Resipi Puding Raja


Bahan-bahan serta cara-cara untuk membuat Puding Raja :

Roti Jala Mas.

5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
1 cawan gula *
2 cawan air *
Sehelai daun pandan disimpul *
Sama ada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
penapis

Cara Membuat :

1. Masukkan bahan bertanda dalam kuali (pan)

2. Sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telor biasa sebati dan tapis kuning telur (gambar)

3. Setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi.. serta masukkan telor dlm acuan roti jala atau dlm kelongsong daun pisang

4. Tinggikan kan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi (seperti membuat butter prawn) untuk mendapatkan "jaring" yang halus.. tuangkan kuning telur tadi dari tepi pan (kuali) secara bulatan .. caranya tuang pun seperti mana kita buat roti jala .. Jika 5 biji telur ini buatlah dalam 3 kali.. Jangan buat sekali gus..buat sedikit demi sedikit.

5. Roti Jala ini tak lama sangat berendam dalam air gula itu ..Selepas tuang tunggu seketika selepas itu angkat sama ada guna chop stick atau guna senduk dan toskan air gula.

6. Buat lagi sampai 3 kali atau 4 kali bergantung.. kemudian ketepikannya

Pisang goreng  

Kalau boleh carilah pisang lemak manis. Namun jika tidak ada, maka gunakanlah apa-apa jenis pisang asalkan rasa nya manis.

Caranya panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang tersebut sebiji2 (tidak perlu belah atau potong tetapi kalau pisang berkenaan bukan pisang lemak manis dan saiz agak besar terpulanglah nak potong atau tidak). Kemudian goreng sampai agak gelap sikit warnanya.

Sos kastard

1 biji telor
400ml susu cair
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
Sedikit esen vanila
2 atau 3 sudu besar gula (saya buat tak isi banyak sangat gula kerana jala mas sudah mempunyai rasa manis dan pisang pun dah ada rasa manisnya) kira sos saya ni manis2 buah sahaja.

Cara Membuatnya :

Masukkan telor, susu cair, esen vanila, kacau sebati kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula masak dengan api sederhana besar..mendidih tutup api dan sejukkan dalam peti ais

Hiasan

Buah prune dibuang biji

Buah ceri merah dan hijau dipotong 4

Gajus yang digoreng sekejap

Cara Membuat Hiasan :

1. Mula-mula di dalam bekas masukkan pisang goreng dulu

2. Letakkan atas pisang sehingga roti jala  menutup pisang

3. Letak buah prune, ceri merah dan hijau serta gajus

4. Curah sos kastard yang sejuk tadi dan ia sedia dihidangkan


*Sumber : sumber terbuka internet

*Mengapa dipanggil Puding Raja? Mungkin kerana warna kuning pada roti jala yang merupakan warna rasmi Raja/Sultan di Malaysia (a.k.a Tanah Melayu)


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan