Pengaruh Ultras dalam MLM 2013


Pengaruh gerakan Ultras di Malaysia ini bermula dengan penubuhan Ultras Malaya pada 2007 oleh beberapa penyokong tempatan dan penyokong fanatik. Pada waktu awal kemunculan mereka, gerakkan ini hanya mempunyai 20 penyokong kuat. Mereka membentuk Ultras Malaya untuk Piala Asia 2007. Tetapi walaupun pasukan kebangsaan Malaysia telah mempamerkan prestasi buruk, namun Ultras Malaya masih menyokong pasukan kebangsaan iaitu "Harimau Malaya".

Kemudian dari gerakan utama yang dijalankan oleh Ultras Malaya, lalu ia turun kepada peringkat negeri dengan penubuhan gerakan Ultras yang berasaskan negeri, contohnya seperti Ultras Nogori 9 (Negeri Sembilan), Ultras Taming Sari (Melaka) dan Boys Of The Straits (Johor).  Mereka juga ada mencipta dan menggubah lirik dan lagu mengikut keperluan pasukan bola sepak negeri masing-masing. Rentak dan muziknya sama cuma lirik yang berbeza.

Itulah "trademark" mereka, menyokong pasukan bola sepak Malaysia ketika sedang berada di prestasi terbaik dan juga sewaktu prestasi merundum. Ultras Malaya masih lagi kental memberi sokongan walaupun di kala yang lain mencaci-hinakan Harimau Malaya.

Namun kini imej dan aura Ultras tidak hanya dipertunjukkan di stadium bola sepak sahaja. Buktinya pada malam persembahan Maharaja Lawak Mega 2013, minggu yang ke 12, kumpulan Shiro yang berasal dari daerah Kluang, Johor telah "memperdengarkan" lagu yang digubah oleh Boys Of The Straits.

Saksikan persembahan itu di dalam video ini :




**Komen :
-bilalah akan ada individu atau kumpulan dari Melaka yang akan menyertai Raja Lawak dan seterusnya Maharaja Lawak dan menyanyikan "chant" dari Ultras Taming Sari....?

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan