Cara mengesan kanak-kanak yang cuba menipu duit raya

 

Saban tahun, pada pagi hari raya, kanak-kanaklah yang akan berasa gembira kerana mereka dapat "bersiar-siar" di sekitar kampung (jika keluarga mereka beraya di kampung) dan singgah untuk beraya di mana-mana rumah yang berkenan.  Tujuan utama dan yang paling diharapkan adalah duit raya.  Malah ada kanak-kanak yang tidak segan silu berkata kepada tuan rumah yang mereka tidak mahu makan atau minum, tetapi mahu duit raya sahaja.

Tapi ada kanak-kanak yang menggunakan taktik kotor untuk mendapat lebih duit raya, lebih-lebih lagi apabila tuan rumah tidak mengenali anak siapa, cucu siapa yang baru balik kampung.  Mereka akan datang berkali-kali ke rumah sasaran dengan kawan-kawan yang berlainan.  Ada juga yang datang dua tiga kali dengan pakaian yang berganti.

Namun kini ada satu cara yang diadaptasi dari proses pengundian pilihanraya umum yang berlangsung beberapa bulan lalu bagi mengatasi masalah kanak-kanak yang minta duit raya lebih dari sekali.  Cara ini pasti akan berjaya dalam mengesan taktik kanak-kanak berkenaan.  Caranya adalah seperti pada gambar di bawah :

 



P/s :

- Kanak-kanak wajib dididik dengan konsep ziarah raya yang sebenar. Hari raya bukan hari kutip duit raya. Jika Tuan rumah nak beri duit raya, terima dan ucap alhamdulilah...


**kredit gambar kepada http://nizarimi.wordpress.com dan sumber facebook


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan