Bersama Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan

Tarikh 2 Ogos 2014 lalu merupakan tarikh yang sangat bermakna kerana Encik Jamaludin iaitu Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan, Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka dan Pasar Tani UTC Melaka telah menggunakan khidmat nasihat syarikat saya iaitu ICT Niaga Enterprise, untuk membeli laptop dan aksesori komputer bagi kegunaan anak bongsu beliau yang baru sahaja melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi.

Pelbagai faktor pemilihan laptop telah dikemukakan kepada beliau iaitu dari segi teknologi, spesifikasi yang ditawarkan sesebuah laptop, jaminan pengeluar, berat, warna serta bandingan harga.  Akhirnya beliau memilih untuk membeli laptop berjenama Asus bersaiz skrin 14 inci yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 8, cakera keras 500 gb dan RAM berkelajuan 4 gb.

Semoga Encik Jamaludin sekeluarga berpuas hati dengan khidmat dari saya.


Promosi :

Untuk mengetahui lain-lain perkhidmatan yang saya tawarkan melalui perniagaan ICT Niaga Enterprise, sila lawati blog berikut :

Klik pautan ini --> ictniagaenterprise.blogspot.com


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan