Sedang berputus asa? Lihat gambar ini...


Sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai daya upaya yang berbeza-beza, pasti kita pernah dibelenggu dengan rasa putus asa.  Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan ditempuhi, rasa putus asa tiba-tiba menyelinap di fikiran. Adakalanya perasaan sebegitu membuatkan kita berasa berada dalam kehampaan dan kerugian. 

Apabila seseorang itu mengalami kegagalan yang berterusan, rasa berputus asa itu semakin mencengkam qalbu dan ianya akan menjadikan mereka yang berputus asa itu insan yang tidak ingin bangkit dan tidak terus mencuba lagi setelah gagal. Kita wajib untuk terus berjuang bagi mencapai apa yang kita mahu di dalam hidup ini.  Kita tidak patut berputus asa sekiranya masih belum berjaya.


Soichiro Honda (gambar di atas), selaku pengasas Honda Corporation iaitu sebuah syarikat gergasi dalam dunia permotoran pernah mengatakan : "Apa yang orang nampak dari pada kejayaan saya hanyalah 1% dari padanya tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99%, yaitu kegagalan-kegagalan saya...".  

Pastinya beliau pada peringkat awal mengalami kegagalan demi kegagalan dalam usaha membangunkan legasi syarikatnya yang bermula dengan motorsikal.  Jika beliau berputus asa, sudah tentu kita pada hari ini tidak akan dapat melihat motorsikal dan kereta jenama Honda di atas jalanraya.

Dalam hadis Sahih Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah".  Putus asa melambangkan kelemahan.  Putus asa melambangkan jiwa yang rapuh.  Oleh itu JANGAN putus asa apabila apa yang dicita, apa yang dicari masih tidak dapat dicapai.  

Sebenarnya apabila kita gagal mendapatkan apa yang dikehendaki, ia bukan bermakna kita gagal keseluruhannya.  Ia hanyalah kerana kita menemukan jalan atau kaedah yang kurang berkesan untuk ke arah kejayaan. Oleh itu usaha yang berterusan, doa yang penuh rasa keikhlasan dan rendah diri pada Allah SWT serta beristiqamah setelah melakukan kerja, insya Allah.., kejayaan menanti kita di penghujung jalan.

Allah SWT akan sentiasa mengingati dan membantu hambaNya jika hambaNya itu sentiasa mengingati Allah SWT, berusaha dan berdoa secara berterusan. Percayalah janji Tuhan, bukannya janji dari YB semasa kempen pilihanraya.  Mereka hanya berminat untuk mempertahankan kuasa semata bukannya ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan