Menghadiri jemputan kenduri kesyukuran Erin Juara Bintang Kecil 2014


Pada hari ini (18 Disember 2014) saya telah menghadiri suatu kenduri kesyukuran melalui jemputan jurulatih nyanyian adik Erin (Siti Erinshahira Binti Jamaluddin) yang mewakili Negeri Sembilan, atas kemenangan beliau menjadi Juara pada pertandingan Bintang Kecil 2014, yang berlangsung pada 14 Disember 2014 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Sarawak.  Kenduri kesyukuran itu diadakan di restoran milik keluarganya yang berhampiran dengan Jalan Hang Tuah dan Jalan Tun Ali, Melaka.

Secara terlangsungnya juga saya ada membantu menyediakan lagu-lagu latihan adik Erin sejak dari peringkat awal pertandingan dan juga persediaan sebelum peringkat akhir di Sarawak.  Beliau ditemani oleh ibunya sepanjang seminggu berada di Sarawak.

Erin muncul juara pertandingan akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2014 selepas menewaskan tujuh peserta lain dalam pertandingan yang berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, malam tadi.

Pada pertandingan akhir berkenaan, Erin yang berumur 11 tahun, menyanyikan dua buah lagu bertajuk 'Jerat Percintaan' yang dipopularkan Datuk Siti Nurhaliza dan 'Cinta Anak Desa' ciptaan Patrick Khamis.  Murid Tahun 5 Methodist Girls School, Melaka itu turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik.

 
"Menumpang" aura sang juara

Selaku juara, Siti membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, piala, sijil dan seutas jam tangan.  Manakala sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik beliau menerima wang tunai RM1,000.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan