Lapan nasihat utama untuk usahawan baru


Setelah enam tahun syarikat saya wujud (ICT Niaga Enterprise) sejak 7 Julai 2007, telah banyak jenis-jenis perniagaan yang telah saya perhatikan... Dan pandangan serta nasihat saya untuk mereka yang nak mula berniaga :

-Jangan letakkan wang sebagai 'modal utama' untuk memulakan perniagaan. Jadikan pengetahuan dan kemahiran anda sebagai modal terbesar dalam perniagaan itu.

-Tidak mencampurkan urusniaga berunsurkan halal dan haram. Sebagai seorang Islam, pilihlah yang halal sahaja!

-Biar bermula kecil asalkan berhasil, dari bermula besar, tapi akhirnya bubar. Eloklah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah, tanpa menyewa premis. Cari cara untuk kurangkan kos "start up" perniagaan.

-Rajin membaca buku-buku berkaitan perniagaan. Dapatkan pengalaman serta ilmu untuk kuasai jenis perniagaan yang ingin diceburi

-Tidak terpengaruh dan terlalu ghairah dengan peluang perniagaan yang diperkenalkan oleh seseorang kepada anda. Biasanya usahawan atau peniaga baru terperangkap dan terpedaya dengan jumlah pendapatan yang lumayan, yang ditawarkan oleh peluang berkenaan.  Ingat, mereka hanya menawarkan peluang bukan janji yang pasti. Dengan peluang perniagaan yang meragukan, berselindung disebalik 'seminar' yang diadakan, anda juga "sangat berpeluang" untuk kerugian wang dan masa. Duit tidak datang dengan semudah yang mereka kata.

-Tidak terpedaya dengan kata-kata manis pegawai dari agensi tertentu yang menawarkan bantuan kepada usahawan-usahawan baru setelah anda berkursus / berseminar dengan agensi mereka.

-Tidak membina syarikat atau perniagaan atas dasar 'cuba-cuba'. Binalah perniagaan atas faktor minat dan kemahiran anda. Dengan cara ini ia dapat memanjangkan hayat anda dalam dunia perniagaan.

-Paling utama menunaikan kewajiban anda sebagai orang Islam. Beristiqamah setelah anda melakukan yang terbaik untuk memulakan perniagaan anda.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan