Free Kick Jep Sepahtu sehebat Safiq Rahim?


Sebelum ini Safiq Rahim terkenal dengan kehebatan sepakan percuma yang sangat jarang tidak menerjah ke jaring gol pihak lawan seperti yang pernah dilakukan beliau ketika perlawanan persahabatan dengan pasukan liga perdana Inggeris dan juga beberapa perlawanan peringkat antarabangsa, termasuklah semasa perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2014, pusingan kedua Malaysia bertemu Thailand.

Namun dikalangan artis, ada juga yang berbakat dalam sukan bola sepak.  Antaranya ialah Jep Sepahtu.  Beliau secara umumnya boleh bermain bola sepak dengan agak baik dan mempunyai skill sepakan percuma yang setanding dengan Safiq Rahim.  

Video di bawah memaparkan freekick cantik dari Jep Sepahtu terus menerjah jaring setelah melantun dari tiang gol, menewaskan penjaga gol Team MB Perak, Ramli Talib  dalam perlawanan persahabatan dengan Super Lawak FC pada 19 Oktober 2014. Tamat perlawanan, Team MB Perak 4 -1 Super Lawak FC.



Ini pula adalah sepakan percuma dari Safiq Rahim ketika perlawanan akhir pusingan kedua, Piala AFF Suzuki 2014  antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember 2014 :


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan