Kalender bola sepak Liga Malaysia 2014

 
Tarikh penting dalam bola sepak Liga Malaysia musim 2014.  Pastinya tahun hadapan menjanjikan pelbagai drama dan kemeriahan warna warni yang akan menyelaputi kancah bola sepak negara.  Paling hangat ialah kemasukan Pablo Aimar ke Johor DT dan perpindahan beberapa pemain yang menjadi isu kepada peminat setia pasukan.  
Tidak lupa juga kepada pasukan negeri yang sekian lama menyepi di liga divisyen 3 Malaysia iaitu Melaka.  Dengan kepimpinan baru yang diterajui oleh Ketua Menteri Melaka yang baru iaitu Datuk Wira Ir. Idris Haron, para peminat bola sepak Melaka yang masih ada, mengharapkan tahun 2014 merupakan tahun kebangkitan skuad bola sepak Melaka yang membawa semangat baru..., semangat Hang Jebat bagi memertabatkan kembali negeri ini dalam sukan bola sepak.
Berikut adalah peristiwa dan tarikh awal dalam kalender bola sepak Malaysia :
  • Undian Pertandingan Piala FA dan Jadual Liga Super dan Premier, Liga Malaysia - 23.11.2013
  • Tarikh akhir pendaftaran pemain:
Pemain tempatan - 17.12.2013
Pemain import - 4.12.2013
  • Pertukaran pemain kedua (pertengahan musim) pemain tempatan dan import - 23.3-22.4.2014
  • Piala Sumbangsih - LionsXII vs Pahang - 17.1.2014
  • Liga Super - 17.1.2014
  • Liga Premier - 24.1.2014
  • Piala Presiden (pasukan simpanan kelab yang bertanding) - 27.1.2014
  • Piala FAM - Mac 2014

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan