Kanak-kanak kecil di Thailand dilatih "Muay Thai"?

 

Tomoi (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. Tinju Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan dan bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja. Secara praktiknya, Tomoi dan Muay Thai tiada sebarang perbezaan besar.

Tomoi banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi.

Dalam video di bawah memaparkan dua orang kanak-kanak kecil lelaki dilihat sedang "sparring" seni Muay Thai sambil ditontoni oleh ahli keluarganya serta jiran sekampungnya. Yang mengkagumkan kanak-kanak berkenaan tidak menangis kesakitan malah tersenyum kesukaan...



*Komen :
- Kerana itu Thailand sentiasa ada bakat-bakat hebat yang mampu diketengahkan di peringkat antarabangsa dalam arena Muay Thai...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan