Buka booth promosi di Konsert Rockers Kasi Gegau


Pada 15  November 2014 telah diadakan Konsert Rockers Kasi Gegau di Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.  Ia adalah sebuah konsert amal dari gabungan tiga band otai rockers iaitu LELA, PUTRA & SYJ SOFEA .

Ia bertujuan membantu Yazit Search meringankan perbelanjaan perubatannya akibat derita penyakit yang sedang beliau alami.

 
 Yazit Search sedang membuat demo kemahiran bermain drum dan bercerita kisah
 sejarah beliau dari awal penglibatan dalam bidang seni muzik hingga keadaan beliau masa kini.


  

Saya telah mendapat peluang untuk membuka sebuah "booth" kecil dari pihak penganjur, sepanjang masa konsert itu berlangsung. Lokasinya adalah di hadapan pintu masuk dewan berkenaan iaitu pada bahagian dalam.  Di booth ini saya mempromosikan kursus-kursus berkaitan komputer dan ICT yang saya anjurkan.

 
Bergambar bersama Poey bekas vokalis kumpulan Sting (baju putih) dan 
Joey bekas vokalis kumpulan Bumi Putera Rockers (baju merah hitam).


 
Ahli kumpulan Sofea yang sedang menunggu waktu bermulanya konsert


 
Aksi rockers otai apabila bergambar bersama peminatnya






















Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan