Resipi Popia Goreng Nestum + Cheese Powder


Untuk Penyediaan Popia :

10 keping kulit popia
Bancuhan 1/2 sudu kecil tepung + air (utk lekatkan kult masa gulung)
1 1/2 cawan minyak (untuk goreng)


Cara Pertama : gulung popia dan lekatkan dgn bancuhan tepung dan gunting menyerong

Cara Kedua : potong kulit popia kepada empat bahagian dan setiap bahagian dipotong dua, gulung dan lekatkan

*Pilih mana-mana cara yang disukai. Kemudian goreng dalam minyak panas tetapi menggunakan api yang sederhana dan sering membalik-balikkan semasa menggoreng popia  berkenaan sehingga ia bertukar warna kekuningan, maka ia sudah boleh angkat dan ditos.

Untuk Penyediaan Bahan Gaulan :

1 sudu besar serbuk cheese
2 sudu besar nestum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil susu tepung

 Kisar semua bahan sehingga menjadi halus. Kemudian gaulkan dengan kulit popiah yang sudah siap digoreng.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan