yang berlangsung pada 1 Julai 2017.

Felda United 2 - 1 Pahang

Johor DT 2 - 0 Pulau Pinang

Kedah 2 -3 Perak

Kelantan 0 - 2 Sarawak

PKNS FC 1 - 1 Melaka United

Selangor 4 - 2 T-Team


Resipi dodol ekspres


Resipi ini adalah untuk membuat dodol dalam kuantiti yang kecil dan untuk yang mempunyai periuk jenama Noxxa saja atau periuk yang mempunyai fungsi-fungsi yang sama.

Bahan-bahan :

1 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1 cawan air gula merah + 1 cawan gula pasir- masak dan tapis
( tunggu sejuk lps tu masukkn tepung dan Santan, kacau sebati, blender lagi bagus-halus)

Selepas itu 'steam' kan ia selama 5 minit saja. Tombol pusing kepada steam juga.

- Setelah siap , kacau dodol menggunakan senduk kayu sehingga pekat, melekat jadi dodol.


Sumber: Memasak kerja mudah

Aliran trafik dijangka sesak teruk bermula malam Khamis


Aliran trafik di semua lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat 12 tengah hari tadi (21 Jun 2017) namun dijangka meningkat petang nanti apabila warga kota beransur-ansur pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri hujung minggu ini.

Ketika dihubungi Bernama, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dan juga Lebuhraya Pantai Timur masih lancar di kedua-dua arah.

"Aliran trafik dijangka sesak teruk bermula malam Khamis nanti memandangkan sekolah mula bercuti pada Jumaat dan orang ramai mula pulang ke kampung," katanya. Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada Ahad ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

- Bernama

Remaja Islam selamatkan penghuni Menara Grenfell


Penghuni beragama Islam yang berjaga menunggu sahur antara jam 1 hingga 2 pagi menyelamatkan banyak nyawa dalam kebakaran Menara Grenfell kerana mereka yang menyedari kebakaran itu, mengejutkan jiran supaya menyelamatkan diri.

Mereka terhidu asap apabila kebakaran bermula kira-kira 1 pagi dan ketika berlari keluar menyelamatkan diri, mengetuk pintu rumah jiran memberitahu bahaya mendatang kerana penggera kebakaran dan penyiram air tidak berfungsi.

Antaranya, Khalid Suleman Ahmed, 20, yang tinggal di tingkat lapan berkata, dia bermain PS4 sambil menunggu sahur. Fajar di London ialah kira-kira 2.40 pagi.

"Saya terhidu asap tapi loceng kebakaran tidak berbunyi".

“Saya melihat melalui tingkap dan nampak asap dari tingkat tujuh lalu mengejutkan ibu saudara. Kami segera keluar dan mengetuk pintu rumah jiran,” katanya.

Menurut Daily Mail, seorang lagi penduduk, Nadia Yousuf, 29, berkata penghuni Islam antara yang pertama memberi amaran kepada penghuni lain mengenai kebakaran itu kerana menyedari kejadian ketika bangun untuk bersahur.
Kini, pelbagai pertubuhan, termasuk pusat Islam dan masjid, gereja serta kuil Sikh menyediakan bantuan dengan membuka rumah ibadat masing-masing sebagai tempat perlindungan kepada mangsa.

Masjid Al-Manaar menawarkan bantuan kepada mangsa dan gambar kanan, sukarelawan masjid itu mengumpul barangan keperluan yang disumbangkan orang ramai untuk diberi kepada mangsa

Masjid Al-Manaar berhampiran menawarkan perlindungan kepada semua mangsa tanpa mengira agama untuk tinggal di masjid itu.

Melalui Facebook, pengurusan masjid itu menyatakan: “Masjid dan Pusat Al-Manaar dibuka sebagai perlindungan sementara untuk mereka yang menjadi mangsa kebakaran Menara Grenfell Tower.

“Mangsa tanpa mengira agama dialu-alukan untuk berlindung, berehat, tidur, makan dan minum.

“Sukarelawan dan kakitangan Al-Manaar akan menghantar air, kurma dan keperluan lain kepada mangsa. Doa kami bersama anda ketika musibah ini.”

Gereja St Clement dan St James serta satu kuil Sikh juga menawarkan perlindungan kepada semua mangsa.

Seorang wanita tempatan berkata: "Jika bukan kerana remaja Islam sekitar sini dan yang datang dari masjid mungkin lebih ramai akan mati".

“Mereka yang pertama tiba membawa air dan membantu orang ramai.”

Andre Barroso, 33, memberitahu Independent: “Penduduk Islam bertanggungjawab mengejutkan penghuni lain keluar segera dari bangunan.

“Saya nampak penduduk Islam di mana-mana. Mereka juga menyediakan makanan dan pakaian.”


Sumber : Mymetro

Cara jawab salam yang disampaikan orang tengah


*👍  CARA BETUL JAWAB*
                *SALAM💖*

   Rupanya...cara kita jawab salam yg dikirim selama ini *_salah._* 
      
     Allahu akbar.
  
 Tapi tidak mengapa..lepas baca artikel ini, kita belajar cara yang betul, In Shaa Allah kita dapat jawab dengan sempurna...

*🌺👍Semoga bermanfa'at.*

CARA MENJAWABNYA, JIKA *ORANG BERKIRIM SALAM* KEPADA KITA:

Contoh sketsa :

Ramai muslim yang berjumpai bila menyampaikan salam dengan berkata : "Ajib, Nuar kirim salam". 

Akan dijawab, 

"Yeke? _WA'ALAIKUMUSSALAM_

Nampak macam tak ada masalah kan?

Tertanya² juga apa *_masalahnya_* kan? Yupp, *_memang ada masalah._*

Sebenarnya, jelas di dalam hadith Nabi SAW, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui pengirim (org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam itu *_bukannya,_* _'waalaikumussalam'_

*Tapi...*

*"Wa'alaika wa'alaihissalam".*

Sebab apa? Nuar suruh Din kirim salam pada Ajib. Jika Ajib jawab: *_wa'alaikumussalam_*...

Sedangkan:- 

*Wa'alaikumussalam* bermaksud *Selamat sejahtera ke atas KAMU*. Jadi, salam Nuar kepada Ajib tak terjawab kan?. Sebab Ajib do'akan salam tu kepada Din. Sedangkan Din itu merupakan ORANG TENGAH. 

Manakala *Wa'alaika wa'alaihissalam* bermaksud *dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera*.

*Maka salamnya terjawab. Indahnya islam.*

CATATAN: Hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna *_MASIH BELUM JAWAB._*

Tealive bukan penjenamaan semula Chatime



Mungkin ada yang tanya, "Chatime dah tukar nama ke Tealive kan ?".

Jawapannya - TIDAK

Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master franchisee jenama Chatime di Malaysia.

Banyak orang terkejut dengan penamatan kontrak ni sebab baki kontrak ada 20 tahun lebih lagi! (ada lagi orang sign kontrak puluh-puluh tahun zaman sekarang ni).

Reaksi awal Bryan Loo, pemilik Loob Holding atas berita penamatan kontrak ini lebih kepada bermain emosi. Bukan menerangkan isu sebenar penamatan kontrak. Bryan menyatakan bahawa, penamatan kontrak ini akan mengakibatkan banyak pekerja hilang sumber pendapatan.

Apa sebab sebenar La Kaffa tamatkan kontrak Loob Holding?

La Kaffa sebuah syarikat besar yang mementingkan kualiti, mendapati Loob Holding melanggar kontrak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa.

Bryan yang cuba melawan akhirnya mengaku dan mengeluarkan kenyataan bahawa bahan-bahan yang diiktiraf La Kaffa terlalu mahal.

Malah Bryan cuba memenangi hati masyarakat Malaysia dengan menyatakan bahan-bahan yang dia gunakan adalah halal.

Setelah gagal untuk terus menjadi master franchisee Chatime, Loob Holding mencipta jenama baru iaitu Tealive.

Dengan kebijaksanaan Bryan, 95% franchisee Chatime di Malaysia beralih kepada jenama Tealive. La Kaffa terkejut dan bimbang, sebab majoriti pendapatan Chatime sebelum ini datang dari Malaysia.

Walaupun 95% franchisee di Malaysia beralih kepada Tealive, ada satu franchisee yang merupakan top performer Chatime masih kekal dengan Chatime. Franchisee yang memiliki beberapa outlet ini dimiliki oleh syarikat Will Group - sebuah syarikat Bumiputera.

Will Group yang ditubuhkan oleh Aliza Ali yang juga managing director dipilih oleh La Kaffa sebagai master franchisee baru untuk Chatime di Malaysia.

Salah seorang pemegang saham yang besar dalam Will Group adalah YM Cik Puan Muda (Pahang) Julita Aishah.

Aliza Ali ternyata lebih bijak bila berjaya membuat perjanjian baru dengan La Kaffa. Dalam perjanjian baru, pembelian bahan mentah tidak lagi menggunakan USD, tetapi menggunakan Ringgit Malaysia.

Dan paling menarik, Will Group berjaya membuat perjanjian supaya La Kaffa menjadikan Malaysia sebagai hub bahan mentah Chatime untuk rantau Asia. Rupa-rupanya sebelum ini, La Kaffa membeli koko dari Malaysia untuk diproses di Taiwan kemudian Loob Holding beli balik dari Taiwan bawak balik Malaysia - padan la mahal.

Kini, dalam tempoh 6 bulan, Will Group menyasarkan untuk membuka 40 outlet baru di seluruh Malaysia. Walaupun jumlah agak sedikit berbanding Tealive (160 outlet lebih), kawasan outlet Chatime akan bertumpu kepada kawasan yang lebih strategik. Aliza kata, pendapatan 40 outlet baru ini boleh menyamai 100 outlet Chatime sebelum ini.

Kembali kepada persoalan asal - Nak pilih Chatime ke Tealive?

Secara peribadi, aku pilih Chatime. Berdasarkan komitmen La Kaffa terhadap kualiti bahan mentah dan berdasarkan Loob Holding yang sanggup "cut corners" untuk jimat duit. Manakala Will Group telah menjadi top performer franchisee sewaktu menjadi franchisee biasa.

Chatime pilihan yang lebih berkualiti.

Dalam temuramah BFM, Aliza memberi komitmen bahawa Chatime Malaysia akan terus konsisten dari segi kualiti dan rasa.

Dan La Kaffa ada menyatakan hasrat supaya Will Group membuka outlet Chatime di Singapura.

Dan Aliza berbangga bila Tealive memilih warna yang sama dengan Chatime

P. S. - Status ni adalah pilihan peribadi semata-mata dan untuk memperbetulkan mitos Chatime tukar nama kepada Tealive.

Masing-masing boleh buat penilaian sendiri



Kredit : abu mu'aaz

Spesifikasi Nokia 3310 (Dual Simcard) tahun 2017


Nokia 3310 ialah sebuah telefon bimbit dwijalur GSM900/1800. Diperkenalkan pada suku keempat tahun 2000, ia menggantikan jenis Nokia 3210. Jualan telefon ini bagus sekali, menjadi antara telefon paling berjaya dengan 126 juta telefon terjual di pasaran utama dunia. Beberapa kelainan selepas model 3310 telah dikeluarkan, termasuk Nokia 3315, 3320, 3330, 3350, 3360, 3390 dan 3395.

Kini Nokia mengembalikan model 3310 dengan rekaan, sistem dalaman dan fungsi yang baru yang tiada pada model 3310 yang terawal.  Berikut di bawah adalah nota spesifikasi Nokia 3310 yang terbaru. Saya mengekalkannya dalam Bahasa Inggeris bagi mengelakkan perubahan atau kelainan maksud jika diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia.


Outside
  • Beautiful push buttons and iconic shaped design
  • Headphone jack for your tunes
  • 2.4” curved window with polarized layer for better readability in sunlight
  • 2 MP camera with LED flash for simple snaps
  • Available as both single SIM and dual SIM variants

Inside
  • 2G connectivity for calling and texting
  • All-new UI with nods to the original
  • Awesome battery life, with up to 22 hours talk time
  • FM radio and MP3 player for music
  • 16 MB storage3 plus a MicroSD card slot with support up to 32 GB

Full specifications

In the box

Your Nokia 3310
Nokia MicroUSB charger
WH-108 headset*
Quick guide
*Varies by market, please check availability


Design

Colors Warm Red (Glossy), Dark Blue (Matte), Yellow (Glossy), Grey (Matte)
Size 115.6 x 51 x 12.8 mm


Network and connectivity

Network speed 2G
Networks GSM 900/1800 MHz


Performance

Operating system Nokia Series 30+


Storage

Internal memory 16 MB
MicroSD card slot Support for up to 32 GB, memory card sold separately


Audio

Connector 3.5 mm AV connector
Apps FM radio, MP3 player


Display

Size and type 2.4” QVGA


Camera

Primary camera 2MP
Flash LED flash


Connectivity

Connectivity Micro USB (USB 2.0), Bluetooth 3.0 with SLAM


Battery life

Battery type Removable 1200 mAh battery5
Max. talk time Up to 22.1 hours
Max. standby time Up to 25.3 days
Max. MP3 playback time Up to 51 hours
Max. FM radio playback time Up to 39 hours

Apple telah merasmikan iOS 11

Setelah hampir sekian lama menantikan perubahan yang harus berlaku pada sistem operasi iOS, Apple kini dengan secara rasminya telah memperkenalkan iOS 11 kepada umum. Terdapat pelbagai ciri dengan pelbagai fungsi yang seakan menyegarkan pandangan anda apabila melihat iOS 11 ini.

Dengan paparan antaramuka baharu pada Control Center pada iPhone dan anda boleh menyusun tetapan sehinggalah ke multitasking pada iPad, pasti memberi nafas baru untuk sistem operasi iOS setelah 10 tahun dikeluarkan bermula dari iPhone OS 1.0 sehinggalah iOS 10.

Dengan paparan antaramuka baharu pada Control Center pada iPhone dan anda boleh menyusun tetapan sehinggalah ke multitasking pada iPad, pasti memberi nafas baru untuk sistem operasi iOS setelah 10 tahun dikeluarkan bermula dari iPhone OS 1.0 sehinggalah iOS 10. 

Seperti yang dijangkakan, iOS 11 dengan secara rasminya telah membuang sokongan untuk aplikasi 32-bit dan juga peranti 32-bit. Kesemua peranti yang menyokong iOS 11 ialah peranti 64-bit bermula dari iPhone 5s ke atas, iPad mini 2 ke atas, iPad generasi kelima, iPad 9.7-inci terbaru, kesemua iPad Air, kesemua iPad Pro dan juga iPod touch 6.

Adakah iOS 11 sudah boleh dimuat turun dan digunakan? 

Tidak. Bermula hari ini, pembangun aplikasi atau yang mempunyai akaun pembangun sahaja yang mempunyai akses untuk memuat turun dan memasang serta menggunakan iOS 11 ini. Untuk pengguna Public Beta, anda akan boleh memuat turun untuk mencuba iOS 11 pada akhir bulan ini dan bagi pengguna umum, iOS 11 akan dilepaskan pada bulan September.
Kesemua iOS 11 yang anda nampak pengguna lain gunakan ialah versi beta. Bagi yang tidak paham, iOS 11 masih dalam versi beta yang tidak stabil disebabkan ia mempunyai pelbagai pepijat. Bila dah tak stabil, maka akan terdapatlah pelbagai ragamnya seperti kelembatan, aplikasi tidak berfungsi dan sebagainya. Bagi yang degil dan mahu gunakan juga sebab nak ‘show off’, sila tanggung sendiri dan jangan mengajak pengguna lain untuk menggunakannya.
Mahu gunakan versi beta sekurangnya anda perlu tahu penggunaan Restore iOS menggunakan iPSW dan juga cara downgrade. Tidak semua pengguna tahu dan janganlah mengajak mereka untuk menambahkan masalah kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka pula.


Sumber :  Apple User Group (Malaysia)®

Jersi edisi khas dari USA untuk JDT


Mulai tahun 2019, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menerima kit jersi tajaan Nike yang direka khas oleh Ibu Pejabat Nike di Amerika Syarikat. 

JDT secara tidak langsung akan menjadi kelab kedua di Asia Tenggara yang menerima pengiktirafan dari Nike selepas Kelab Chonburi dari Thailand.

Kereta terbakar di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah Melaka


Semalam (27 Mei 2017), ketika baru sahaja kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, orang ramai di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah Melaka yang berhampiran dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTC Melaka dan Wisma Air, dikejutkan dengan sebuah kereta terbakar di jalanraya, berdekatan persimpangan lampu isyarat dari Jalan Tun Ali menuju Jalan Hang Tuah, Melaka.

Melalui sumber perkongsian,  kejadian berlaku sekitar pukul 11.45 malam dan jenama kereta yang terbakar ialah Myvi.

Sebelum pihak bomba tiba, kelihatan seorang lelaki berlari menuju ke kereta berkenaan untuk cuba memadamkan api yang makin marak.

Berikut di bawah adalah video pendek yang dirakamkan oleh pengunjung ataupun peniaga di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah, Melaka :

video

video

video

Liga Super Malaysia 24/05/2017


Sebanyak enam perlawanan berlangsung pada hari ini ( 24 Mei 2017 ).


KEPUTUSAN PENUH


Felda United  3  -  0  Malacca United 

Kedah  3  -  0  T-Team 

Kelantan  2  -  2  Penang 

Perak  0  -  0  Sarawak FA 

PKNS FC  0  -  1  Johor DT 

Selangor  0  -  2  Pahang 

Pengalaman menaiki Grab Car di Melaka


Pada 16 May 2017 yang lalu, buat pertama kalinya saya mencuba untuk menaiki Grab Car dari kawasan Mydin Hypermarket Pulau Sebang, Melaka ke Kampung Tanjung Rimau Dalam (daerah Alor Gajah).

Setelah menghidupkan fungsi GPS dan aplikasi Grab di telefon pintar OPPO Neo5 16gb, saya memasukan maklumat yang diperlukan. Dalam kurang seminit saya mendapat respon dari pemandu Grab Car yang ada berdekatan.


Dipendekkan cerita saya berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Grab Car yang dipandu oleh Encik Emran. Tambang murah, kereta bersih, selesa dan wangi.


Berikut adalah undian saya untuk Grab Car yang kali pertama saya naik ini :

Disebabkan Mydin Hypermarket Pulau Sebang tidak 'muncul' di peta, maka saya setkan lokasi naik di Stesyen Minyak Shell (tapi naik depan Mydin)

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Komen saya berkenaan isu keselamatan :

Pada pandangan saya, sama ada penumpang mahupun pemandu, perlu berhati-hati dari sebarang kemungkinan. Jenayah boleh berlaku dari pihak penumpang atau pemandu.

Cadangan saya terutamanya pada perempuan / wanita, jika nak naik Uber atau Grab Car, pastikan anda bukan berseorangan sebaliknya naik ada kawan yang bersama anda. Risikonya lebih pada perempuan yang berseorangan (sama ada naik Uber/Grab Car mahupun pengangkutan awam yang lain).

Kita (lelaki juga boleh menjadi mangsa jenayah) berhak  menolak untuk menaiki kenderaan jika merasa curiga (cth : terdapat penumpang lain di dalam kenderaan Uber / Grab / Teksi).

Kita boleh membuat aduan pada syarikat Uber / Grab / Teksi jika tidak berpuas hati pada perkhidmatan yang digunakan. Jika keadaan memerlukan, laporkan pada pihak berkuasa.

Kemudahan Uber, Grab atau Teksi sangat memudahkan pengguna jalanraya. Jika berlaku jenayah, yang patut dipersalahkan ialah pemandu itu sendiri (jika dilakukan oleh pemandu).

Cadangan tambahan :

* untuk keselamatan, sama ada anda naik Uber, Grab atau Teksi, anda hidupkan fungsi GPS dan merakam video pada telefon anda (jika telefon anda berkeupayaan sedemikian).

* hidupkan fungsi² berkenaan selagi anda masih berada di dalam kenderaan berkenaan.

Final Piala FA 2017

Final | 20 Mei 2017 - 9.00 Malam| Stadium Shah Alam

PAHANG  2  -  3  KEDAH

20' (Ken Ilso) Kedah
45'+1' (Baddrol Bakhtiar) Kedah
45'+5 (Heo Jae-won) Pahang
73' (Baddrol Bakhtiar) Kedah
80' (Mohamadou Sumareh) Pahang



Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM

#EraBaharu

Resipi Ais Krim Coklat Berkacang


Bahan-bahan :

- 500ml whipped dairy cream
- 400ml susu cair full cream
- 200g dark cooking chocolate, potong dadu
- 50g dark cooking chocolate, cairkan
- 150g gula pasir
- 50 gram coklat
- 4 biji kuning telur
- 1/2 sudu teh vanila
- Sediakan kacang cincang sebagai topping

Cara-cara :

1. Masukkan susu cair bersama dengan vanila ke dalam periuk, masak dengan menggunakan api kecil. Tambahkan coklat cair sedikit demi sedikit sambil terus di kacau supaya coklat larut. Diamkan sampai mendidih kemudian angkat.

2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama dengan gula pasir sampai kembang. Tuang sedikit demi sedikit susu yang telah dimasak ke dalam pukulan telur td. Pastikan seluruh bahan sebati kemudian masak sekali lagi atas dapur dengan api sederhana hingga adunan susu telur menjadi pekat. Angkat dan biarkan seketika.

3. Dalam periuk yang lain, masak whipped dairy cream sampai mendidih, kemudian masukkan dark cooking chocolate sedikit demi sedikit sambil terus di kacau. Masak hingga coklat larut bersama dengan krim. Lalu Angkat.

4. Tuangkan adunan susu telur kedalam campuran krim coklat sedikit demi sedikit sambil terus kacau. Jika perlu, pakailah mixer supaya kedua adunan sebati dgn sempurna.

- setelah proses mixer-

5. Ambil cetakan agar-agar atau es krim stik, tuang adunan es krim kedalam cetakan.

6. Ambil stik es krim serta letakkan di tengah-tengah lubang setiap cetakan serta letakkan sebaik mgkin agar tidak bergesel. Kita dapat memakai kertas karton yang di lubangi sesuai dengan letak lubang cetakan. Posisikan sedemikian rupa sampai stik es krim blh diselipkan pada lubang karton serta letaknya berada pada bagian tengah masing-masing cetakan.

7. Setelah itu masukkan cetakan es krim kedalam freezer sampai adunan padat.

8. Sesudah padat serta beku, keluarkan es krim dari cetakan dan celupkan kedalam dark cooking chocolate yang sudah dicairkan terlebih dahulu serta taburi dengan kacang cincang.

9. Masukkan kembali ke dalam freezer supaya lapisan coklatnya mengeras.


Kredit : SA Ahnaf

Resipi Ayam Percik Kelantan


Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian


Bahan Perapan :

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa


Bahan untuk kuah :

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam


Cara Memasak :

1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.

2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.

4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.

5. Angkat.

6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.

7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.

9. Siap!

JDT lwn Ceres Negros : AFC Cup 2017

Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin | RABU, 17 MEI 2017 - 8.45 malam

Keputusan penuh perlawanan Separuh Akhir Pertama Zon Asean untuk Piala AFC 2017, antara wakil Malaysia dan Philipina di Larkin.

JOHOR DARUL TA'ZIM (MAS) 3 - 2 CERES NEGROS FC (PHI)

18' Gonzalo Cabrera (JOHOR DT)
21' Fernando Rodríguez (CERES NEGROS FC)
25' Bienvenido Marañ (CERES NEGROS FC)
44' Safiq Rahim (JOHOR DT)
67'  Hazwan Bakri (JOHOR DT)


2017 AFC CUP | 17TH MAY 2017


* Keputusan telah dikemaskinikan dari semasa ke semasa menggunakan internet dari ONEXOX Prepaid

* Siaran langsung di Fox Sports Saluran 812 & 832 HD

-------- °°°°° -------- 

2017 AFC CUP I 17TH MAY 2017

(Asean Zone Semi-Finals 1st Leg)

JOHOR DARUL TA'ZIM (MAS) vs CERES NEGROS FC (PHI)
Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos Stadium, Larkin, 8.45 pm

* Live on Fox Sports Channel 812 & 832 HD

Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM
#EraBaharu

Resipi Kuih Denderam


Berikut adalah bahan-bahan serta cara pembuatan kuih denderam atau ada sesetengah tempat menamakannya sebagai "telinga keling" dan "peniram".

Bahan-bahan :


- 1 peket tepung beras (500grm)
- 400gram gula merah
- 230ml air

Cara membuat :

- Masak gula merah dengan air sampai mendidih sehingga gula hancur.

- Tuang (tapis) air gula yg masih panas itu ke dalam tepung.


- Gaul sebati, tutup bekas dan perap selama 6 jam ke atas.

- Uli semula tepung untuk pastikan tepung tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras (Kalau lembik tambah tepung sedikit sambil uli. Jika keras tambah air panas sedikit sambil uli)


- Sebelum nak mencanai, lapik  plastik di tempat untuk mencanai, sapu minyak pada pemukaan plastik berkenaan dan peralatan yang lain supaya adunan tidak melekat serta memudahkan kerja.

- Kemudian anda boleh mula canai dan menekap acuan pada adunan.

- Goreng dalam minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Selepas itu, kecilkan sedikit api dan mulakan menggoreng.

- Masa yang diperlukan untuk menggoreng itu tidak lama. Apabila kuih sudah naik ke pemukaan minyak terus terbalikkan 2 atau 3 saat dan terus angkat.

- Anda perlu toskan minyak yang ada pada kuih yang telah siap dimasak itu.



Resipi Agar-Agar Kering Bergula


Biasanya pada zaman ini, ada sebilangan masyarakat kita dah tak kuasa nak buat sendiri kuih untuk jamuan tetamu yang berziarah di hari raya ataupun di hari² yang biasa.

Paling mudah ialah membeli kuih yang "ready made". Namun jika penjual atau pengeluar kuih raya berkenaan telah kita sendiri kenal pasti yang produknya memang terbaik, tidak jadi masalah. Yang jadi halnya jika "kuih tunjuk²" yang dibeli itu mempunyai rasa yang pelik, aneh atau tak sedap.

Pada artikel kali ini, dipaparkan resipi membuat makanan ringan yang "easy to make". Boleh menjadi salah satu sajian menarik di hari lebaran nanti.


Bahan-bahan :

°60 gm agar-agar bertali
°1300 ml air
°150 gm gula batu - diketuk halus
°1200 gm gula pasir
°Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning atau ikut kesukaan anda)

Cara-cara Membuat :

• Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.

• Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

• Masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

• Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

• Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.


* Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.


Kredit : Shiema Yunus

Resipi Kuih Serabai


Kuih ini suatu ketika dahulu kerap dihidangkan semasa kenduri arwah. Oleh sebab itu ia juga digelarkan sebagai "kuih orang mati". 

Dinamakan sebagai "Kuih Serabai" kerana bentuk rupa permukaan kuih berkenaan seperti serabai (kurang cantik, berlubang-lubang seperti muka orang berjerawat)

Bahan A (dikisar)
- 3/4 cwn nasi sejuk
- 1 cawan air

Bahan B
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu makan gula
- mauripan 1 sudu kecil
- 1 cwn air suam
- 1/2 cawan santan pekat

Cara Membuat :

- Campur semua bahan A dan B
- Perap selama 2 jam.

Cairan manis (dicicah dengan kuih)

Bahan-bahan :

- 1 keping gula melaka
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan santan
- secubit garam
- daun pandan
- 2 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

- Cairkn gula melaka dengan air menggunakan api yang kecil (perlahan).

- Masukan tepung gaul hingga sebati.

- Kemudian masuk bahan-bahan yang lain.

- Masak sampai mendidih.


Kredit resipi : Sulizawati Linn Hassan‎ 

Resipi Kuih Lopes


Bahan-bahan :

- 500gm pulut

- 1 sudu makan air kapur

- 6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis ambil patinya)

- Sedikit pewarna hijau (masukkan ke dalam pati pandan)

- Sedikit garam (masukkan ke dalam pati pandan)

- Air secukupnya

- Daun pisang yang lebar

- Tali (untuk mengikat
1/2 biji kelapa parut putih + secubit garam)

Cara membuat :

1. Rendam pulut bersama dengan air kapur semalaman atau 4 jam.

2. Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.

3. Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.

4. Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau berterusan.

5. Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.

6. Layur daun pisang dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.

7. Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.

8. Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang, bergantung kepada saiz daun anda. Gulung dan padatkan.

9. Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air, tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat.

Tekan sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi sehingga menjadi seperti gambar dibawah.

10. Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan memperolehi 3 gulung pulut.

11. Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.

12. Rebus sehingga air kering atau dalam 2 jam. Angkat dan toskan.

13. Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang.

14. Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.

15. Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Hidangkan bersama air gula melaka.

Bahan air gula melaka:

° 300gm gula melaka
° 250ml air - tambah jika perlu
1/2 tsp tepung beras/gandum - untuk memekat

Cara membuat :

1. Masukkan gula melaka dan air dan masak sehingga gula melaka larut.

2. Angkat dan tapis untuk membuang bendaasing dalam gula melaka.

Masukkan semula ke dalam periuk.

3. Masukkan bancuhan tepung, bancuh tepung dengan sedikit air.

4. Kacau sebati dan masak sehingga pekat.

Promosi

Babab.net