Komen Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai pemecatan TPM dan Naib Presiden UMNO


Video ini merakamkan komen dari bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai sesuatu yang berani demi melanjutkan hayat atau 'survival' politiknya.


Video pengakuan Muhyiddin Yassin mengenai wang RM2.6 billion



Dalam negara kita dilanda malapetaka seperti kehilangan dan kemalangan kapal terbang, isu jet peribadi, skandal dana 1MDB dan pelbagai lagi, di dalam kita masih meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita dikejutkan dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Seperti biasa, apabila sudah dipecat, barulah akan keluar cerita belakang tirai pemimpin tertentu. Video ini memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengakuan mengenai wang berjumlah RM2.6 billion di hadapan beberapa orang yang dipercayai slaah seorang daripada mereka pernah menjawat jawatan sebagai menteri suatu ketika dahulu.



Marilah kita sama-sama berdoa pada tiap sujud dan selepas solat agar Malaysia tidak menjadi seperti negara lain yang dilanda peperangan dan kemusnahan akibat dari kerakusan manusia dalam perebutan kuasa dan semoga Malaysia dan umat Islam keseluruhannya sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Resipi Kek Kukus Pelangi



Kek Kukus Pelangi

Bahan-bahan :

5 biji telur grade A - dari peti ais
200 gram gula kastor
220 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung / masak
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna makanan yang yang mengikut warna pelangi

Cara Membuat :

1. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih. Alas loyang persegi dengan kertas minyak. Atau guna silicone mould jika ada.

2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak dan pewarna masakan.

3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 - 6 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung / masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.

4. Sudukan adunan berselang seli warna secara bertompok-tompok dan lorek dengan dengan lidi sate dan kukus selama 5 - 7 minit dengan api perlahan.

5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan kukus lagi. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 minit dan tutup penutup kukusan dengan kain bersih.

6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian dibalikkannya supaya kek sejuk sepenuhnya


Kenyataan media Muhyiddin Yassin




KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

27 Julai 2015


Senarai penuh Anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan Malaysia yang baru


Berikut adalah senarai penuh Anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan yang berkuatkuasa 29 Julai 2015 :

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan :
Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri :

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan :

Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan :

Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri :

Datuk Mah Siew Keong

Datuk Joseph Entulu Anak Belaun

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan :

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan :

Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri :

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan :

Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media :

Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air :

Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Pendidikan :

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri KPDNKK :

Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar :

Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi :

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani :

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah :

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II :

Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri :

Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri :

Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi :

Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :

Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya :

Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia :

Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan :

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi :

Datuk Seri Idris Jusoh



Biodata Muhyiddin Yassin (bekas TPM Malaysia)


Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin (lahir 15 Mei 1947), merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO . Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kehidupan awal

Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Keluarga

Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa (Najwa Mahiaddin) dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Allahyarham Hj. Muhammad Yassin dikatakan asalnya dari Siak mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau,Allahyarhamah Hajjah Kintan. Allahyarham Muhammad Yassin pula mempunyai adik beradik iaitu bernama Muhammad Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu bapa saudara Muhyiddin di sebelah bapa adalah Md. Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Keluarga Allahyarham Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal se kampung di batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Pada masa hayat, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar seperti di Mesjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Mesjid Parit Jamil, Mesjid Seri Menanti, Mesjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Malah yang paling jauh tempat beliau mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar.

Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengajaran ilmu Tasauf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama.

Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Mohd. Yassin yang mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar Mohd. Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Muar dan Masjid Jamik Parit Kadzi Muar.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Menengah Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun 70an dahulu.

Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa Arab. Sekolah Arab Saadiah pada masa ini diuruskan oleh Hj. Abdul Rahman bin Mohd. Yassin,anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Muhammad Yassin. Di surau inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis tahlil allahyarham Hj. Muhammad Yassin dan majlis berbuka puasa Ramadhan bersama keluarga.

Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Haujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor.

Anak Allahyarham, Baharuddin bin Mohd. Yassin yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di KDRM Johor Bahru pernah semasa usia kecil mengikut sama beliau pergi mengajar di masjid Jamik Sri Menanti, Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang, Masjid Sungei Mati dan Masjid Bukit Kangkar Muar.

Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Aziz Mohd. Yassin (abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd. Yassin (adik perempuan). Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan abang beliau Ismail Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.

Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada tiap-tiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari kedua atau hari raya ketiga di kediamannya di Tanjung Emas Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silatur rahim. Sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Bangunan Umno Pagoh.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Politik

Beliau kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehingga 2008.Beliau kemudiannya diundi menjadi Timbalan Presiden UMNO dengan mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Jawatan kerajaan

Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing.





Aktiviti kemasyarakatan

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996).

Datuk Seri Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan Golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Datuk Seri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.
Di dalam konteks sukan, Datuk Seri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity dengan kerjasama Kementerian Belia dan SUkan telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.
Tan Sri Muhyiddin juga merupakan pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen. Yayasan ini berperanan untuk :
  • Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
  • Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, polotik dan sosial.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
  • Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.
  • Anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan ini dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang.




Beliau kini telah dipecat oleh Perdana Menteri atas alasan mengkritik Perdana Menteri pada isu-isu tertentu.  Tempat beliau telah digantikan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.

Portfolio Kementerian Pelajaran yang sebelum ini dijawat oleh beliau  telah berpecah kepada dua iaitu Pendidikan dan Pengajian Tinggi . Menteri Pendidikan baru adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Idris Jusoh.


*Sumber : wikipedia & Google Image

Resipi Mee Goreng Basah


Bahan-bahan ( untuk 5 - 6 orang makan )

* 600g mee kuning
* 2 ekor sotong
* 6 ekor udang basah
* 3 pokok sawi
* 1 sudu besar pes lada kering
* 2 sudu besar minyak masak
* 1/2 sb sos tiram
* 4 sudu besar sos tomato
* 1/2 sudu besar kicap pekat
* 3 cawan air panas
* 3 ulas bawang putih
* garam, gula & ajinomoto
* lada jeruk
* cuka
* gula & garam
* lada besar hijau

Cara Penyediaan :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.

2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.

3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.

4. Alihkan mee dari kuali kerana jika dibiarkan dalam kuali, mee berkenaan akan kering. Jika gemar, boleh dijamu bersama lada jeruk. Taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng.


Resipi Kek Keju Coklat


Bahan-Bahan :

Kek Coklat (Bahan A)
4 biji telur
90 gram gula pasir
75 gram tepung gandum protein rendah
15 gram serbuk coklat
¼ sudu teh baking powder
75 gram margarine
75 gram dark cooking chocolate (dipotong kecil-kecil)
199 gram keju parut


Cara Membuat Kek Coklat :

1.Campurkan margarine dan dark cooking chocolate, kemudian cairkan. Angkat, dan ketepikan.
2.Pukul gula pasir dan telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan campuran margarine dan coklat tadi, baur sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan pula tepung gandung, serbuk coklat dan baking powder. Gaul hingga rata.
4.Selepas itu, tuangkan dalam loyang. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Kemudian tabur setengah bahagian dengan keju parut.
5.Tuang adunan keju (bahan B) di atas adunan coklat keju. Kukus hingga masak. Angkat dan sejukkan. Kemudian sapu dengan ‘butter cream’ dan taburlah dengan keju parut.

Bahan Untuk Resepi Kek Coklat Keju
Kek Keju (Bahan B)

3 putih telur
4 kuning telur
75 gram gula pasir
65 gram tepung gandung protein rendah
20 gram susu serbuk
¼ sudu the baking powder
60 gram margarine
60 gram cheese spread
60 gram white cooking chocolate, cairkan dan pukul dengan margarine dan cheese spread.


Cara Membuat Kek Keju :

1.Pukul gula pasir dan telur hingga kembang dan pekat.
2.Masukkan campuran cheese spread dan white cooking coklat cair, baur hingga sebati.
3.Masukkan tepung gandum, baking powder, dan susu serbuk sedikit demi sedikit sambil dibuar rata.
4.Bahagikan kepada dua bahagian. Masing-masing dituang ke atas loyang yang berisi adunan coklat (bahan A yang telah dikukus selama 15 minit.)


Resipi Lemon Cake



Bahan-bahan :

1 1/2 cawan mentega / butter, suhu bilik
2 1/2 cawan gula castor
6 biji telur, suhu bilik
3 cawan tepung kek, diayak sebanyak 2 kali
1 cawan heavy whipping cream
1 sudu besar ekstrak vanilla
1 sudu teh ekstrak lemon

Cara Membuat :

Pukul mentega / butter dan gula sehingga kembang, selalunya lebih kurang 5 minit iaitu sehingga ianya bertukar warna menjadi putih.

Masukkan telur satu persatu dan pastikan setiap satu bercampur semuanya sebelum dimasukkan yang seterusnya.

Seterusnya mula masukkan Tepung dan Heavy Whipping Cream secara berselang seli sehingga bercampur semuanya. dan akhir sekali masukkan Ekstrak Vanilla dan Lemon, kacau hingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang (kami guna saiz 8 inci).

Bakar pada suhu 180 selama 45 minit dan mula pusingkan kedudukan kek. Periksa pada minit ke 30.

Setelah kek kelihatan masak sempurna, keluarkan dan hidangkan atau simpan mengikut citarasa masing-masing.


Sumber



Remaja ditahan polis kerana gambar dan video lucah seorang gadis di WeChat



PETALING JAYA, 7 Julai - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari sebuah sekolah di Sepang telah ditahan semalam (kelmarin) kerana didakwa mengancam untuk mengedarkan gambar dan video seorang gadis  bertelanjang sambil melancap.

Gadis yang juga berumur 13, menjadi rakan remaja lelaki berkenaan melalui WeChat Messenger pada bulan Mac lalu.

Persahabatan mereka berkembang selama dua bulan sehingga remaja lelaki berkenaan mula menuntut gambar telanjang dan video perbuatan seks dari remaja perempuan itu .



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata gadis itu mengalah kepada permintaan  tersebut pada bulan Mei dan Jun selepas diganggu.

Bagaimanapun, gadis itu berhenti berbual dengan budak lelaki itu selepas itu. Ini menimbulkan kemarahan dan dia mengugut untuk mengedarkan video.

"Dalam kejadian pertama, beliau menuntut bahawa agar gadis berkenaan menghantar padanya gambar mendedahkan bahagian buah dada. Sebulan kemudian beliau menuntut video melancap, "kata Azmi.

Takut bahawa dia akan melaksanakan ancaman itu, gadis itu membuat laporan polis semalam, dan polis menahan lelaki itu beberapa jam kemudian.

Polis juga akan menyiasat jika terdapat mangsa lain yang boleh dikaitkan dengan remaja itu. Telefon bimbit suspek, komputer riba, dua t-shirt, sepasang seluar pendek dan bil telefon dirampas. Suspek akan ditahan reman sehingga esok (8 Julai) bagi membantu siasatan bagi ugutan jenayah.



Sumber : Thasha Jayamanogaran | The Malay Mail Online

*gambar di atas adalah gambar hiasan



Peniaga / pembantu jualan Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah memenuhi surau hanya untuk tidur



Pada tahun 2015 ini, masih dianjurkan Bazar Ramadhan di Jalan Hang Tuah, Melaka.  Setelah beberapa isu timbul sebelum ini, dilihat bazar ini masih lagi mendapat sambuatan dari kalangan peniaga. Namun jumlahnya tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.

Pada kali ini peniaga dari kalangan warga Kemboja dikatakan oleh sesetengah pihak mendominasi jumlah khemah di Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah. Sama ada mereka itu peniaga mahupun pembantu jualan.

Mereka ini kebiasaannya membuka khemah jualan pada lewat petang. Pada waktu pagi hingga petang, mereka kelihatan tidur bergelimpangan di dalam surau Plaza Usahawan (MARA) dan ada juga sebilangan di Arked Jalan Hang Tuah.  Mereka tidur dalam jangkamasa yang lama sehingga mengganggu pengunjung surau yang lain untuk menunaikn solat.

Mereka menggunakan semua sejadah sebagai alas tidur. Ada juga dikalangan mereka yang tidak berpuasa (yang dipercayai beragama Islam). Apabila ditegur oleh sesetengah pihak, ada kalangan mereka yang berkasar.


sebahagian kecil yang dipercayai warga Kemboja tidur di surau bangunan MARA

Sedekah dari usahawan



Salam sejahtera...

Pada artikel ini saya kongsikan hasil nukilan seorang usahawan yang menggunakan media internet sebagai landasan utamanya untuk menjalankan perniagaan.  Beliau (gambar di atas) ialah bernama Eruwan Gerry Norsen.  Beliau terkenal dalam bidang penulisan, motivasi dan usahawan lelongan online.

Berikut adalah hasil penulisan beliau berdasarkan tajuk di atas :

Pemberian sedekah merupakan satu amal ibadah yang dituntut di dalam Islam. Pahala yang diberikan Allah S.W.T amat besar sekiranya kita mampu memberikan sedekah dengan hati yang ikhlas, lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Ganjaran perbuatan sedekah yang ditawarkan pada bulan mulia ini hanya Allah S.W.T yang mengetahui nilainya.

Di dalam ruangan artikel pada kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk berkongsi cara bagaimana anda boleh memasukkan elemen sedekah di dalam bisnes internet seharian anda.

Mari kita mulakan...


1. Sedekah Barang Fizikal

Sekiranya anda merupakan seorang penjual produk-produk fizikal seperti tudung wanita, baju kurung wanita, sandal, kopiah atau apa jua produk fizikal yang sesuai, anda boleh melakukan sedekah di dalam bisnes anda.

Apa yang saya maksudkan di sini bukan terhad kepada sedekah dalam bentuk wang ringgit tetapi adalah lebih kepada pemberian barang.

Cara sedekah yang saya maksudkan ini adalah dengan memberikan bonus barang fizikal kepada para pembeli anda. Barang bonus ini boleh anda niatkan sebagai sedekah kepada para pembeli anda.

Sebagai contoh, anda merupakan seorang penjual baju kurung wanita, anda boleh niatkan untuk setiap pembelian baju kurung pada satu nilai tertentu anda akan berikan sedekah kain tudung yang berpadanan untuk pembeli tersebut.

Pemberian hadiah atau sedekah ini tidak perlu anda maklumkan kepada si pembeli tetapi boleh anda rahsiakan pemberiannya. Sebaik sahaja si pembeli baju kurung menerima bungkusan anda, individu tersebut akan terkejut kerana menerima kain tudung tersebut khas daripada anda. Sudah pasti pembeli tersebut akan bersyukur dan berterima kasih di atas pemberian itu dan anda boleh niatkannya sebagai sedekah tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada si pembeli.

Strategi ini boleh anda lakukan untuk apa jua produk fizikal bersesuaian yang anda jual.


2. Sedekah Barang Makanan

Selain dari memberikan sedekah barang fizikal, anda juga boleh memberikan sedekah dalam bentuk makanan sekiranya anda merupakan seorang penjual produk dalam bentuk makanan.

Sebagai contoh, anda merupakan seorang penjual biskut moden seperti Kuih Almond London dan juga biskut Tat Nenas. Anda boleh memberikan sedekah kepada para pembeli anda dengan cara melebihkan bilangan kuih yang terdapat di dalam bungkusan atau bekas jualan anda.

Jika pada kebiasaannya anda memberikan 30 keping biskut di dalam bekas jualan, anda boleh menambah 1 - 2 biji biskut bergantung kepada saiz bekas jualan anda. Ini menjadikan jumlah biskut di dalam bekas anda sebanyak 31 - 32 biji.

Sudah pasti si pembeli akan bersyukur dan berterima kasih kepada anda kerana telah memberikan sedekah biskut tambahan kepadanya.


3. Sedekah Perkhidmatan

Bagaimana pula jika anda bukan menjual produk fizikal atau produk makanan tetapi merupakan seseorang pemberi perkhidmatan?

Sifirnya tetap sama, anda boleh memberikan sedekah usaha dan masa anda di dalam memberikan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan.

Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang penjahit baju kurung wanita, anda boleh menawarkan untuk menjahit manik-manik hiasan pada baju kurung pelanggan anda tanpa mengenakan sebarang kos tambahan. Jika anda merupakan seorang pereka grafik, anda boleh memberikan rekaan grafik secara percuma kepada mana-mana pelanggan pilihan anda.

Apa yang penting di sini adalah anda berniat untuk memberikan sedekah untuk perkhidmatan anda tanpa inginkan sebarang balasan daripada pelanggan anda. Apa yang ingin anda kejar di sini adalah pahala dan keredhaan daripada Allah S.W.T.


4. Satu atas Satu

Cara terakhir untuk memberikan sedekah sebagai seorang usahawan internet adalah cara yang saya panggil sebagai "Satu atas Satu".

Cara sedekah ini sesuai untuk digunakan sekiranya anda menjual produk-produk fizikal yang boleh digunakan atau dimakan oleh golongan miskin, yatim atau yang memerlukan.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mempromosikan bahawa untuk setiap produk yang terjual, anda akan memberikan satu produk yang sama kepada golongan yang memerlukan pilihan anda seperti anak yatim, ibu tunggal, orang miskin dan pusat tahfiz.

Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang penjual baju kurung, untuk setiap baju kurung yang dibeli oleh pelanggan, anda akan memberikan satu baju kurung yang sama kepada golongan memerlukan seperti ibu tunggal.

Sama juga seperti anda seorang penjual produk makanan seperti biskut Tat Nenas. Anda boleh mempromosikan untuk setiap biskut yang berjaya dijual, anda akan berikan satu biskut yang sama kepada golongan yang memerlukan.

Dengan melakukan sedemikian, anda boleh mengajak dan menggalakkan para pelanggan anda untuk turut sama memberikan sedekah bersama-sama anda. Setiap pembelian mereka sudah pasti akan membawa makna yang mendalam kerana mereka berpeluang untuk membantu orang lain dan bukan sekadar hanya melakukan pembelian biasa.


Terlalu banyak cara untuk kita memberikan sumbangan dan sedekah di dalam bulan yang mulia ini dan seterusnya di dalam bulan-bulan lain selepas ini.

Apa yang penting adalah kita sentiasa berniat ikhlas untuk membantu golongan lain yang memerlukan. Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah S.W.T di dunia dan di akhirat nanti. Amin...

Sehingga bertemu lagi dikesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan!



Promosi

Babab.net