Resipi Donat Gebu




Bahan bahannya
 
●  500gm tepung gandum
●  210ml air suam
●  2 sudu marjerin
●  1 sudu teh garam
●  3 susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)
●  3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 sudu ajer)
●  1 bungkus yis (mauripan 11gm)
●  sedikit air sejuk dalam peti sejuk (digunakan sebelum adunan lembut)

Cara Menyediakan

1. Kembangkan yis guna air suam. Biarkan.

2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.

3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.

4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.

5. Adunan doh yang siap diuli gelek raya dan terap dengan acuan.

6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.

7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak suppaya donut tengelam.

8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Kemudian ianya sedia untuk dhidangkan bersama gula halus


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan