Resepi roti jala dan kuah pencicah


Roti jala adalah menjadi sajian pilihan untuk jamuan ringan di majlis-majlis tertentu ataupun dijadikan makanan sarapan pagi atau petang.  Pada kali ini saya tergerak hati untuk berkongsikan resepi penyediaan roti jala.

Namun jika ada "pakar masak" yang merasakan cara ini silap, harap maafkan saya ye... Mungkin cara anda lebih baik dalam menghasilkan roti jala yang lebih enak.


Bahan-bahan untuk roti jala  
(untuk hidangan lebih kurang 6 orang yang berselera normal) :

300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
Bahan-bahan (kari ayam)
200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula


Cara-cara memasak :

 
Pilihan acuan untuk membentuk roti jala

 
Pilihan jenis kuali leper yang lebih sesuai untuk memasak roti jala 
berbanding dengan kuali biasa

  1. Kisar kesemua bahan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Panaskan kuali (seeloknya kuali jenis leper) dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali. Adalah digalakkan anda menggunakan lipatan daun pandan sebagai "berus" untuk menyapu minyak pada kuali agar mengahsilkan aroma wangi pada adunan tersebut.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan dengan pantas pusingkan acuan pada kuali dalam bentuk bulatan, bermula dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.  Proses ini perlu dilakukan segera agar tiada bahagian adunan pada kuali menjadi terlebih tebal. Ia untuk memastikan adunan roti jala masak dengan sempurna.
  4. Biarkan ia masak sehingga naik bau dan nampak keperangan. Lipat roti jala sebanyak dua kali dan angkat dan letak di atas pinggan yang bersih.  Dicadangkan di atas pinggan yang beralas daun pisang yang sudah dibersihkan dan dilayur.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
Kuah pencicah (kari ayam)
Ini adalah ringkasan resepi kuah pencicah. Anda digalakkan mengikut resepi masing-masing.
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Pilihan :

- Tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit untuk menambah perasa dan warna keemasan/kekuningan.
- Nak nampak lebih menarik, boleh bubuh pewarna makanan mengikut warna kesukaan anda.
- Daging ayam boleh digantikan dengan lain-lain daging seperti kerbau, unta, lembu, landak dan kijang. Ikut citarasa masing-masing.
- Roti jala juga boleh dimakan dengan cara digulung bersama dengan daging kari yang dicarik-carik.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan