Video kucing selamba berak atas padang Stadium Darul Makmur

 

Sesiapa yang telah menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Separuh Akhir Piala FA antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) di siaran Astro Arena dan TV1(mula siaran lewat), telah mengetahui kekecohan di dalam Stadium Darul Makmur lantaran jumlah pengunjung melebihi kapasiti tempat duduk. 

Ia berlaku disyaki kerana ada peminat atau penonton telah membeli tiket palsu.  Selain itu berlaku juga kejadian balingan objek dari luar stadium ke arah tempat duduk penyokong JDT sehinggakan ada yang mengalami kecederaan.


Namun semasa perlawanan sedang berlangsung juru kamera bertugas dapat merakamkan aksi seekor kucing yang masuk ke dalam padang untuk membuang najis dan cuba menimbusnya kembali. Ia menjadi bahan kelakar dan gelak antara penyokong JDT dan Pahang. Malah pengulas sukan dan tetamu jemputanpun turut sama bergelak melihatkan aksi yang diluar sangkaan.  Mungkin dengan aksi kucing berak berkenaan dapat meredakan sedikit ketegangan yang berlaku dalam perlawanan berkenaan.


Gambar pelik, lucu dan seks di tempat terbuka?

 
Melalui gambar, pelbagai tafsiran yang mucul di minda kita.  Tafsiran dan telahan berkenaan berbeza mengikut ilmu dan pengalaman masing-masing.

Artikel kali ini saya menghimpunkan beberapa gambar menarik yang "dipungut" dari arena internet, yang mungkin lucu, aneh, menyentuh perasaan serta boleh dijadikan pengajaran yang positif dalam kita menelusuri denai kehidupan di bumi ini.


 
Ada orang yang ke masjid hanya pada waktu tertentu sahaja, malah ada yang tak tempuh langsung

 
"Dilarang berhenti demi keselamatan anda". Papantanda amaran kawasan berhantu?

 
Sama ada gas memasak dah habis atau dapur dah rosak. Kreatif?  Kreatiflah sangat... (dua tangan dibahu sambil mata pandang ke atas)

 
Periuk dijadikan sebahagian peralatan pancuran air. Kejuruteraan mekanikal yang genius

 
Suatu ciptaan "hybrid" yang menghasilkan kenderaan di jalanraya yang tidak mengeluarkan asap, menggunakan "Green Technology"

 
Semua percuma.  Berniaga semata kerana Allah SWT

 
Mengurangkan kos penyediaan senjata api

 
Jika tak mampu membeli kenderaan, kenapa tidak anda membuatnya?

 
 Hilang akal?. Salah jalan atau nak uji keteguhan kereta?

 
Orang Utanpun tahu nak "fore play" sebelum ehem-ehem... Gejala seks di tempat terbuka makin menjadi-jadi

 
Apabila ada yang meminta, jika berkemampuan, hulurkanlah bantuan. Kelihatan seekor beruang Koala meminta air dari salah seorang pengayuh basikal yang sedang berehat.

 
"Sahabat..., untuk selamanya".


**Gambar akan ditambah dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa, jik ada terakam aksi yang menarik

Status kebebasan agama di Malaysia


Selama ini secara kasarnya, rakyat dicanangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, di mana Islam sebagai agama rasmi.  Namun cukupkah dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi "melayakkan" negara ini menjadi sebuah negara Islam?.  Bagaimanakah dengan sistem perundangan serta lain-lain segmen penting dalam pentadbiran sesebuah negara?.

Berikut adalah sebahagian penyataan yang diambil dari laman web "Wikipedia" berkenaan dengan dengan kebebasan beragama di Malaysia :

"Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama nya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama negara, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).

Status kebebasan beragama di Malaysia adalah masalah kontroversi. Soalan termasuk sama ada Malaysia adalah sebuah negara Islam atau negara sekular tetap tidak dapat diselesaikan. Dalam beberapa kali, ada sejumlah isu-isu dan peristiwa yang telah menguji hubungan antara bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia...."

Untuk pembacaan lanjut, sila klik pautan berikut >> Status kebebasan beragama di Malaysia

Tafsir surah Al Ikhlaas, Al Falaq dan An Naas dalam Bahasa Melayu

 

Al Quran adalah kitab yang "diberikan" oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat.  Didalamnya terdapat ilmu pengetahuan serta pengajaran untuk manusia dalam pelbagai bidangdan perkara untuk sepanjang zaman.

Selain itu, ia juga mengandungi ayat-ayat tertentu yang bersifat melindungi dan menyembuh segala masalah serta penyakit (kecuali mati).  Maka dalam artikel kali ini saya kongsikan terjemahan tafsir tiga surah terakhir dalam Al Quran yang bermanfaat sebagai pelindung (pendinding) diri.  Surah berkenaan ialah Al Ikhlaas, Al Falaq dan An Naas.

Namun apa sahaja surah atau ayat yang digunakan dari Al Quran perlukan pengamalan pembacaan dan bersertakan dengan amala ibadah yang utama iaitu solat.  Moga dengan terjemahan tafsir di dalam Bahasa Melayu untuk tiga surah ini akan memberi lebih kefahaman dan manfaat kita bersama.

**Mohon maaf andai terdapat kesilapan dalam penyediaan artikel ini.  Sesungguhnya segala dari Allah SWT itu adalah Maha sempurna dan benar.



Surah Al-Ikhlaas

Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001 Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (Al-Ikhlaas 112:1)

A002
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (Al-Ikhlaas 112:2)

A003
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (Al-Ikhlaas 112:3)


A004
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Al-Ikhlaas 112:4)



 

Surah Al-Falaq

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (Al-Falaq 113:1)

A002

"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (Al-Falaq 113:2)

A003

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (Al-Falaq 113:3)

A004 

"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (Al-Falaq 113:4)

A005

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (Al-Falaq 113:5)

Surah An-Naas

Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (An-Naas 114:1) 

 A002
"Yang Menguasai sekalian manusia, (An-Naas 114:2)

A003 "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (An-Naas 114:3)

A004
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - (An-Naas 114:4)

A005
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (An-Naas 114:5)


 A006
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Naas 114:6)

Iklan kreatif Microsoft untuk Windows 8


Windows 8 merupakan sistem pengoperasian (pengendalian) keluaran Microsoft yang dilancarkan ke dalam pasaran dalam tahun 2012 bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba dan tablet  Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7.

Walaupun Microsoft adalah satu nama yang besar dalam industri komputer, namun mereka masih lagi cuba untuk membuat promosi yang kreatif dan menarik, seperti video promosi di bawah ini :


Cerita seorang Cina selepas PRU13


Apa bezanya Cina yang berkawan dengan orang Melayu dalam Pakatan Rakyat dengan Cina yang berkawan dengan Melayu dalam Barisan Nasional?.  Secara kasarnya tidak kelihatan perbezaan nyata tetapi telah banyak berlaku perkara yang selama ini tidak terfikir oleh kita apabila ada perkara baik yang berlaku apabila rakan-rakan yang bukan beragama Islam "ditunjukkan" serta "diperdengarkan" cara hidup orang Islam yang sebenar.

Berikut saya konsgikan "penyataan" dari sebuah akaun facebook yang menggunakan nama Ainon Mohd. , mengenai kisah seorang Cina selepas mendengar ceramah dari Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat :

" Tadi saya berbincang dengan seorang jurutera Cina yang juga pengundi di Parlimen Titiwangsa. Selesai hal kerja, kami makan tengahhari bersama. Dalam borak kosong kami, dia mengaku penyokong DAP dan mengundi calon PAS pada PRU13. Selesai makan, saya tengok pinggannya licin, tiada sedikitpun sisa. Saya berseloroh, "Licin makan. Lapar sungguh orang KL". Dia tersengih menjawab," Hari tu saya ada dengar ceramah Tok Guru ( Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ). Dia cakap membazir ni perangai kawan baik syaitan, perangai orang sombong, Tuhan tak suka. Dulu saya suka makan tak habis. Lepas ceramah tu saya tak membazir lagi. Makan mesti licin."

Ya, adakah itu dikatakan "Cina Celaka Chauvinist Rasis Penghancur Islam Perosak Melayu"?


*
Cina sokong BN = Cintakan Malaysia
Cina sokong PR = Rasis/Chinese Tsunami
Melayu sokong BN = Patriotik
Melayu sokong PR = Kuda Cina

**

Sampai bila?

Seranglah cina beribu kali pun dengan andaian-andaian kita, kalau anda rasa itu imej yang baik untuk status Islam yang ada dalam IC kita.

***

Adanya Islam bukan hanya untuk dipertahankan atas dasar perlembagaan, tapi juga untuk dihebahkan atas dasar keamanan!

Diambil cerita berkenaan dari akaun Facebook Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Biodata Menteri Besar baru Kelantan : Dato' Haji Ahmad Yaakob

 

Umumnya sudah dimaklumkan bahawa Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad Yaakob telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian pada 6 Mei 2013 lalu.  

Beliau menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan mulai 23 Mac 2004 sehingga 3 April 2013.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu menggantikan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 22 Oktober 1990.

Dato' Haji Ahmad Yaakob dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Febuari 1950. Bapanya Haji Yakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Bintt Cik Hussin aktif dalam urusan Muslimah PAS Cawangan Berangan. Pada 1980, beliau berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Ab. Hamid (seorang guru) dan mereka dikurniakan 11 orang anak.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Berangan. Kemudian di Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat. Seterusnya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam , Kota Bharu.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam , Kaherah jurusan Bahasa Arab (1978-1979).

Sekembali dari Mesir, beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor (1980).Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong ,Gua Musang (1986), Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas dan ke Sekolah Menengah Rantau Panjang (1987-1995). Pada tahun 1995 beliau meletak jawatannya bagi membolehkan beliau bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Sebagai guru agama, beliau aktif dari surau dan masjid menyampaikan dakwah dan ceramah.

Bapanya, Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS Tumpat dan pernah ditahan di bawah ISA bersama-sama Haji Nik Abdullah Arshad- tokoh PAS Kelantan. Beliau menjadi ahli PAS di cawangan Berangan pada 1986 . Beliau pernah menjawat Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986), Bendahari PAS Kawasan,Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999, Naib Yang DiPertua PAS kawasan Tumpat,Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.

Pada tahun 1995 , beliau ditawar bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.Oleh itu beliau meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru Siswazah selama 15 tahun demi berbakti kepada PAS.Beliau bertanding di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Daud dan beliau menang dengan majoriti 2,734 undi.

Pada 17 Mei 1987, Menteri Besar Kelantan melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia .Sebelum ini dipegang oleh Rozali Isohak (Semangat 46) yang telah digugurkan kerana masuk UMNO.

Selepas Pilihan raya 1999, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar .

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 , ahmad Yakob menewaskan calon BN , Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bhg Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi.

Pada 23 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Majlis mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan diadakann di Istana Negeri Kubang Kerian bagi menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa).

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan YB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah berkhidmat selama lima penggal.

Rakaman "Ketuk-ketuk" Ramadhan 2013 di Pasar Tani UTC Melaka

 

Dalam bulan Ramadhan (bulan puasa), pelbagai rancangan masakan akan disiarkan di televisyen.  Ia seolah menjadi suatu kemestian untuk ditonton terutamanya dari kalangan suri rumah atau mereka yang meminati aktiviti penyediaan makanan untuk mencari idea atau resepi yang akan dihidangan untuk santapan keluarga semasa berbuka puasa dan bersahur.

Bagi tahun 2013, krew penerbitan "Ketuk-ketuk Ramadhan" akan berada di Melaka dalam bulan Mei ini untuk mengadakan sesi penggambaran rancangan terbitan JS Picture. Salah satu lokasinya ialah di Pasar Tani UTC Melaka. Seperti tahun-tahun lalu, ia menampilkan Puan Hajjah Sheila Rusly sebagai pengacara disamping artis jemputan (Roy Azman) bagi menumjukkan cara penyediaan resepi masakan khusus untuk bulan puasa.

Berikut adalah maklumat sesi rakaman berkenaan :

Tarikh    :  9 Mei 2013
Masa     :  3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat  :  Tapak Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka


Orang awam terutamanya yang meminati bidang masakan adalah dijemput hadir bagi menyaksikan serta memeriahkan sesi rakaman rancangan "Ketuk-ketuk Ramadhan" ini yang akan disiarkan pada bulan puasa di TV1. 

*Kemaskini :



 

Promosi

Babab.net