Buah Binjai : ramai juga yang tak tahu


Mengikut pengalaman saya semasa di Karnival Jualan Buah-buahan Tempatan : "Jom Makan Buah" (6 - 10 Disember 2013) di Presint 2 Putrajaya yang diadakan di Laman 1 Malaysia anjuran FAMA, ramai juga yang tidak mengenali akan buah yang dianggap sebagai buah-buahan tradisional iaitu buah binjai.  Bukan hanya kanak-kanak dan remaja yang tidak mengenali buah ini, orang dewasa pun ada juga yang mengakui bahawa tidak pernah tahu akan buah binjai.

Teringat semasa sama masih tinggal di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka, semasa zaman kanak-kanak. Ada sepokok Binjai tumbuh di tepi pagar rumah. Sebelah rumah tu ialah tanah kosong milik jiran sekampung, yang juga merupakan "bau-bau bacang" dengan keluarga saya (buah juga tu). Bila musimnya berbuah, selalu dapat merasa apabila jiran tu beri.

Untuk pengetahuan semua, nama saintifik Binjai ialah Mangifera caesia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga "Anacardiaceae". Binjai tergolong dalam jenis yang sama dengan mangga dan ada ditanam di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Papua New Guinea, Kerala dan Filipina. Pokok Binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi. 

Bunganya berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal. Buahnya besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuningan, lembut, dan berbau kuat dengan rasa masam manis atau masam.

 

Binjai terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak atau disejukkan dengan ais. Binjai juga digunakan sebagai campuran sambal, terutama untuk masakan ikan sungai. Bijinya kadang-kadang dikeringkan dan dijadikan sebagai lauk yang dimakan bersama nasi.


Kayu binjai dapat digunakan sebagai papan untuk pembinaan lantai dan bahan sokongan untuk kerja-kerja ringan pembinaan bangunan. Buahnya yang sudah matang boleh dimakan dalam keadaan segar dengan dikupas terlebih dahulu kulitnya. Setelah itu, pucuk daunnya yang masih muda boleh dimakan sebagai ulam.


**Maklumat tambahan :
-Binjai juga merupakan nama sebuah kota di utara Sumatra, Indonesia.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan