Idea bisnes mudah Siri 2

 

Artikel ini merupakan lanjutan kepada artikel "Idea bisnes mudah Siri 1". Dalam artikel ini saya memberitahu idea bisnes yang masih lagi relevan dan jika kena pada lokasinya mampu menjana pendapatan yang stabil. Bisnes yang dicadangkan ialah perkhidmatan binding

Kos untuk menjalankan perkhidmatan ini adalah dalam lingkungan RM500.00. Binding yang dicadangkan ialah binding jenis ring dan tape.  Namun terdapat satu lagi jenis binding yang ada iaitu jenis wire binding dan kosnya lebih sedikit dengan jenis binding yang dicadangkan.

Binding ring dan tape biasanya digunakan oleh kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan mahasiswa-mahasiswi di kolej serta universiti. Malah para peniaga atau usahawan juga sering menggunakannya untuk membuat profil perniagaan atau syarikat.

Pada mereka yang kreatif, perkakasan ini boleh juga menghasilkan kraftangan yang menarik.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan