Safiq Rahim yang prihatin


Pemain pasukan Johor Darul Ta'zim, Safiq Rahim yang dinobatkan sebagai wira pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu sempat meluangkan sedikit masa beliau untuk melakukan lawatan sosial menziarahi pusara seorang peminat beliau di Parit Yaani, Batu Pahat pada 18 Oktober 2014 meskipun terikat dengan jadual latihan yang ketat. 

Safiq yang baru menerima cahaya mata beliau pada September lalu terpanggil melakukan lawatan tersebut setelah mendengar keluhan ahli keluarga peminat tersebut melalui laman sosial. 

Lawatan tersebut turut diiringi bersama Dr Rosli Abdul Jalil telah disambut dan diiringi oleh keluarga Allahyarham Mohammad Shafiq Bin Mon Sharif sebaik sahaja mereka tiba di sana. Arwah yang berusia 20 tahun, telah terlibat dalam kemalangan pada 7 Oktober dan amat meminati Safiq Rahim semenjak bermain dengan pasukan Selangor. 

 
 

Bagi mereka, sikap keprihatinan Safiq Rahim merupakan sifat yang terpuji dan memberi satu kesan mendalam buat para peminat pasukan Harimau Selatan. Sumbangan khas dari seluruh pemain pasukan turut disampaikan kepada keluarga Mohammad Shafiq.




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan