Bola Sepak Liga FAM : Melaka FA - PB Melayu Kedah (9 Jun 2013)



Sudah lama pasukan bola sepak Melaka tidak "mencetak" kejayaan di atas pentas liga bola sepak negara kita ini. Saban tahun prestasi merudum dan suram. Pelbagai usaha yang dibuat dilihat kurang meyakinkan dan tidak berjaya untuk menarik semula "anak Melaka" untuk kembali bermain semula di dalam pasukan ini.

Pelbagai spekulasi yang muncul dalam persatuan yang menguruskan pembangunan bola sepak negeri Melaka menyebabkan sebahagian besar peminat "menjauhkan" diri dari mengambil tahu perkembangan bol sepak Melaka. Apatah lagi sebelum ini ada kemungkinan individu yang dilantik untuk menjadi peneraju bola sepak negeri Melaka bukan "kaki bola".

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masih ada saki baki peminat dan penyokong bola sepak negeri Melaka setia mengikuti dan memberi galakkan serta sokongan setiap kali ada perlawanan melibatkan Melaka, walaupun prestasi ibarat yoyo.

Kelompok penyekong ini sanggup "menyewa" bas untuk memberi sokongan sekiranya pasukan bola sepak Melaka menghadapi perlawanan di luar negeri Melaka.  Mereka ini masih lagi berdoa dan mengharapkan agar tahun 2013 menjadi tahun kebangkitan bola sepak Melaka sekaligus mensasarkan agar Pasukan Bola Sepak Negeri Melaka dapat menjayakan misi ke Liga Perdana 2014.

Ayuh anak-anak Melaka, datanglah ke Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) pada hari Ahad ini iaitu pada tarikh 9 Jun 2013, bermula jam 4.45 petang. Masuk adalah percuma.


** Kemaskini :  Melaka 3 - 2 PB Melayu Kedah

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan