Bersolat tetapi masih hidup susah? Rugi ke?

Berusaha, doa, solat dan beristiqamah adalah jalan terbaik untuk berjaya...


Ada yang berkata : “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada yang berkata demikian, ketika itu? Dia mungkin berjaya dari sudut keduniaan, tetapi semakin jauh dari ALLAH SWT. Itulah istidraj.

Istidraj adalah, apabila ALLAH SWT memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH SWT yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH SWT itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH SWT suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Dan janganlah dari kalangan kita mengaku beriman kepadaNya sebelum diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan.....

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan