Perbezaan perang Palestin - Israel tahun 1967 dan 2014


Perang antara negara haram Israel (Zionis) dan Palestin telah berterusan berabad lamanya dan dilihat seperti hanya menunggu munculnya Imam Mahadi dan Nabi Isa A.S untuk menghapuskan kaum Yahudi berfahaman Zionis ini atas balasan kekejaman mereka yang melampau dan terkutuk.

Pada tahun 1960-an, Palestin tidak berperang sendirian kerana mereka dibantu oleh beberapa negara arab yang terdekat.  Namun kini di era tahun 2000, Palestine berperang secara bersendirian dan tanpa sokongan dan bantuan yang jelas dari negara arab yang terdekat dengan mereka.

Sungguhpun begitu, atas semangat jihad melawan kekejaman Zionis, yang silih berganti dari generasi ke generasi, Palestin melalui Hamas, perjuangan mereka tetap utuh dan masih mampu bertahan dalam beribu kepayahan yang mendatang.

Di bawah ini saya kongsikan fakta mengenai peperangan di tahun 1967 dan tahun 2014 :

Perang 1967 :

Perang 6 Hari1967 yang juga dikenali sebagai The Six-Day War atau النكسة, an-Naksah yang juga dipanggil Perang Arab-Israel 1967 berlaku di antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab terutamanya Mesir, Jordan (termasuk Palestin), Syria, Iraq dan beberapa negara Arab lain yang membantu.

Jumlah keseluruhan tentera Israel adalah 264,000, manakala jumlah keseluruhan tentera gabungan negara Arab yang terlibat adalah seramai 547,000 orang. Namun rejim Zionis Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera negara-negara Arab dengan mudah dalam tempoh hanya 6 hari (5-10 Jun 1967).

Perang 2014 :

Perang 2014 ini dipanggil oleh Hamas sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).Manakala rejim Israel menamakannya sebagai Operation Protective Edge.

Peperangan ini telah bermula 8hb Julai 2014 dan berterusan sehingga ke hari ini 9hb 8 2014 (hari ke 33).
Jumlah tentera IDF Israel adalah seramai 720,000 orang ini telah dibantu oleh Amerika Syarikat dan Mesir serta menerima bantuan kewangan daripada beberapa negara dunia antarabangsa. 

Manakala kala Briged al Qassam Palestin hanya mempunyai keanggotaan seramai 30,000 orang (dan dibantu oleh beberapa kontigen kecil mujahidin lain di Gaza) terpaksa berjuang bersendirian tanpa bantu dunia Arab yang terus membis.

Meski pun perang telah berlalu selama 33 hari dan sedang masuk ke hari yang ke 34 tetapi rejim penjajah Israel masih belum berjaya melemahkan pasukan mujahidin Palestin, apatah lagi untuk menghapuskannya.


*Sumber :  Dr Zainur Rashid Zainuddin (Facebook)


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan