JDT vs Muangthong United : Kelayakan Kedua ACL 2016


Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim bakal menentang kelab dari Liga Thailand, Muangthong United dalam pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia tahun depan pada tarikh 2hb Februari 2016. 

Turut bersama untuk melayakkan diri dalam pusingan tersebut menentang lawan masing-masing adalah kelab Hร  Nรดi T&T, Kitchee, Yangon United, Shandong Luneng Taishan dan dua lagi kelab yang belum disahkan. 

JDT adalah kelab pertama dari tanahair yang mendapat kelayakan menyertai pertandingan ini kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia. 

Sebelum itu JDT juga sudah layak untuk menyertai kempen Piala AFC diatas kejayaan menjuarai Liga Super Malaysia 2015. Luaskan Kuasamu Johor.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan