Maklumat lanjut kes letupan di Gurun, Kedah


24 Disember 2014 - GURUN : MAKLUMAT LANJUT KES LETUPAN -Tiga maut manakala tiga lagi parah selepas sebuah rumah digegarkan dengan bahan letupan yang sebenarnya bukan berpunca dari tong gas tetapi dipercayai sejenis bom tangan dalam kejadian di Taman Mesra Ria, yang menyebabkan 10 buah rumah rosak teruk manakala 34 lagi rumah mengalami kerosakan kecil.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, maut selepas tercampak sejauh kira-kira 17 meter dipercayai berpunca dari rumahnya.

 
  

Turut maut anaknya, Nur Idayu Shahira, 8, manakala isterinya, Sharifah Haslinda Hashim 37, dan anak mereka, Mohd Idham Shahmi, 5, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Selain itu turut maut anak jiran mangsa, Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal, 5, manakala ibunya, Zuraidah Mat Rotbi, 30, cedera parah akibat letupan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya pada sidang media sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan anggota tentera itu dipercayai menyimpan sejenis bom tangan di rumahnya. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut," katanya.



Sumber : RTM / Astro

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan