Kenali Loghat di Negeri Perak



Di Perak mempunya 5 loghat ataupun dialek yang berbeza.  Mereka yang menetap di sebelah utara, seperti di Parit Buntar dan Bagan Serai ataupun daerah Kerian, lebih kepada loghat utara menyamai negeri Pulau Pinang atau Kedah.  

Manakala di bahagian Hulu Perak, seperti di Kroh, Grik dan Lenggong, mereka banyak menggunakan dialek Patani, seakan-akan dialek Kelantan.

Daerah Kinta, dialek penduduknya berbeza ikut masyarakat. Majoriti penduduk di sini datangnya dari kepulauan Indonesia.

Di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Bota, Parit, dialek mereka mempunyai sebuatan 'ate - kome' seperti di dalam filem hantu Kak Limah. Dikatakan inilah dialek asli Negeri Perak.

Dan bahagian Perak selatan pula iaitu daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya lebih kurang menyamai dialek selatan Semenanjung seperti di Selangor dan Johor.



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan