Berbaloikah fungsi "Like sekarang untuk membaca"


Ledakkan blog dan program pengiklanan di internet semakin deras melanda pengguna internet di Malaysia. Saban waktu, ada saja iklan yang disiarkan dalam pelbagai bentuk dan cara yang menarik serta kreatif. Melalui syarikat tertentu yang menjalankan program pengiklanan di internet, sebenarnya telah memberi peluang kepada para pengguna komputer dan internet meraih potensi pendapatan yang tiada hadnya.

Selain dari kemampuan program pengiklanan ini menjana pendapatan, para usahawan pengiklanan atau affiliate memerlukan satu kelompok pengkalan data pengguna internet sebagai sasaran mereka untuk membuat promosi secara konsisten. Maksudnya mereka akan menggunakan cara-cara tertentu untuk mengumpulkan para pelawat laman web dan blog mereka ke dalam satu senarai khas bagi tujuan promosi ini. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan laman web sosial seperti Facebook.

Teknik gabungan Facebook, blog/laman web dan skrip aturcara "like" telah digunakan bagi tujuan ini.  Pemilik laman web atau blog mengambil kesempatan di atas minat para pelawat ke atas informasi yang mereka tawarkan dengan meletak syarat supaya para pelawat mengklik butang "like facebook" sebelum meneruskan pembacaan.

Melalui pemerhatian saya, terdapat lebih dari dua jenis atau jenama skrip automatik seperti ini dan ada antaranya menetapkan jika pengguna tidak mahu mengklik butang "like facebook", mereka perlu menunggu dalam beberapa waktu sebelum artikel yang diinginkan dapat dibaca. Ada yang perlu menunggu sekejap ada pula yang perlu menunggu beratus-ratus saat.  Dan jika mereka klik ke artikel lain, tanpa mengklik butang "like facebook" sebelum ini, mereka masih perlu sekali lagi menunggu beratus-ratus saat sebelum ianya dipaparkan.

Ini adakalanya merimaskan pengguna internet dan pelawat.  Jika individu yang membuat teknik seperti ini adalah dari kalangan mereka yang telah terkenal dalam bidang masing-masing seperti Chef Li (penulis buku Jutawan Senyap) dan Irfan Khairi (penulis buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar), pasti para pelawat tiada keberatan untuk mengkliknya.  Namun jika hanya "insan biasa" dan informasi yang ditawarkan di blog hanyalah berkisarkan tentang hiburan dan bahan kurang ilmiahnya, jangan bermimpi untuk menggunakan teknik ini, tak kena cara akan dapat sumpah seranah seperti di bawah ini  :


Contoh salah seorang blogger yang dapat "free" sumpah seranah dari pelawat

Namun bagi para blogger yang menggunakan teknik seperti ini, adalah sama seperti seorang pendesak. Tiap teknik ada pro dan kontra namun untuk lebih mewujudkan suasana harmoni, para blogger atau mereka yang memasang skrip seperti ini disarankan meletakkan lebih pilihan kepada pelawat dengan meletakkan butang "x" pada tetingkap skrip berkenaan atau mengurangkan masa menunggu kepada jumlah yang tidak menjenuhkan untuk menunggunya.

Salah satu contoh skrip yang digunakan. Tiada butang "x" diletakkan pada tetingkap

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan