Informasi mengenai Tualang Sekah

Tualang Sekah ada disebut dalam salah satu babak di dalam telemovie "Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya" dan Kampung Tualang Sekah ialah sebuah kampung di Malim Nawar, didalam daerah Kampar, negeri Perak.
Kampung ini dinamakan sempena dengan nama sebatang pokong pokok tualang di perkampungan ini. Namun pokok ini telah disambar petir dan bahagian sekahnya tertinggal di sini. Sekah ialah dahan pokok yang patah akibat disambar petir.

Kampung ini terletak di timur pekan Malim Nawar lebih kurang 3 km dari pekan Malim Nawar. Terdapat banyak bekas lombong bijih timah di sekitar kampung ini. Dahulunya penduduk di kampung ini bergantung kepada industri melombong bijih timah yang terkenal di dalam daerah Kinta. 

Akibat daripada kejatuhan harga pasaran bijih timah di pasaran, banyak lombong di sekitar kampung ini terpaksa ditutup. Bekas lombong tersebut telah dibangunkan dengan projek perumahan seperti Taman Bina Jaya dan Kampung Tersusun. Manakala bagi lombong yang masih belum ditebusguna dengan perumahan dijadikan kolam menternak ikan oleh penduduk tempatan. Penduduk di kampung ini terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam. Adat tradisi seperti bergotong-royong masih diamalkan oleh penduduk di kampung ini jika terdapat upacara seperti kenduri kahwin.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin telah dibina di kampung ini pada tahun 1993.Pengetua yang pertama MTQ Addin ini ialah Cikgu Mohamed Amin Bin Abdul Aziz. Kebanyakan penuntutnya datang dari seluruh Negeri Perak dan ada juga dari negeri lain terutamanya negeri yang bersempadan bagi keperluan fardhu kifayah. Terdapat juga sebuah sekolah rendah di kampung ini iaitu Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah. Sekolah ini terletak di hadapan jalan Kuala Dipang - Malim Nawar.


Sumber daripada : Wikipedia

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan