Keputusan Liga Super Malaysia 30 Jun 2012

 
30 Jun 2012 (Sabtu) 

 KEPUTUSAN PENUH

SARAWAK 3 - 1 JOHOR FC 
Stadium Negeri Sarawak, Kuching
minit : 53' - Sarawak
minit : 60' - Sarawak
minit : 65' - Sarawak
minit : 72' - Johor FC

T-TEAM 0 - 1 KL FELDA UNITED
 Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
minit : 18' - KL Felda United

SELANGOR PKNS 2 - 1 NEGERI SEMBILAN
 Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
minit : 6' - Negeri Sembilan
minit : 39' - Selangor PKNS

KEDAH 2 - 1 TERENGGANU
 Stadium Darul Aman, Alor Setar
minit : 4' - Terengganu
minit : 22' - Kedah

KUALA LUMPUR 2  - 4 SABAH
 Stadium Hang Jebat, Melaka

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC (30 Jun 2012) Bawah 22 tahun : Malaysia - Vietnam

 

KEPUTUSAN PENUH

Malaysia 3 - 0 Vietnam

 Malaysia meneruskan aksi kemenangan mereka dengan menewaskan Vietnam 3 gol berbalas 0. Rozaimi Abd Rahman menjadi wira skuad bawah 22 Malaysia selepas menjaringkan hatrik yang seterusnya memberikan tiga mata penuh kepada pasukan "Harimau Muda".

Vietnam yang hanya menang sekali sahaja sebelum ini telah memulakan perlawanan dengan baik setelah beberapa asakan dibuat ke arah gawang gol Harimau Muda.

Harimau Muda kelihatan cuba mencari rentak pada separuh masa pertama tetapi gagal dan Vietnam tampak lebih mengawal perlawanan dengan beberapa percubaan berbahaya dilakukan. Hantaran bola oleh Harimau Muda kurang memberansangkan dan penjaga gol Vietnam kurang diuji oleh Harimau kerana tiada percubaan berbahaya dari mereka.

Walaubagaimanapun, separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan setelah gol jaringan Rozaimi dibatalkan kerana ofsaid pada aminit ke-42. Ong Kim Swee hanya melakukan satu perubahan pada separuh masa kedua apabila beliau menggantikan Wan Zaharulnizam dengan Nazirul Naim.

Vietnam melakukan beberapa asakan sejurus separuh masa kedua bermula tetapi Harimau Muda berjaya bangkit dan Rozaimi meletakkan Harimau Muda 1-0 di hadapan hasil hantaran oleh Wan Zack Haikal.

Perlawanan bertambah sengit selepas jaringan gol Rozaimi dan pasukan Vietnam bermain lebih kasar dan lasak menyebabkan beberapa kad kuning telah dilayangkan 20 minit selepas separuh masa pertama dimulakan.

Pada minit ke-75, Wan Zack telah diganti oleh Azrif Nasrulhaq setelah dia beberapa kali dikasari. Vietnam walaubagaimanapun tidak berputus asa dan terus menyerang namun benteng pertahanan Harimau Muda terlalu kukuh untuk dilepasi. 

Harimau Muda sekali lagi menyerang dan Rozaimi menjaringkan gol kedua dan ketiga perlawanan dan memberikan keputusan 3-0 kepada Harimau Muda pada masa penamat.


Liga Super Malaysia 29 Jun 2012 - Kelantan dan Selangor

 

Perlawanan tunggal Liga Super Malaysia yang menemukan Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.  Kelantan dilihat semakin menghambat kedudukan sebagai bakal juara Liga Super Malaysia musim ini dengan kemenangan pada perlawanan malam ini, hasil dari tandukan pemain import iaitu Mohammed Mahmoud Ghaddar pada minit ke 24 separuh masa pertama.

KEPUTUSAN PENUH

KELANTAN 2 - 0 SELANGOR
Stadium Sultan Muhammad IV, KB
minit : 24' - Kelantan

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC (28 Jun 2012) Bawah 22 tahun : Malaysia - Taiwan

 

Perlawanan menentang Taiwan ini merupakan perlawanan ketiga bagi skuad Harimau Muda (Malaysia) dalam kumpulan G.

KEPUTUSAN PENUH

Malaysia 4 - 2 Taiwan (Chinese Taipe)
minit 8' - Malaysia
minit 32' - Malaysia (gol sendiri pemain Taiwan)
minit 41' - Malaysia 
minit 51' - Taiwan 
minit 78' - Malaysia
minit 90+' - Taiwan


Keputusan Liga Super Malaysia 26 Jun 2012

 
26 Jun 2012 (Selasa) 

Enam perlawanan Liga super berlangsung pada malam ini. Selangor, Perak, Felda United, Sabah, Terengganu dan Johor FC menjadi tuan rumah "melayan" kunjungan PKNS FC, T-Team, Sarawak, Kedah, Kelantan serta Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN TERKINI

SELANGOR 1 - 0 SELANGOR PKNS FC 
Stadium Shah Alam, Selangor
minit : 45' -  Selangor

PERAK 3 - 2 T-TEAM 
Stadium Perak, Ipoh
minit : 19' - T-Team
minit : 39' - Perak
 minit : 64' - Perak
 minit : 67' - Perak
minit : 69' - T-Team

KL FELDA UNITED 0 - 1 SARAWAK 
Stadium Hang Jebat, Melaka
minit : 39' - Sarawak

SABAH 1 - 0 KEDAH 
Stadium Likas, Kota Kinabalu
minit : 53' - Sabah

TERENGGANU 2 - 2 KELANTAN 
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
minit : 6' - Kelantan
minit : 21' - Kelantan
minit : 40' - Terengganu
 minit : 50' - Terengganu
 
JOHOR FC 1 - 0 KUALA LUMPUR 
Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB
minit : 58' - Johor FC

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC (25 Jun 2012) Bawah 22 tahun : Malaysia - Filipina

 

Perlawanan kelayakan Piala Asia untuk pemain bawah 22 Tahun merupakan kejohanan yang pertama kali seumpamanya diadakan oleh badan induk bola sepak Asia iaitu AFC. Pusingan akhir kejohanan ini akan berlangsung dalam tahun 2013. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

Perlawanan menentang Filipina ini merupakan perlawanan kedua bagi skuad Harimau Muda (Malaysia), yang berada dalam kumpulan G.  

Malaysia tampak lebih garang dengan aksi yang menghiburkan penonton serta berjaya mengalahkan Filipina dengan jumlah jaringan besar iaitu 7 berbalas 1 gol dan seakan melepaskan "geram" apabila kalah tipis kepada Korea Selatan dalam perlawanan beberapa hari lepas.

Pada separuh masa pertama Malaysia mendahului Filipina 4-0. Gol-gol telah dijaringkan oleh Rozaimi Abdul Rahman minti ke 2' dan 35, Fandi Othman minit ke 32 dan Wan Zaharulnizam minti ke 40.  

Malaysia terus menerkam pasukan Filipina dengan tambahan gol pada separuh masa kedua. Rozaimi Abdul Rahman sekali lagi menjadi hero apabila meledak dua lagi gol pada minit ke 69 dan 74. D.Saavindran menambah derita Filipina dengan jaringan ke tujuh pada minit ke 91.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 7 - 0 Filipina
Aung San Stadium

 minit 3' - Malaysia
minit 33' - Malaysia
minit 35' - Malaysia
minit 40' - Malaysia
minit 69' - Malaysia
minit 75' - Malaysia
minit 90'+1 - Malaysia

Bersolat tetapi masih hidup susah? Rugi ke?

Berusaha, doa, solat dan beristiqamah adalah jalan terbaik untuk berjaya...


Ada yang berkata : “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada yang berkata demikian, ketika itu? Dia mungkin berjaya dari sudut keduniaan, tetapi semakin jauh dari ALLAH SWT. Itulah istidraj.

Istidraj adalah, apabila ALLAH SWT memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH SWT yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH SWT itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH SWT suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Dan janganlah dari kalangan kita mengaku beriman kepadaNya sebelum diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan.....

Keputusan Liga Super Malaysia 23 Jun 2012

 
KEPUTUSAN PENUH

SARAWAK 1 - 2 PERAK
Stadium Negeri Sarawak, Kuching
minit : 10'
minit :
minit :

T-TEAM 1 - 1 NEGERI SEMBILAN
 Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
minit : 55' - Negeri Sembilan
minit : 63' - T-Team

SELANGOR PKNS 2  - 2 TERENGGANU
 Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
minit : 3' - Terengganu
minit :  32'- Selangor PKNS
minit : 37' - Selangor PKNS
minit : 90' - Terengganu

KELANTAN 2 - 0 SABAH
Stadium Sultan Muhammad IV, KB
minit : 6' - Kelantan
minit :  90' - Kelantan

KEDAH 2 - 1 KUALA LUMPUR
 Stadium Darul Aman, Alor Setar
minit : 39' - Kedah
minit :  73' - Kedah
minit : 81' - Kuala Lumpur

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC (23 Jun 2012) Bawah 22 tahun : Malaysia - Korea Selatan


Perlawanan kelayakan Piala Asia untuk pemain bawah 22 Tahun merupakan kejohanan yang pertama kali seumpamanya diadakan oleh badan induk bola sepak Asia iaitu AFC. Pusingan akhir kejohanan ini akan berlangsung dalam tahun 2013. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

Pasukan Malaysia bawah 22 tahun dibawah bimbingan Ong Kim Swee diundi dalam kumpulan G, bersama Korea Selatan, tuan rumah iaitu Myanmar, Vietnam, Taiwan dan Filipina.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 2 - 3 KOREA SELATAN
 minit 7' - Malaysia
minit 12' - Korea Selatan
minit 31' - Korea Selatan
minit 33' - Korea Selatan
minit 61' - Malaysia



**separuh masa kedua ada perubahan positif... insya Allah... pada perlawanan seterusnya Malaysia akan dapat buat yang paling baik dari perlawanan ini... Paling penting KEKALKAN minda dan kata-kata positif kerana "kata itu doa"... jadi berdoalah yang baik-baik sahaja.....

Keputusan Liga Super Malaysia 22 Jun 2012

 
22 Jun 2012  (Jumaat)

Hanya satu perlawanan yang berlangsung pada malam ini dengan menyaksikan pertembungan pasukan dari perladangan iaitu Felda United menentang pasukan dari selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

KEPUTUSAN PENUH

KL FELDA UNITED 0 - 1 Johor FC
Stadium Hang Jebat, Melaka

minit 54' - Johor FC

Kesilapan ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa

 

Anak adalah anugerah serta amanah Allah SWT yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh ibu bapa, seandainya mereka belum bersedia dari segi zahir dan batin serta fizikal juga mental. 

Bukan mudah untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang beriman, bertaqwa dan memberi manfaat yang baik dalam zaman serba moden dan serba canggih ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik atau tidak sehaluan dengan tuntutan Allah SWT.

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan beberapa kesilapan ibubapa
(secara umumnya) dalam memberi didikan kepada anak-anak sejak mereka kecil hinggalah dewasa. Bukan untuk mencari salah tetapi lebih kepada muhasabah diri, yakni menilai kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini.

Pentafsiran kita mungkin berbeza, namun matlamat seharusnya sama iaitu untuk memberi segala kebaikan pada zuriat kita agar berjaya dan beriman di dunia dan akhirat...

Kesilapan ibu bapa dalam menggunakan kaedah mendidik anak-anak :
  • Ibu bapa mempunyai matlamat yang silap atau tersasar dari landasan yang sebenar dalam tujuan menghantar anak-anak ke sekolah.
  • Memilih sekolah hanya atas dasar "dekat dengan rumah" dan meminggirkan faktor-faktor lain yang lebih utama.
  • Memberi atau menunjukkan contoh serta tauladan yang salah / kurang sesuai pada anak-anak.
  • Tidak atau jarang memberi motivasi pada anak-anak.
  • Mengongkong atau menyekat kreativiti (kreatif) anak-anak.
  • Membataskan pergaulan anak-anak tanpa menerangkan sempadan-sempadan atau adab pergaulan dalam Islam.
  • Tidak atau kurang memberi didikan akhlak dan agama.
  • Menyerahkan atau melepaskan sepenuhnya tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak pada guru.
  • Kurang mengajar anak-anak soal bertanggungjawab dan berdikari.
  • Terlalu mengharap anak-anak memberi hasil yang baik dan cemerlang dengan cepat sehingga anak itu mengalami tekanan perasaan.
  • Menjauhkan anak-anak dari orang yang sepatutnya didekatkan pada mereka, yakni orang yang baik akhlak dan beramal soleh.
  • Kurang atau tidak menghormati hak, maruah serta perasaan anak-anak.
  • Kurang meluangkan masa yang berkualiti tinggi bersama anak-anak.
Antara kesan yang akan dilihat pada anak-anak sekiranya kesalahan seperti di atas berlaku ialah :
  • Anak-anak akan menjadi insan yang tiada atau kurang berwawasan
  • Sukar berdiskusi atau berbincang secara berhikmah
  • Lemah pendirian
  • Tidak mempunyai keyakinan dan keazaman yang tinggi
  • Mudah tersinggung, 
  • Pemarah, 
  • Menjadi seorang yang suka berbohong
  • Sukar untuk berdikari dan berusaha sendiri.
  • Pendendam

Keputusan Liga Super Malaysia 19 Jun 2012

 
19 Jun 2012 (Selasa)

Tujuh perlawanan berlangsung dalam Liga Super hari ini, yang menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Sabah, Terengganu dan Johor FC menjadi "tuan rumah" melayan kunjungan pasukan bola sepak T-Team, Sarawak, KL Felda United, Kelantan, Selangor PKNS, Lions XII dan Kedah.


SELANGOR 5 - 0 T-TEAM 
Stadium Shah Alam, Selangor

minit 5' - Selangor
minit 45' - Selangor
minit 63' - Selangor
minit 86' - Selangor
minit 90' - Selangor

NEGERI SEMBILAN 3 - 1 SARAWAK
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 

minit 31 - Negeri Sembilan
 minit 52 - Negeri Sembilan
minit 56 - Negeri Sembilan
minit 58' - Sarawak 

PERAK 2 - 1 KL FELDA UNITED 
Stadium Perak, Ipoh

minit 1' - KL Felda United
minit 77 - Perak
minit 86 - Perak

KUALA LUMPUR 0 - 1 KELANTAN 
Stadium Sultan Muhamad IV, KB
(tempat asal di Stadium Hang Jebat, Melaka)

 minit 62 - Kelantan

SABAH 0 - 4 SELANGOR PKNS 
Stadium Likas, Kota Kinabalu

minit 45', 66', 69', 83' - Selangor PKNS

TERENGGANU 0 - 1 LIONS XII 
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

minit 90' + - Lions XII

JOHOR FC 2 - 1 KEDAH
 Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB

minit 33 - Johor FC
minit 45 - Johor FC
minit 83 - Kedah

Keputusan Liga Super Malaysia 16 Jun 2012


Enam perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada hari ini setelah sebulan berehat. Perlawanan T-Team & Terengganu telah berlangsung semalam (15/06/2012) dengan kesudahan pasukan T-Team tewas kepada Terengganu dengan jaringan 0 berbalas 3.


KEPUTUSAN PENUH

PERAK - 1 JOHOR FC 
Stadium Perak, Ipoh
minit 10 - Perak
minit 53 - Perak
minit 71 - Johor FC

KL FELDA UNITED 1 - 0 NEGERI SEMBILAN
Stadium Hang Jebat, Melaka
minit 75 - KL Felda United

SARAWAK 0 - 1 SELANGOR
Stadium Negeri Sarawak, Kuching
minit 20 - Selangor

LIONS XII 9 - 0 SABAH
Stadium Jalan Besar, Singapura
minit 19, 23, 41, 62, 65, 69, 74, 84, 89 - Lions XII

SELANGOR PKNS 1 - 1 KUALA LUMPUR
Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
minit 23 - Kuala Lumpur
minit 67 - Selangor PKNS

KELANTAN 2 - 1 KEDAH
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
minit 45 - Kelantan
minit 56 - Kelantan

Profil penyampai Sinar Pagi (Sinar.fm) - Khairil Rashid, Salih Yaccob dan Raja Azura

 

Saya mula mendengar stesyen radio Sinar FM sejak ia menumpang frekuensi stesyen radio Era.FM.  Sehinggalah kini saya stesyen radio berkenaan masih menjadi pilihan utama saya terutamanya semasa segmen "Sinar Pagi" yang dikelolakan oleh trio Sinar Pagi iaitu Khairil Rashid (Krill), Kak Engku @ Raja Azura (K.E.) dan Salih Yaacob (SY).

Bagi saya gandingan mereka adalah serasi dan menjadi daya penarik utama untuk stesyen radio Sinar.FM menjadi antara stesyen radio yang popular di Malaysia.  Kemunculan mereka pasti akan menceriakan pagi pendengar stesyen radio berkenaan dengan celoteh-celoteh dengan topik-topik yang menarik dan lucu setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Berikut adalah maklumat ringkas bagi trio "DJ" bagi segmen Sinar Pagi :


Nama saya: Khairil Rashid

Umur saya dalam tempoh 10 dari sekarang
: 13,574 hari.

Kaset/Album Pertama dimiliki dengan wang sendiri
: Album Flybaits yang gambar kartun mereka dalam gelanggang tinju.

Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya:
Ketam goreng berlada

Lokasi perlancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi/kenapa
: Pulau Perhentian sebab tak henti-henti bekerja (….bodek boss).

Warna kegemaran saya dan mengapa
: Hijau sebab ianya menyegarkan minda.

Filem yang membuatkan saya ketawa
: Filem-filem komedi seperti Meet The Parents, Meet The Fockers

S
aya menjadi seorang yang sensitif bila: Mengantuk.

Saya akan pergi ke Jalan Masjid India
untuk beli baju raya.

Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB
, saya nak cakap pada Israel ` He, korang tak de anak bini ke, tak de perasaan ke?.

Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran Makanan Dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysi
a, saya akan namakan resepi Rendang Malaysia.

Jika saya terserempak dengan hantu,
saya akan rakam video dia dalam handphone, sape nak tengok kena download melalui blog saya, satu download RM10….

Idola Saya
ialah ayah saya

Erti persahabatan pada diri saya adalah
..saling hormat menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain.

`
Rumahku Surgaku’ bermakna..bukan saja saya sekeluarga, malah sesiapa saja yang bertandang ke rumah saya akan merasa gembira, tak percaya datanglah rumah….


 

Nama saya: Salih Yaccob.

Umur saya dalam tempoh 10 dari sekarang: 47 tahun 3 bulan……

Kaset/Album Pertama dimiliki dengan wang sendiri: Tak ada.

Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya
: Mee segera.

Lokasi perlancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi/kenapa
: Pulau Perhentian. Tak ada masa nak pergi.

Warna kegemaran saya dan mengapa: Putih sebab bersih.

Filem yang membuatkan saya ketawa
: Filem madu tiga.

Saya menjadi seorang yang sensitif bila
: Ada yang menderita kerana peperangan

Saya akan pergi ke Jalan Masjid India
untuk pergi kedai Din Wahab.

Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB, saya nak minta maaf kerana manusia sendiri menjadikan dunia ni penuh dengan kemusnahan akibat peperangan, pencemaran dan ketamakan.

Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran Makanan Dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysia, saya akan namakan resepi itu Makanan Lazat sebab rasanya sedap.

Jika saya terserempak dengan hantu, buat don’t know aje.

Idola saya ialah.. saya sendiri.

Erti persahabatan pada diri saya adalah.. jujur dalam persahabatan.

Rumahku Surgaku’ bermakna.. rumah tempat beribadah satu keluarga.




 

Nama saya: Raja Azura Binti Tengku Ahmad Tajudin.

Umur saya dalam tempoh 10 dari sekarang
: 18 tahun…eh taklah tapi rahsia..he he he

Kaset/Album Pertama dimiliki dengan wang sendiri: Udah lama…tak ingat.

Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya: Sambal goreng ikan bilis dan sum sum daun pandan. Masa tu darjah 2

Lokasi perlancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi/kenapa
: Banyak tempat belum dilawati sebab sibuk sangat.

Warna kegemaran saya dan mengapa: 12 warna lunar kerana semua warna ada.

Filem yang membuatkan saya ketawa
: Filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee.

Saya menjadi seorang yang sensitif bila: Ada orang berlagak depan saya dan menipu.

Saya akan pergi ke Jalan Masjid India untuk beli baju raya Din Wahab.

Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB,
saya akan lihat dulu perkembangan di sana dan minta balik ke tanah air kerana saya ni seorang yang sensitif.

Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran Makanan Dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysia
, saya akan namakan resepi itu Best Lauk Malaysia kerana lauk Malaysia memang best dan orang putih tak tahu banyak tentang lauk-pauk Malaysia.

Jika saya terserempak dengan hantu, ..ee..hantu ke? Err tumpang lalu.

Idola saya ialah..Bonda saya le

Erti persahabatan pada diri saya adalah..Bantu menbantu, ikhlas serta menjadi pendengar yang setia.

`Rumahku Surgaku’ bermakna..Rumah adalah segala-galanya, menjadi tempat tidur yang penting dan memupuk keluarga bahagia.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : Malaysia-Singapura (12 Jun 2012)

 


KEPUTUSAN SEMASA

    MALAYSIA 2  -  0 SINGAPURA

minit : 18' - Shakir Ali  (Malaysia)
minit : 61' (sepakan percuma) -  Safiq Rahim (Malaysia)


Gol Pertama Malaysia
 

Gol Kedua Malaysia

Haiwan lebih prihatin dari manusia?


Dalam gambar di atas menunjukkan satu kejadian yang berlaku di luar negara, namun tidak dipastikan di negara mana.  Memperlihatkan sekumpulan anjing yang dipercayai milik lelaki yang terbaring di tengah jalanraya yang sibuk itu, berkumpul disekeliling menemani tuannya.  Tidak dapat juga dipastikan apa yang sebenarnya terjadi pada lelaki berkenaan, juga sama ada dia masih hidup atau telah mati semasa gambarnya diambil oleh seseorang.

Anjing-anjing berkenaan masih tidak berganjak dan tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri dalam tengah-tengah kesibukan jalanraya.  Anjing-anjing setia berkenaan dilihat lebih suka membiarkan diri mereka dalam keadaan bahaya kerana mahu menjaga atau mahu mengelakkan kenderaan dari melanggar tuannya.

Di dunia manusia pada masa kini, semakin sukar untuk mencari keadaan tidak mementingkan diri sendiri, tetapi melalui dunia haiwan, Allah SWT mahu memberi pengajaran dan juga peringatan kepada manusia bahawa manusia kini semakin kurang nilai-nilai "kemanusiaan" dan sering berlaku kejam sesama manusia demi merebut serta mengekalkan kuasa dan kekayaan, malah sanggup membunuh sesama sendiri.


**Pada pendapat saya ada kemungkinan sekumpulan anjing berkenaan bukan milik lelaki berkenaan.  Mungkin anjing-anjing itu telah "kenal" lelaki yang terbaring itu.  Maksud saya mungkin lelaki berkenaan sering memberi kumpulan anjing-anjing itu makan dan minum apabila keluar di bandar.


**Anjing merupakan antara haiwan yang terkenal dengan kesetiaan terhadap "tuan" yang menjaganya.

Perompak salah pilih kedai, dibelasah cukup-cukup

 

Inilah yang sepatutnya berlaku dan diamalkan oleh kita iaitu tidak mudah panik dan berani bertindak melawan penjenayah apabila berada dalam keadaan yang sesuai dan masa yang tepat.   Pekerja sebuah kedai serbaneka, Zhen Yang dan isterinya membela diri dengan melawan dua perompak di dalam premis berkenaan di Gatineau, Que, Canada. Mereka menunjukkan keberanian dan tidak mudah panik.  

Dalam rakaman video cctv, kelihatan Zhen Yang menyemburkan cecair pemedih mata pada kedua orang perompak berkenaan.  Namun salah seorang perompak dipercayai berjaya melarikan diri.  Setelah puas menyepak perompak berkenaan, isteri beliau pergi mendapatkan bantuan dari seorang lelaki dan sejurus selepas itu seorang pegawai polis datang membuat tangkapan.

Video kejadian ini telah dimuatnaik dan disiarkan di dalam laman web MSN Video sejak 8/6/2012.  Tarikh sebenar kejadian boleh dirujuk pada video di bawah ini :

Promosi

Babab.net