SEMINAR INSPIRASI & FORMULA USAHAWAN (SIFU) – 7 MENTOR, 7 INDUSTRI


Satu-satunya seminar yang menghimpunkan 7 Mentor Usahawan di dalam satu seminar. Setiap Mentor adalah merupakan usahawan sebenar yang sangat berjaya di dalam industri perniagaan mereka masing-masing. Mereka menjadi jutawan disebabkan perniagaan yang mereka jalankan, bukan seperti sesetengah "penceramah" yang menjadi kaya hanya dengan mengadakan seminar dan menjual temberang sahaja.

Oleh itu, ilmu serta pengalaman yang akan dikongsikan oleh mereka adalah merupakan pengalaman bergelumang di dalam industri mereka yang sebenar dan bukannya sekadar teori semata-mata.
Tambahan lagi, setiap mentor yang ditampilkan sedang mencari mentee-mentee yang serius untuk dibimbing oleh mereka dengan lebih dekat lagi. Inilah peluang anda untuk mendapatkan mentor-mentor yang berwibawa yang dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan agar perniagaan anda dapat terus bertambah maju.

Selain sesi perkongsian ilmu & pengalaman dari 7 orang mentor tersebut, terdapat juga 3 sesi bonus akan diberikan kepada peserta-peserta yang hadir. 3 Sesi bonus tersebut ialah:
  • Imej & Penampilan Hebat Seorang Usahawan Oleh Mary Anni (Akademi Perunding Imej Profesional)
  • Strategi & Teknik Pemasaran Online Berkesan Oleh Mohd Suhaimy (WangCyber)
  • Keberkatan Rezeki Dalam Perniagaan Oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan