Google antara terawal ucap selamat hari lahir


Pada hari ini, 2 Disember 2013 merupakan ulang tarikh kelahiran saya. Namun saya seringkali tidak mengira atau mengingati sangat usia saya sebaliknya saya lebih kepada mengira jumlah kejayaan yang telah saya capai sepanjang hidup ini.

Dengan kewujudan laman web seperti "facebook", terlangsungnya ia sebagai pengingat kepada rakan-rakan akan tarikh "birthday" saya.  Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mula memberi ucapan dan doa sejak awal pagi Isnin, 2 Disember 2013.

Namun sesuatu yang tidak saya sangka dan sedari selama ini, entah bila pihak Google membuat sentuhan peribadi kepada enjin cariannya dengan membuat ucapan "Happy Birthday Ahmad Zaki" serta perkataan "Google" diubah kepada gabungan kek-kek sambutan hari lahir. Ianya muncul di "search engine" (enjin carian) yang telah saya "sign-in" menggunakan akauan yang didaftarkan atas nama saya.

Langkah yang pihak Google buat ini merupakan strategi pemasaran yang sangat baik kerana ia mempunyai nilai-nilai sentimental dan peribadi terus kepada pengguna perkhidmatan mereka. Ini akan menyentuh hati pengguna dan menambahkan lagi peratusan kesetiaan dalam penggunaan enjin carian di internet dan mengukuhkan jenama Google di kalangan pengguna komputer.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan