Bekas model lebih mengerti keperluan MENUTUP AURAT


Orang yang sudah Islam atau lahir dalam keluarga Islam pun masih tak "menutup aurat". Kalau ada pun yang bertudung, tapi pakaiannya masih tidak memenuhi spesifikasi menutup aurat yang dikendaki syariah, contohnya memakai pakaian ketat yang memperlihatkan bentuk-bentuk dan lekuk-lekuk pada tubuh... Anda (kita) yang sudah lama Islam tak tahu malukah?

Seperlunya orang Islam wajib merasa "tamparan" apabila seorang cina kafir yang merupakan bekas model bunny majalah Playboy,
Felixia Yeap Chin Yee merasa selamat dan lebih dihormati apabila menutup aurat.... Alhamdulilah, beliau telah menganuti agama Islam pada 5 Julai 2014. Kini beliau menggunakan nama Raisyyah Rania.

Hidayah sememangnya datang dari Allah SWT, namun sebagai umat Islam, kita bukan menunggu "hidayah" itu sampai kepada kita, sebaliknya kita sendiri perlu berusaha secara berterusan "mendapatkan" hidayah berkenaan.

Anda dialu-alukan untuk membaca artikel "Tutup aurat bukan sekadar bertudung"





*Video adalah rakaman program sempena "Semarak Ramadhan Negeri Selangor", beberapa hari sebelum beliau mengucap dua kalimah syahadah.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan