NJOI : siaran TV setelit prabayar di Malaysia


Sebelum ini ada sebuah syarikat perkhidmatan TV satelit kedua di Malaysia selepas Astro.  Ia juga mempunyai fungsi menarik dan setara dengan Astro, namun kini syarikat berkenaan tidak meneruskan segmen pernigaan berkenaan dan meneruskan bisnes mereka dalam bidang penerbitan isi kandungan penyiaran.  

Namun kini anda mempunyai satu pilihan tambahan selain siaran Astro iaitu NJOI.  Walaupun ianya hanyalah merupakan sebahagian cabang perniagaan Astro, tetapi ia mempunyai keunikkan yang tiada dalam langganan Astro.  Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan bayaran secara prabayar. Dengan Prabayar Njoi, anda boleh menikmati pelbagai saluran premium mengikut keselesaan anda bermula dari hanya RM2 untuk 2 hari.

Dilancarkan pada Disember 2011, Njoi ialah perkhidmatan satelit TV " percuma" yang pertama di Malaysia. Njoi memberikan penonton Malaysia akses kepada siaran pendidikan, informasi dan hiburan yang berkualiti termasuk sukan dan muzik melalui 22 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa caj bulanan.

Njoi boleh didapati pada harga RM308 untuk sekali pembayaran di mana-mana pengedar Njoi yang sah dan RM100 dikenakan untuk caj pemasangan. Pelanggan akan menerima:

a) 1 Decoder NJOI
b) 1 Unit Alat Kawalan Jauh
c) 1 Unit piring satelit luar-rumah
d) 1 Kad Pintar
e) Prabayar Njoi (bernilai RM40 ** )
 
**Saluran premium Prabayar Njoi (bernilai RM40) untuk menonton rancangan-rancangan HEBAT!
** Semua baucar prabayar akan diaktifkan dalam masa 48 jam selepas akaun NJOI diaktifkan.

Pakej Njoi mengandungi dekoder, satelit, kad pintar dan alat kawalan jauh. Njoi memberi hiburan, informasi dan rancangan pembelajaran yang berkualiti tinggi. 22 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa yuran bulanan.
Saluran-saluran Njoi adalah dari Astro, saluran pembelajaran berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR, dan SPM. Saluran hiburan seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, CCTV , Bernama TV, Iview, Tvi, TV1, TV2, Astro Xiao Tai Yang dan 20 saluran radio.

 

Perkhidmatan Njoi boleh didapati di seluruh Malaysia. Ini adalah satu detik penting bagi Astro untuk dikenali sebagai perkhidmatan no.1 dirumah anda sama ada dengan Njoi TV satelit percuma atau dengan Astro TV Satelit. Kedua-duanya menyiarkan rancangan-rancangan berkualiti sama ada hiburan, informasi, sukan dan pembelajaran.
Njoi boleh didapati di seluruh negeri di Malaysia.  Klik peta di bawah untuk mengetahui senarai pengedar perkhidmatan ini :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan