Malaysia N-u-d-e Sports Games 2014 ?


Dimaklumkan dalam sebuah laman web perkongsian video (bukan Youtube) dalam sebulan lalu, terdapat seramai 18 "nudists" datang ke pantai rahsia di belakang "Pulau Pinang". Lokasinya yang lebih tepat dirahsiakan. Mereka dikatakan berkumpul di Jeti Teluk Bahang di Pulau Pinang sebelum ke destinasi berkenaan. Pada ketika itu terdapat seorang ranger yang menjaga kawasan pantai berkenaan seorang diri. 

Kumpulan ini mungkin ada penglibatan rakyat Malaysia dan rakyat negara lain kerana didapati mereka turut melakukan aktiviti yang sama di destinasi pelancongan luar negara.

Sebaik sahaja mereka mengesahkan kehadiran mereka kepada ranger berkenaan, mereka ke sebuah pondok wakaf dan mula bertelanjang. Mereka memulakan aktiviti "sukan berbogel" dengan melukis pada tubuh masing-masing menggunakan cat.



PERHATIAN
Video tidak dapat dikongsi kerana saya rasa ia terlalu lucah untuk dipertontonkan kepada umum. Ada blogger lain yang baru nak sedar perkara ni sanggup kongsikan pautan video berkenaan.


Melalui maklumat dalam laman web berkenaan, mereka dibekalkan makanan oleh pihak-pihak tertentu yang menghantar makanan menggunakan jalan laut.

Sebelum ini agak kecoh di media alternatif berkenaan dengan sebuah rancangan realiti tv dari luar negara yang menjadikan salah satu kawasan hutan dan pantai di Malaysia (negeri bukan Pulau Pinang) sebagai lokasi rakaman "Naked and Afraid", yang memerlukan pesertanya berbogel dan meneruskan kelangsungan hidup secara bebas dalam keadaan bogel selama beberapa hari.

Diminta pihak yang bertanggungjawab memberi sebarang kelulusan kepada pihak luar dan dalam negara agar tidak membenarkan acara atau aktiviti seperti ini yang mencemarkan kedaulatan Malaysia yang diperakui oleh pemimpin semasa Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

Di sini saya bermaksud kita perlu ada sistem pemantauan yang berterusan bagi kumpulan-kumpulan tertentu termasuklah pelancong yang singgah ke lokasi tertentu terutamanya di pulau-pulau terpencil atau kawasan yang jarang dikunjungi masyarakat setempat. 

Berkenaan dengan artikel ini, saya tidak menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang bersubahat dalam penganjuran ini kerana ia adalah aktiviti persendirian yang dianjurkan oleh sekumpulan pelancong. Cuma saya sarankan ada sistem pemantuan dan pencegahan untuk menghalang perkara seumpama ini berlaku.

Jangan kerana alasan keghairahan 1Malaysia, semuanya jadi bebas dan konsep ini mungkin akan memakan diri dalam siu-isu lain.  Sebarang aktiviti terutamanya di pulau, hutan dan mana-mana lokasi perlu dipantau bagi mengelakkan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.



*Atas sebab konsep 1Malaysia, bangsa lain sudah ada mempersoalkan kenapa perdana menteri tidak ada dari kalangan bangsa lain.  Jadi, siapa yang membuka jalan dan mengkhianati bangsa Melayu?


Aplikasi untuk scan kod bar bagi kempen Boikot Israel


Buycott Barcode Scanner membantu anda membaca kod bar supaya anda dapat mengetahui negara asal sesuatu produk dikeluarkan, agar wang anda tidak disalurkan kepada syarikat yang tidak dipersetujui masyarakat sedunia lantaran ada antara syarikat pembuatan barangan ini menyalurkan dana untuk negara haram Israel.

Pernah dipaparkan di ABC News dan Salon.com dalam segmen aplikasi minggu ini. Seperti yang dilihat di NBC, FOX, CNBC, MSNBC, dan mendapat liputan oleh Forbes serta Huffington Post.
 
Bagaimana ia berfungsi.
  • Imbas kod bar produk dan anda akan mengetahui syarikat apa yang memiliki produk berkenaan.
  • Buycott akan menentukan sama ada anda harus mengelakkan atau menyokong / membeli produk yang telah diimbas.
  • Dengan maklumat ini, anda kini boleh menentukan wang aliran keluar dari dompet anda

Ciri-ciri
 
  • Dengan menggunakan pengimbas kod bar, mencari struktur pemilikan mana-mana produk dan menjejaki semula  syarikat induk secara interaktif melalui gambar rajah. 
  • Menawarkan pelbagai data kenalan untuk syarikat-syarikat dan jenama, jadi anda boleh dengan mudah memberitahu mereka tentang keputusan anda untuk menyokong atau mengelakkan sesuatu produk.
  • Imbasan dari aplikasi pengimbas kod bar ini  sesuai untuk semua jenis kod bar jualan runcit utama (UPC-A, UPC-E, EAN8, EAN13, dll)
  • Masa yang diambil oleh aplikasi ini untuk mengimbas dan mengeluarkan keputusan imbasan adalah cepat bagi memastikan anda tidak menghabiskan banyak masa di kedai berkenaan.
  • Boleh membuat promosi anda sendiri di buycott.com
Buat masa ini, aplikasi Buycott Barcode Scanner hanya ditawarkan untuk pengguna sistem Android dan iPhone.  Berikut adalah pautan untuk memuat-turun aplikasi berkenaan :



Iktibar : Terlanjur semasa berada di rumah jiran

 

Semestinya hari raya Aidilfitri menjadi peluang kepada kita untuk lebih mengeratkan lagi persefahaman dan hubungan mesra antara keluarga dan jirang tetangga. Juga sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan kerana kebiasaannya kita akan dapat berjumpa sahabat handai yang telah merantau jauh dari kampung asal.

Menziarahi kaum keluarga dan jiran di hari raya sangat meriah dan menjadi nostalgia di hari raya.  Dah terlanjur berada di rumah jiran, maka berkenal-kenalanlah dengan anggota keluarga mereka.  Manalah tahu ada antara mereka yang dapat membantu kita dalam urusan seharian, terutamanya bagi mereka yang mencari rezeki dengan berniaga.  Pastinya memerlukan kenalan yang ramai untuk meluaskan pengiklanan perniagaan anda. 

Maksud saya tidak semestinya kita memberikan helaian iklan kepada mereka tetapi lebih kepada "promosi hebahan mulut". Maknanya mereka tahu apa yang sedang kita buat dan apa perkhidmatan yang kita sediakan.  "Stanby" kad bisnes anda semasa pergi beraya di rumah jiran atau saudara mara. 

Saat yang terbaik untuk memberikan kad bisnes anda itu ialah semasa sesiapa bertanyakan soalan "kau buat apa sekarang?" atau "kau kerja apa sekarang?". Namun jika tiada yang bertanya, maka anda berikanlah kad bisnes anda semasa anda dah nak balik, kepada individu yang dirasakan berpotensi menjadi pelanggan anda.




3 video iklan raya tersedap menyantau semangat

 
Secara peribadi, pandangan saya terhadap iklan raya Aidilfitri tahun 2014 ini lebih tenang dan menyenangkan.  Mungkin kerana pengarah video raya pada kali ini adalah dari kalangan mereka yang beragama Islam dan peka terhadap budaya Islam dan Melayu di Malaysia.

Pada perkiraan saya, ada tiga iklan raya yang benar-benar menarik perhatian saya dari segi pengisian dan jalan cerita, susun atur babak ke babak yang baik dan bersih serta tahap kekreatifannya. Iklan itu adalah dari Nissan, RTM dan Petronas. 

Tetapi bukan bermakna iklan yang lain tidak bagus, cuma saya lebih gemar pada tiga iklan ini, ibarat jatuh cinta pada pandangan pertama. Berikut adalah video berkenaan yang saya susun mengikut turutan nombor satu, dua dan tiga terbaik :


Nombor 1 di carta hati : Nissan - Atuk



Nombor 2 di carta hati : RTM - Ini Baru Raya

 


Nombor 3 di carta hati : Petronas - Ke Pangkuan Bonda



*Tambahan video pilihan : 

Nombor 4 di carta hati : KFC - Mengeratkan Hubungan keluarga di Syawal






Ketupat dan sejarahnya


Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat palas

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran.

Mercun & bunga api dijual di Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka

GAMBAR HIASAN : antara contoh bunga api dan mercun yang dijual di bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka


Bazar Ramadhan bukan sahaja terdapat jualan yang berkaitan dengan juadah berbuka puasa dan persiapan untuk meraikan hari raya Aidilfitri, malah skop perniagaan dalam bazar bermusim setahun sekali ini lebih luas lagi dari itu. Dari makanan ringan, mainan kanak-kanak hinggalah ke barangan yang tidak ada kena mengena dengan musim perayaan, ada diniagakan di sini. Bazar Ramadhan ibarat pasar malam.

Namun dalam pengetahuan saya, penjualan mercun dan bunga api telah lama diharamkan oleh kerajaan pada orang awam semenjak peristiwa letupan kilang bunga api dan mercun  pada 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor, sama ada dari segi pembuatan, penjualan dan apatah lagi membakarnya.

Saya dapati sejak awal Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka dibuka, terdapat beberapa orang peniaga (mungkin ada peniaga haram yang menyelit di celah-celah peniaga berdaftar yang lain) menjual barang yang dilarang dan diharamkan kerajaan iaitu mercun dan bunga api.  Malah ada juga segelintir peniaga berdaftar dan berkhemah turut menjual bahan terlarang dan terharam itu bersama-sama dengan jualan pakaian.

Lebih mengerikan, ada individu atau kumpulan yang membakar mercun di kawasan berhampiran dengan bazar berkenaan.  Letusannya kuat sehinggakan alarm kenderaan turut berbunyi. Ia juga membahayakan kenderaan yang dipakir di kawasan terdekat.

Saya sudah menyuarakan kebimbangan akan kemungkinan berlakunya kecederaan akibat dari pembakaran bunga api dan mercun berkenaan pada admin Facebook sebuah stesyen radio, namun saya lihat tiada respon dari pengendali page Facebook berkenaan.  

Saya yakin dengan letupan bunga api atau mercun yang begitu kuat, pasti akan ada mata-mata atau pegawai polis dan pihak berkuasa tempatan akan terdengar, namun sehingga ke malam artikel ini ditaip, penjualan dan pembakaran mercun dan bunga api masih lagi terjadi.

Sebelum ada yang benar-benar cedera atau buta mata akibat dari letupan mercun dan bunga api, lebih baik cegah sebelum terjadi. Jika dah diisytiharkan menjual bahan letupan seperti mercun dan bunga api telah diharamkan, laksanakan penguatkuasaan yang telus tanpa cuai atau diambil mudah.

Dan kalau kata boleh jual, pihak berkuasa tempatan dipersila keluarkan statement rasmi ke media massa.


*Saya tidak sempat untuk mengambil gambar yang jelas penjualan mercun dan bunga api di bazar ini kerana bimbang dipukul oleh para penjualnya.

**Membeli dan membakar bunga api dan mercun untuk tujuan suka-suka adalah pembazairan yang nyata. Namun ada sedikit kelonggaran jika dibeli dan dibakar untuk menghalau gangguan kera dan monyet terutamanya di kawasan kampung.

Apa makna ROOT, FLASH dan ROM pada Android


Berikut adalah penerangan ringkas tentang makna ROOT, FLASH, ROM untuk sistem Android.

Telefon Android anda dilaksanakan versi android yang telah dibuat oleh pembuatan telefon anda, khusus untuk telefon anda. Apabila Google mengeluarkan versi baru Android pembuatan telefon anda akan membuat keputusan sama ada atau tidak untuk mewujudkan update untuk telefon anda. 


Jika anda memutuskan untuk tidak membuat kemaskini untuk telefon tertentu anda dan anda sangat-sangat merasakan keperluan untuk menaik taraf sistem operasi telefon anda, di sini adalah bagaimana mereka dilakukan.

Sebelum anda
FLASH atau ROOT sistem Android anda, anda perlu untuk memeriksa kemaskini pengilangan untuk telefon anda. 

Dalam usaha untuk menaik taraf atau menukar perisian Android pada telefon atau tablet anda, anda perlu "ROOT" telefon.

Untuk
ROOT telefon adalah serupa dengan "cracking" telefon. Ini adalah cara untuk mendapatkan akses "superuser". Sebagai contoh jika anda membeli telefon yang telah dikunci, anda tidak boleh menggunakan ia dengan syarikat pembekal yang lain melainkan anda crack peralatan itu. Sebaik sahaja anda mempunyai akses sebagai pengguna super, anda boleh Flash telefon.

FLASH - Flash telefon adalah seperti sebuah komputer berubah dari menggunakan Windows Vista ke Windows 7.

ROM - Perisian telefon yang sedang anda gunakan. Contohnya
CyanogenMod membuat perisian untuk telefon yang berbeza. Ia dibuat mengikut keperluan model tertentu yang menawarkan aplikasi atau fungsi tertentu.

ROM yang ada pada telefon anda kini biasanya dikeluarkan oleh satu syarikat pembuatan yang hanya dipasang apabila mereka membuat telefon model tertentu sahaja.



 *Artikel ini adalah diambil dari sumber luar negara dari bahasa Inggeris. Diterjemahkan sebaik mungkin dan mungkin ada sedikit perbezaan dari penerangan asal.

**Jika sumber yang diambil itu salah maklumatnya, maka saya memohon maaf.

Video : Sifat ihsan dalam diri manusia


Di akhir zaman ini, seperti mana yang disiarkan di media massa, kekejaman dan keganasan berleluasa di segenap dunia. Penindasan dan pencabulan hak hidup dengan aman menjadi suatu kebiasaan pada golongan yang tamak dan yang qalbunya berteraskan keduniaan semata.

Sifat ihsan seakan makin kehilangan dalam diri manusia. Pembunuhan dan jenayah berlaku di sana-sini menjadikan dunia ini seolah semakin kecil wilayah keamanannya. Namun masih lagi ada manusia yang memiliki kemuliaan hati dan rasa ihsan terhadap makhluk Allah SWT.

Di dalam video di bawah ini merupakan sebahagian contoh sifat ihsan yang masih ada di kalangan manusia :






Bagaimana memformat Kad SD


SD (Secure Digital) kad adalah peranti storan digital yang sering digunakan dalam peranti mudah alih seperti kamera digital dan telefon bimbit kerana saiznya yang kecil dan ringan. Memformat kad SD biasanya diperlukan untuk membuatkan ia serasi dengan peranti yang mereka akan digunakan atau kad berkenaan mengalami masalah tertentu. Ikut panduan di bawah ini untuk memformat kad SD anda dalam Windows atau pada peranti Android anda.


Format melalui Windows

Kaedah 1.1 : 

Menyambung kad SD ke komputer anda. Jika komputer anda mempunyai slot kad SD anda boleh memasukkan kad SD yang terus ke pelabuhan. Jika anda menggunakan kad MicroSD, anda akan memerlukan penyesuai untuk membolehkan ia untuk dimuatkan ke dalam standard pelabuhan kad SD.
 
Jika komputer anda tidak mempunyai port kad SD terbina dalam, anda boleh menggunakan pembaca kad USB luaran yang dipasangkan ke dalam mana-mana port USB pada komputer anda.
 
Anda boleh menyambung peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau kamera digital ke komputer anda (juga biasanya dilakukan melalui USB). Anda boleh memasukkan kad SD ke dalam peranti mudah alih dan ia buat sementara waktu akan bertindak sebagai pembaca kad SD.

Kaedah 1.2:

Buka tetingkap Komputer. Klik Mula atau Windows menu dan pilih Komputer (Windows Vista / 7) atau My Computer (Windows XP). Untuk Windows pengguna 8, jenis "komputer" dan klik ikon Komputer dalam hasil carian Apps.

Kaedah 1.3 :

Cari kad SD anda. Pemacu boleh tanggal yang muncul terakhir dalam "Devices with Removable Storage" senarai perlu kad SD yang anda hanya disambungkan ke komputer anda. Buka kad SD untuk mengesahkan bahawa kad yang betul yang anda mahu format. Kembali ke skrin Komputer. 


Kaedah 1.4 :

Buka alat Format. Klik kanan pada kad SD dan pilih "Format" dari menu yang timbul. Ini akan membawa anda ke tetingkap Format. Simpan "Capacity" dan "Allocation unit size" ditetapkan kepada "default".


Kaedah 1.5 :

Pilih sistem fail. Ini adalah cara yang fail disimpan pada kad. Sistem yang berbeza menggunakan struktur fail yang berlainan. Dalam usaha untuk kad SD yang akan dibaca oleh mana-mana peranti, pilih FAT32 sistem fail. Ini akan membolehkan ia dibaca oleh kamera, telefon, pencetak, Windows, Mac, dan Linux komputer dan banyak lagi.
 
Format Pantas: menandakan kotak ini format kad SD anda dengan cepat tanpa memeriksa kad untuk ralat perkakasan. Jika anda memformat kad SD untuk kali pertama atau mengesyaki bahawa ia mengalami pincang tugas, anda perlu meninggalkan pilihan ini dalam keadaan "un-ticked" (tidak ditandakan).



 Kaedah 1.6 :

Klik butang Start selepas anda telah membuat pilihan anda. Tekan butang OK dalam tetingkap yang timbul untuk memberi pengesahan anda. Selepas anda mengesahkan, kad SD anda akan diformat dan anda akan berakhir dengan kad memori kosong yang boleh dimasukkan dalam mana-mana peranti yang menerima kad SD.


Format pada Android
 
Kaedah 2.1 :

Masukkan kad MicroSD anda. Untuk telefon "port" MicroSD biasanya di bawah bateri. Anda perlu membuka panel belakang dan keluarkan bateri untuk mengakses slot / port. Kad ini perlu diluncurkan ke dalam (slide in ) dan klik ke tempatnya. Jangan memasukkan kad dengan kasar atau memaksa kerana ia mungkin akan merosakkan port dan kad berkenaan.

Tablet biasanya mempunyai pembaca kad SD di sebelah tablet. Rujuk dokumentasi produk anda untuk mencari lokasi yang tepat.

Kaedah 2.2 :

Buka Tetapan peranti Penyimpanan. Setelah memasukkan kad SD, buka Tetapan dengan mengetik butang Menu sambil melihat skrin Utama, atau dengan membuka "Settings app" dari "App Drawer". Pilih Penyimpanan daripada menu tetapan, di bawah tajuk "Device".

Kaedah 2.3 :
Unmount the SD card (Nyahlekap kad SD). Sentuh pada menu "Unmount the SD card".

Kaedah 2.4 :

Format kad SD. Dalam sub menu ruang penyimpanan, tatal ke bawah (scroll down) ke bahagian kad SD. Ketuk "Format kad SD" untuk memulakan proses format. Ketuk butang sekali lagi untuk meneruskan. Jika kad SD anda dikunci, anda perlu memasukkan PIN kad SD anda. Sebaik sahaja anda lakukan, format yang akan meneruskan.
 
Semua data anda akan hilang. Pastikan bahawa anda telah membuat salinan mana-mana fail penting dari kad SD sebelum memformat kad SD berkenaan.


*Nota :
Artikel ini adalah terjemahan dari bahasa Inggeris. saya telah berusaha sebaik mungkin untuk membuat terjemahan yang tepat. Sesetengah istilah dikekalkan pada bahasa asal untuk mengelakkan kekeliruan.

Pemain Bola Sepak Israel Diserang Penonton


Peperangan yang terjadi antara Palestin dan Israel akhirnya terseret juga hingga ke padang bola sepak. Perang tak berkesudahan di timur tengah tersebut memberi kesan juga pada dunia sukan
 
Pertandingan persahabatan pramusim antara kelab Liga 1, Lille melawan kelab Israel Maccabi Haifa akhirnya harus berakhir rusuh. Laga antara kedua pasukan harus diakhiri lebih cepat atas alasan keselamatan bagi para pemain Maccabi Haifa. Ini kerana para penonton yang pro Palestin masuk ke gelanggang dan menyerang para pemain Haifa. Namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar perlawanan ini diadakan. Melalui rujukan youtube, video yang merakamkan kejadian ini dimuat naik pada 23 Julai 2014.

Perlawanan pramusim antara kedua pasukan ini diadakan di tempat neutral dan jauh dari konflik, iaitu di Austria. Namun rupanya pertandingan ini juga dihadiri oleh pihak anti-Israel yang kebanyakan keturunan Turki. Mereka beramai-ramai membawa bendera Palestin dan Turki dan menjerit-jerit pada pemain Israel semenjak awal perlawanan.
 
Namun tanpa diduga oleh pegawai keselamatan (yang jumlahnya yang sedikit), pada minit ke-84, penonton pro Palestin tiba-tiba memasuki padang. Dan tidak jelas bagaimana bermulanya, dalam seketika pergaduhan antara pemain dan penonton pun bermula. Tidak ada pihak yang mengalami kecederaan akibat kejadian ini, namun pihak penganjur terus menghentikan perlawanan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.





Sumber :  fokusbet

Rangkaian Produk Serai Wangi Afizar SB

http://seraiwangi-afizarsb.blogspot.com/
Anda boleh hubungi S.B.Afeid Haji Buang 017-6473630 / 016-6476937, Intan Zarina 013-6509763 untuk pertanyaan mengenai produk dan pembelian.

*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Apakah serai wangi? Adakah ia sangat istimewa dan berkhasiat tinggi sehingga membuatkan ramai individu menggunakan bahan semula jadi ini sebagai kandungan utama dalam produk harian?.

Serai wangi atau nama saintifiknya Cymbopon hardus ialah tumbuhan daripada keluarga rumput Poaceace yang berasal dari kawasan tropika Asia. Serai wangi adalah tumbuhan pelbagai guna yang ada di negara kita.

Serai wangi ialah rumput saka, tinggi dan berbau wangi serta mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom padat dan boleh membesar sehingga 1.5 meter. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat selari dan mempunyai aroma yang kuat jika dibandingkan dengan serai yang digunakan dalam masakan.

Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi hidup secara liar di kebanyakkan negara seperti di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia kebiasaannya ditanam di bahagian belakang rumah. Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan yang lasak dan boleh menyesuai dalam pelbagai jenis tanah dan iklim. 

Namun demikian ia tumbuh dengan baik pada keadaan tanah yang bersaliran baik dan subur. Serai wangi tidak boleh hidup dalam keadaan tanah yang mempunyai air bertakung dan di bawah teduhan. Ia boleh hidup dengan subur di kawasan lapang dan mempunyai cahaya yang cukup.

Atas sebab khasiat dan keberkesanan tumbuhan ini, perniagaan yang diberi nama Afizar SB Enterprise mengeluarkan rangkaian produk berasaskan tumbuhan serai wangi. Ia diusahakan oleh pemiliknya iaitu encik S.B.Afeid bin Haji Buang yang dibantu oleh isterinya iaitu Intan Zarina Hashim.  Encik S.B.Afeid ini merupakan bekas pesilat negara yang pernah mewakili negara dari tahun 1984 hingga 1992.  Beliau merupakan Yang Di Pertua SIKUME (Seni silat Kunci Melayu Melaka).

Pada minggu lepas (dari tarikh artikel ini diterbitkan), saya telah berkunjung ke Aeon Bandaraya Melaka (Jusco) untuk membeli produk serai wangi keluaran Afizar SB Enterprise iaitu semburan dan pati serai wangi. Afizar SB Enterprise turut berada di Bazar Ramadhan Telok Mas, Melaka.

   
Semburan dan pati pencuci serbaguna Serai Wangi Afizar SB. Menghapuskan bakteria, mencegah kehadiran lalat, semut, lipas dan pelbagai jenis serangga atau haiwan kecil.  Ia tidak mengandungi bahan beracun dan selamat untuk kegunaan di meja makan dan dapur. Juga boleh digunakan sebagai pencuci lantai.


Selain itu, Afizar SB Enterprise turut mengeluarkan produk seperti berikut :


Rangkaian Sabun Berubat Herba

Sabun Berubat Herba utk jerawat, jeragat, Sabun Mandi Herba dan Sabun Pelangsing Herba






Balsam Berubat Herba

Balsam panas yang dapat meredakan sakit pinggang, gigitan serangga, 

kebengkakan, melawaskan angin dalam badan, melancarkan perjalanan darah dll


Cube Repellent

Berfungsi seperti ubat gegat, letakkan di tempat yang bermasalah lipas, semut, 

anai-anai dan tikus spt dalam laci, kabinet, almari, dalam bilik air dan tempat laluan atau sarang tikus.

Semburan Badan Serai Wangi

Semburan badan utk mengelakkan dari gigitan nyamuk.


Krim Langsing Herba Halia Serai Wangi

Krim Langsing Halia untuk disapu pada perut, peha dan pinggul bagi 

menguraikan lemak bawah lapisan kulit, melawaskan angin dalam badan dan melancarkan perjalanan darah.

Krim Urut Herba

 Memudah proses mengurut badan, tidak melekit dan menyegarkan

 

Minyak Herba 

Minyak panas berangin, sesuai utk masalah kebas, sakit otot, lenguh dan melancarkan perjalanan darah.

Minyak Kayu Putih 

Mengatasi masalah kembung perut, kencing malam, dada semput. Sesuai utk bayi hg dewasa


Penyegar Udara Haruman Terapi

Semburan udara untuk menghilangkan bau yang tidak enak dalam kereta, ruang bilik, 

sofa dan bantal dengan haruman lavender, lemon, strawberry dan pandan.




Minyak Angin Haruman Terapi

Meredakan sakit kepala, selesema, batuk dengan haruman lavender, lemon dan epal.


Balsam Herba Kayu Putih

Khasiat yang sama dengan Minyak Herba Kayu Putih Serai Wangi untuk membantu mengatasi masalah kembung perut pada bayi dan orang dewasa, mengatasi masalah anak-anak kencing malam, batuk, selsema, angin perut, sakit kepala dan gigitan serangga.


 
 

Petua untuk cari air dalam hutan


Adakalanya, individu atau berkumpulan menghadapi suatu situasi semasa megembara di dalam hutan di mana makanan yang dibawa telah kehabisan atau berkurangan. Adalah sangat penting di dalam keadaan sebegini apakah makanan atau minuman yang terdapat di dalam hutan yang boleh dimakan dan diminum.

Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup di dalam kawasan hutan dan bagimana hendak bergerak dengan tepat di dalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

 Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maksimum kemampuan fizikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental iaitu kemahuan untuk terus hidup.

Paling mustahak ialah mencari bekalan air yang selamat untuk diminum.  Ada pelbagai kaedah yang boleh digunapakai tetapi bergantung kepada bentuk muka bumi kawasan hutan berkenaan.  Untuk tujuan itu, sila tonton video di bawah ini yang menunjukkan kaedah mencari air di kawasan hutan belantara.



Video klip lagu : Gegarlah Keamanan Israel


Keganasan Israel yang ditunggangi oleh fahaman Zionis masih berterusan dan negara-negara Islam sekitarnya seakan buta mata dan tuli telinga mereka.  Hanya sebilangan kecil negara Arab yang mungkin ada menghulurkan bantuan.

Namun para pejuang keamanan dan jihat melawan tentera bersekutu dajjal ini bersiap sedia dan terus bersemangat mempertahankan tanah air mereka. Semoga jika mereka mati, mati dalam keadaan syahid. Perdengarkan dan perlihatkanlah video di bawah :


Rahsia sebenar YAKJUJ dan MAKJUJ

Sila baca artikel ini dengan minda yang bersih dan terbuka


Selama hampir 1400 tahun, umat Islam telah bertanyakan perihal yang salah mengenai Yakjuj dan Makjuj.  Soalan yang biasa diajukan ialah "Siapakah Yakjuj dan Makjuj?".  Itu soalan yang tidak tepat dan salah.  Seperlunya mereka bertanya "Apakah Yakjuj dan Makjuj?".

Yakjuj dan Makjuj sebenarnya jauh lebih menakutkan daripada apa yang mungkin anda pernah bayangkan.  Tiada satupun jenis teknologi senjata dalam sejarah hidup manusia dapat menghalang atau menewaskannya.  Yakjuj dan Makjuj mempunyai kekuatan yang dasyat dan menggerunkan. 

Zulkarnain iaitu seorang raja yang soleh dan hidup di era Nabi Ibrahim A.S juga tidak mampu menewaskan Yakjuj dan Makjuj walaupun dia mempunyai bala tentera yang sangat kuat pada zaman itu.  Yang hanya mampu dilakukan beliau ialah dengan menyekat Yakjuj dan Makjuj dengan sebuah tembok besi.  Itu sahajalah cara yang paling berkesan menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj.

Walaupun telah berjaya "mengurung" Yakjuj dan Makjuj, Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang.  Yakjuj dan Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang menjadi penghalangnya.  Umat Islam di seluruh dunia menantikan peristiwa yang menakutkan ini.

Cuba anda bayangkan betapa kuatnya Yakjuj dan Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya selama ini. Apabila Yakjuj dan Makjuj terlepas dari tempat pengurungannya, kita hanya boleh berdoa kepada Allah SWT agar terselamat daripada "serangannya". 

Kegagalan membongkar misteri Yakjuj dan Makjuj adalah berpunca dari kesilapan generasi terdahulu yang mencetuskan persoalan "Siapakah Yakjuj dan Makjuj?".  Dalam Al Quran tidak pernah menggambarkan Yakjuj dan Makjuj sebagai makhluk atau kaum perosak.

Jika ditelaah dengan teliti, dua perkataan Yakjuj dan Makjuj lebih membawa maksud sejenis bencana yang merosakkan bumi. Dua perkataan iaitu Yakjuj dan Makjuj hanya dinyatakan dalam Al Quran sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al Kahfi (ayat 94) dan Al Anbiya' (ayat 96).

“Mereka berkata, „Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?‟” – [18 : 94]

“Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj.

“Berkata : "Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka” – [18 : 95]

Tembok ini dibina oleh Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut.

Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan besi.  Kekuatan besi tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj.

Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa "mereka" berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok besi itu?  Jadi untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada "siapakah"kepada "apakah" Yakjuj & Makjuj. 

Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj.

#1 : Terletak di antara dua gunung. Yakjuj & Makjuj muncul ketika Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung. "Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung .................” – [18 : 93]

#2 : Merosakkan permukaan Bumi. Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan Bumi. “Mereka berkata, "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di Bumi …………” – [18 : 94]

#3 : Boleh disekat dengan empangan. Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. “……… aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka‟.” – [18 : 95]

#4 : Mempunyai sifat menyala. Perkataan "Yakjuj" mempunyai huruf akar "alif-jim" yang membawa pengertian "nyalaan".

#5 : Bergerak seperti gelombang. Perkataan "Makjuj" mempunyai huruf akar "mim-jim" yang membawa pengertian "gelombang"

#6 : Turun dari lereng-lereng tinggi. Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng- lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang. “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

#7 : Akan muncul semula dari bawah tanah. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah. “……… tetapi apabila janji Tuhanku datang Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." – [18 : 98]

Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :

#1 : Terletak di antara dua gunung.
#2 : Merosakkan permukaan bumi.
#3 : Boleh disekat dengan empangan.
#4 : Mempunyai sifat menyala.
#5 : Bergerak seperti gelombang.
#6 : Turun dari lereng-lereng tinggi.
 #7 : Akan muncul semula dari bawah tanah.

Jika minda anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah.  Seperti yang telah saya nyatakan di awal slide ini, Yakjuj & Makjuj bukan "siapakah" tetapi "apakah".
Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut.
Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh pengkaji terdahulu. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj?

Yang sebenarnya Yakjuj &Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan Bumi.

Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui Zulkarnain.

Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Zulkarnain. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]

Tetapi Zulkarnain masih memahami permintaan kaum ini kerana dia melihat bagaimana Yakjuj & Makjuj memusnahkan penempatan mereka.

Keperluan membina empangan menunjukkan Yakjuj & Makjuj adalah suatu bencana alam yang mengalir di atas permukaan Bumi.

Hanya terdapat satu kaedah sahaja untuk menyekat aliran Yakjuj & Makjuj iaitu dengan membina empangan.
Empangan ini mesti dibuat daripada besi dan tembaga kerana sifat Yakjuj & Makjuj yang menyala dan bergelombang.

Hanya besi dan tembaga sahaja mampu menahan aliran Yakjuj & Makjuj daripada memusnahkan permukaan Bumi.
Tetapi saya masih belum beritahu anda apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini.

Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj, kita imbas semula pengertian dua perkataan ini.

Mempunyai sifat menyala. Perkataan "Yakjuj" mempunyai huruf akar "alif-jim" yang membawa pengertian "nyalaan". 

Bergerak seperti gelombang. Perkataan "Makjuj" mempunyai huruf akar "mim-jim" yang membawa pengertian "gelombang".

Untuk memudahkan pemahaman anda, kita terjemahkan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada Bahasa Melayu iaitu : "Gelombang Yang Menyala".  Sekarang kita gantikan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada "gelombang yang menyala" ke dalam surah Al-Kahfi dan Al- Anbiya.

“Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya gelombang yang menyala itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?" – [18 : 94]

“Sehingga apabila gelombang yang menyala dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

Masihkah anda ingat mata pelajaran Geografi yang dipelajari di sekolah menengah dahulu? Apakah bencana alam yang melibatkan "gelombang yang menyala"? Sudah pasti anda akan menjawab : LETUSAN GUNUNG BERAPI
Pelajar sekolah menengah tingkatan 3 pun tahu tentang ini.  Apabila meletus, sesebuah gunung berapi itu akan memuntahkan sejenis batuan lebur yang dikenali sebagai "lava".  Lava mempunyai sifat menyala dan mengalir seperti gelombang.

Ini bermakna Yakjuj & Makjuj adalah satu istilah kepada perkataan lava yang melimpah dari dua buah gunung berapi.  Lava tidak boleh dimusnahkan tetapi alirannya boleh disekat dengan pembinaan empangan. Kaedah sekatan lava yang digunakan oleh Zulkarnain sama seperti yang anda boleh lihat dalam filem "Volcano".

Dalam filem ini, aliran lava disekat dengan penghadang konkrit yang bertindak sebagai empangan.
Inilah situasi yang sama dihadapi oleh Zulkarnain.  Kaum yang ditemui Zulkarnain sedang ditimpa bencana gunung berapi.

Seperti fenomena pusaran angin, masyarakat di Barat menggelarnya sebagai "tornado" tetapi di Malaysia ianya dikenali sebagai "puting beliung". Dua perkataan "puting" dan "beliung" digunakan kerana perbezaan istilah di antara Bahasa Melayu dan Latin. Orang Latin hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu "tornado". 

Tetapi penggunaan lebih satu perkataan dalam sesuatu bahasa itu tidak menjadikan puting beliung dan tornado sesuatu yang berlainan.  Begitu jugalah dengan penggunaan dua perkataan Yakjuj & Makjuj.  Ia ditulis secara berpasangan kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu entiti (bukan 2) iaitu lava.

Ketidakfahaman pengkaji terdahulu terhadap pengertian Yakjuj & Makjuj adalah disebabkan kerana mereka tidak mengetahui tentang volcanology – satu bidang kajian khusus mengenai gunung berapi.  Mungkin ada antara kita yang sedang mengalami konflik kerana bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini.

Pembinaan empangan lava bukanlah satu perkara yang aneh dalam sejarah manusia.  Di Jepun dan Indonesia terdapat banyak empangan lava dibina oleh pihak kerajaan sebagai persediaan menghadapi bencana gunung berapi.  Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus, aliran lava akan disekat dengan puluhan sistem empangan konkrit dan memberi lebih masa kepada penduduk di sekitarnya menyelamatkan diri.

Zulkarnain telah menggunakan kaedah yang sama seperti di Jepun dan Indonesia hari ini untuk menyekat limpahan lava dari dua buah gunung berapi yang sedang aktif.  Walaupun kaum ini telah diselamatkan oleh Zulkarnain, tetapi Yakjuj & Makjuj akan muncul semula sebelum Hari Kiamat.

Penempatan kaum ini terletak di antara dua gunung berapi yang sedang aktif. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]

Kemunculan kali kedua Yakjuj & Makjuj ialah letusan gunung berapi raksasa atau supervolcano. Apabila supervolcano meletus, kesannya akan mengancam manusia di seluruh dunia. Yakjuj & Makjuj adalah malapetaka yang akan berlaku pada skala global.

Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang bencana maha dahsyat ini :

"Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih." - [44:10]

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaranKu?" - [67:17]

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?" - [67:16]

Ayat-ayat Al-Quran ini menunjukkan ciri- ciri kemusnahan dari letusan gunung berapi raksasa yang akan berlaku tidak lama lagi.  Lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang terletak di antara dua buah gunung berapi. Ia terletak di sebuah kawasan yang terletak di penghujung empayar Zulkarnain.  Zulkarnain ialah seorang raja dari sebuah empayar yang berdekatan dengan Tanah Arab.  

Mengikut sejarah, empayar ini sangat terkenal kerana memiliki teknologi pembinaan tembok seperti empangan, kubu- kubu pertahanan dan sebagainya.  Binaan-binaan empayar ini masih kukuh dan boleh dilihat dari Russia sehingga ke Iran pada hari ini. 

Untuk mengetahui lebih mendalam cerita pendedahan eksklusif berkenaan dengan Yakjuj dan Makjuj, ia ada dijual dalam bentuk e-book.  Sila klik banner di bawah





Promosi

Babab.net