Resipi Apam Cornetto


Bahan-bahan untuk membuat "Apam Cornetto" :

4 biji telur
2 cawan gula kastor (guna secawan pun boleh)
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan air ais krim soda
* nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette

- telur, gula dan ovalette dipukul hingga likat (speed laju dalam masa 6 ke 7 minit)
- masukkan tepung berselang seli dengan ais krim soda

Cara-cara membuat apam Ais Krim Cornetto :

1. Sediakan acuan kon (berbentuk seperti calong ais krim). Anda boleh gunakan kertas pembungkus nasi lemak ataupun burger. Pastikan bahagian yang licin di sebelah dalam dan bahagian bawah tidak berlubang.

2. Susun acuan kon di dalam lubang-lubang bekas kukus

3. Warnakan adunan

4. Masukkan warna adunan pertama ke dalam kon. Anda perlu mengagak dengan jumlah tertentu aduanan berkenaan yang dimasukan sebagai lapisan pertama kerana ada tiga lapis lagi.


5. Masukkan warna adunan untuk lapisan kedua.

6. Masukkan warna adunan unttk lapisan ketiga

7. Siap unttk dikukus selama 10 hingga ke 15 minit

8. Jika sudah masak, sejukkannya terlebih dahulu dengan suhu bilik

9. Cairkan coklat dan "pipe" kan ke atas apam tadi. Pastikan cairan coklat menutupi keseluaruhan bahagian atas apam. Sebagai pilihan, boleh letak badam atau "chocolate rice" mengikut citarasa anda.

10. Tunggu sehingga coklat berkenaan mengeras. Jika ingin proses pengerasan cairan coklat berkenaan cepat, anda masukkan apam tadi ke dalam peti ais. Kemudian barulah dibuka acuan kon berkenaan.



*Sumber dari Facebook Norhayati Basri

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan