Rumah yang mesra kucing


Saya minat kucing, malah Nabi Muhammad SAW juga membela kucing dan mempunyai kucing kesayangan yang diberi nama "Mueeza".

Sesiapa yang membela kucing ataupun apa jua haiwan lain, wajiblah menjaga juga kebajikkan haiwan berkenaan.  bukan sahaja menjaga dari segi kesihatan, makan dan minum tetapi juga dari segi kesihatan emosi haiwan berkenaan.

Di bawah ini saya kongsikan video berkenaan dengan rumah yang diubahsuai menjadi mesra kucing yang dibuat oleh peminat kucing di luar negara.






Sumber : Petfinder.com


Cara mengenali produk tiruan Milo



BERHATI-HATI. Sekarang telah berlaku lambakkan produk palsu / tiruan jenama Milo di pasaran. Kemungkinan ada bahan yang bahaya kerana ia tidak mendapat kelulusan yang sah dari pihak berkuasa.

Gambar di atas adalah salah satu cara untuk meneliti sama ada produk Milo itu tiruan atau asli

Jenama besar yang popular seperti Milo pun ditiru, inikan pula produk usahawan kecil dan sederhana... Bajet / kos utk melindungi hakcipta produk dari segi jenama, rekabentuk, konsep dan idea dikatakan terlalu tinggi. Usahawan kecil dan sederhana tak semua yg mampu membayar "yuran" berkenaan...

Harap agensi berwajib dlm masalah sebegini dpt membuat solusi terhadap permasalahan sebegini bagi melindungi industri keusahawanan di Malaysia...

*Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim
~Pengasas ICT Niaga Enterprise
~Panel Penasihat Industri, Unifield International College

Cara halus memikat lelaki


Wanita memang sinonim dengan sifat lemah-lembut dan pemalu. TUHAN sudah memberikan sifat itu sebagai fitrah kepada seorang perempuan. Namun, adalah SALAH jika membiarkan sifat pemalu itu menghalang kita membuat kebaikan.

Lagilah SALAH jika sifat pemalu itu menjadi penghalang wanita membina ‘masjid’ bersama lelaki yang beriman dan diseganinya. Malah, bertambah-tambah salah jika malu itu menyekat usaha kita menambah iman dan menyempurnakan taqwa dengan perkahwinan.

Justeru, malu itu biarlah bertempat. Ilmu dan cara urus diri fizikal dan rohani itu perlu, supaya lebih cepat membina cinta bersama si hensem yang diidami.

Islam itu rahmat. Islam itu fitrah. Tidak sesekali Islam itu menghalangi seorang wanita untuk memiliki lelaki idaman. Sedangkan Khadijah sendiri pun melamar Nabi Muhammad SAW walaupun usia mereka besar bezanya. Malah mereka hidup dengan gembira dan bahagia.

Apa yang anda perlukan kini, hanyalah ilmu yang tepat, praktikal dan tips yang berguna dalam ‘memburu’ si dia jejaka teruna yang beriman.



Kini, seorang penulis dan pakar motivasi 
yang sering memberikan ceramah motivasi kepada ramai orang sejak 15 tahun yang lalu iaitu DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, telah menghasilkan satu e-book yang berkaitan dengan permasalahan wanita ini. Terdapat tujuh belas bab dalam karya beliau judul yang diberi tajuk "Hi Hensem".

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan laman web di bawah ini :

Ahli sains telah menemui satu lagi planet seolah-olah " Bumi "


*Artikel khas bagi yang belum mengetahui

Selain Kepler-186f, terdapat juga empat planet lain yang mengorbit bintang yang sama. Ini bermakna bahawa jika bintang yang berhampiran adalah sama dengan Matahari kita, potensi untuk kehidupan di Kepler-186f dengan pesat meningkat.

"Kita tahu hanya satu planet di mana kehidupan wujud iaitu Bumi. Apabila kita mencari kehidupan di luar sistem solar kita, kita memberi tumpuan kepada mencari planet dengan ciri-ciri yang seperti Bumi, "kata Elisa Quintana, saintis penyelidikan di Institut SETI di Pusat Penyelidikan Ames NASA di Moffett Field, Calif., Dan penulis utama daripada kertas yang diterbitkan dalam jurnal Science. "Mencari zon planet yang selamat dihuni setanding dengan Bumi dari segi saiz adalah satu langkah ke hadapan."

Bintang berdekatan adalah separuh saiz dan masa matahari kita dan Kepler-186f hanya menerima 1/3 daripada tenaga yang kita dapat daripada matahari. Kepler-186f mengorbit bintang sekali setiap 130 hari.


Video penerangan ringkas dari saintis :




*Alam semesta ini luas dan masih terdapat banyak ilmu yang belum manusia pelajari dan banyak pengetahuan yang belum manusia terokai.  Sesungguhnya Allah SWT pemilik segala sesuatu.

Resipi Apam Cornetto


Bahan-bahan untuk membuat "Apam Cornetto" :

4 biji telur
2 cawan gula kastor (guna secawan pun boleh)
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan air ais krim soda
* nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette

- telur, gula dan ovalette dipukul hingga likat (speed laju dalam masa 6 ke 7 minit)
- masukkan tepung berselang seli dengan ais krim soda

Cara-cara membuat apam Ais Krim Cornetto :

1. Sediakan acuan kon (berbentuk seperti calong ais krim). Anda boleh gunakan kertas pembungkus nasi lemak ataupun burger. Pastikan bahagian yang licin di sebelah dalam dan bahagian bawah tidak berlubang.

2. Susun acuan kon di dalam lubang-lubang bekas kukus

3. Warnakan adunan

4. Masukkan warna adunan pertama ke dalam kon. Anda perlu mengagak dengan jumlah tertentu aduanan berkenaan yang dimasukan sebagai lapisan pertama kerana ada tiga lapis lagi.


5. Masukkan warna adunan untuk lapisan kedua.

6. Masukkan warna adunan unttk lapisan ketiga

7. Siap unttk dikukus selama 10 hingga ke 15 minit

8. Jika sudah masak, sejukkannya terlebih dahulu dengan suhu bilik

9. Cairkan coklat dan "pipe" kan ke atas apam tadi. Pastikan cairan coklat menutupi keseluaruhan bahagian atas apam. Sebagai pilihan, boleh letak badam atau "chocolate rice" mengikut citarasa anda.

10. Tunggu sehingga coklat berkenaan mengeras. Jika ingin proses pengerasan cairan coklat berkenaan cepat, anda masukkan apam tadi ke dalam peti ais. Kemudian barulah dibuka acuan kon berkenaan.



*Sumber dari Facebook Norhayati Basri

Nafas power si pengantin perempuan


Video dalam artikel ini memaparkan sepasang pengantin di majlis perkahwinan mereka.  Kelihatan si suami memegang microphone, menghalakan ke corong saxophone dan si isteri memainkan saxophone.

Rata-rata pengguna internet kagum dengan "nafas panjang" pengantin perempuan berkenaan.  Malah ada juga komen-komen nakal yang menyelit sama.

Anda saksikanlah sendiri video di bawah ini yang merakamkan kehebatan pengantin perempuan bermain alat muzik saxophone, yang bukan calang-calang orang mampu memainkannya.  Kemungkinan pengantin perempuan itu sememangnya ahli muzik.






*kenapa pengantin lelaki macam kayu je, macam "blur"...




Kapal angkasa seumpama Dragon Ball mendarat di Melaka?


Seumpama kapal angkasa dalam siri animasi Dragon Ball, objek ini dilihat tersadai di tepi jalan berhampiran Masjid Kampung Hulu, Melaka. 

Tidak diketahui bagaimana ianya boleh berada di sana tetapi dipercayai ia milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, untuk dibuat hiasan tepian jalan.




*macam Pokeball dalam siri animasi Pokemon pun ada juga kan...?

Resipi Ice Cream Oreo


Bahan-bahan :

2 1/2 cawan susu penuh krim Dutch Lady
2 1/2 cawan Nestle coffee mate powder
1 paket biskut Oreo

Cara Membuatnya :
1. Cara-cara nak buat senang sangat, masukkan susu Dutch Lady dan Nestle coffee mate dalam blender, kemudian blendkan 5 minit.

2. Lepas blend pindahkan dalam bekas, patah-patahkan biskut oreo bersama krimnya sekali tapi jangan letak banyak krim biskut tu.

3. Bekukan sehingga 4 jam, keluarkan kemudian blend sekali lagi supaya adunan jadi lebih lembut.

4. Bekukan lagi beberapa jam

5. Kemudian boleh dihidangkan bersama calong atau makan begitu sahaja dengan mengisinya dalam mangkok, pasu, kuali dan lesung batu.


Promosi

Babab.net