Gincu penyebab kanser?


Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, iaitu seorang pakar perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen.

Dikhabarkan jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari $ 67,00 ke $ 9,90 (RM203.79 ke RM30.11). Ini disebabkan mereka ingin menghabiskan stok gincu seberapa segera sebelum larangan jualan ditarik oleh pihak berwajib, kerana telah tersebar dalam pasaran bahawa dalam kajian mendapati bahawa gincu jenama berkenaan mengandungi plumbum. Namun tidak dapat dipastikan sama ada jenama ini telah berada di Malaysia atau tidak.
Antara jenama lain yang mengandungi plumbum ialah :
  • Shiseido
  •  Avon
  • Clinique
  • Eztee Lauder
  • Red Earth (Lip Gloss)
  • Chanel (Lip Conditioner)
  • Mark America
  • Motives
  • Lipstick
Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar menyebabkan kanser. Selepas ujian dilakukan ke atas gincu bibir, didapati bahawa jenama yang mempunyai kadar plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Jika sesuatu gincu itu keras statik / tidak mudah patah, ia disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi.

Ambil ujian ini:
1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda;
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.

**Kemungkinan ada yang menafikan kesahihan uji-kaji ini. Tetapi adalah lebih baik kita lebih berhati-hati dalam menggunakan barangan kecantikan. Tiada gunanya kelihatan cantik dan anggun sekiranya ia akan mendatangkan musibah dan kecelakaan kepada diri sendiri.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan