Keadilan kecam surat palsu

 

Berikut adalah kenyataan balas dari Fahmi Fadzil iaitu Pengarah Komunikasi Parti KEADILAN Rakyat mengenai edaran surat palsu yang menggunakan nama serta tandatangan Dato' Saifuddin Nasution Ismail, selaku Setiausaha Agung PKR :


KEADILAN KECAM SURAT PALSU

Saya menerima beberapa panggilan media berkenaan sepucuk surat yang kononnya dikeluarkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN kepada YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Saya telah menghubungi Datuk Saifuddin dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut. Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu; "JKD" merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin, dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat Jawatankuasa tersebut.

Oleh yang demikian, KEADILAN mengecam pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut. Jelas ia berniat jahat dan berusaha untuk menimbulkan syak wasangka dan ingin merosakkan usaha menyelesaikan masalah di Selangor dengan baik dan tertib.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan