Resepi roti jala dan kuah pencicah


Roti jala adalah menjadi sajian pilihan untuk jamuan ringan di majlis-majlis tertentu ataupun dijadikan makanan sarapan pagi atau petang.  Pada kali ini saya tergerak hati untuk berkongsikan resepi penyediaan roti jala.

Namun jika ada "pakar masak" yang merasakan cara ini silap, harap maafkan saya ye... Mungkin cara anda lebih baik dalam menghasilkan roti jala yang lebih enak.


Bahan-bahan untuk roti jala  
(untuk hidangan lebih kurang 6 orang yang berselera normal) :

300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
Bahan-bahan (kari ayam)
200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula


Cara-cara memasak :

 
Pilihan acuan untuk membentuk roti jala

 
Pilihan jenis kuali leper yang lebih sesuai untuk memasak roti jala 
berbanding dengan kuali biasa

  1. Kisar kesemua bahan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Panaskan kuali (seeloknya kuali jenis leper) dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali. Adalah digalakkan anda menggunakan lipatan daun pandan sebagai "berus" untuk menyapu minyak pada kuali agar mengahsilkan aroma wangi pada adunan tersebut.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan dengan pantas pusingkan acuan pada kuali dalam bentuk bulatan, bermula dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.  Proses ini perlu dilakukan segera agar tiada bahagian adunan pada kuali menjadi terlebih tebal. Ia untuk memastikan adunan roti jala masak dengan sempurna.
  4. Biarkan ia masak sehingga naik bau dan nampak keperangan. Lipat roti jala sebanyak dua kali dan angkat dan letak di atas pinggan yang bersih.  Dicadangkan di atas pinggan yang beralas daun pisang yang sudah dibersihkan dan dilayur.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
Kuah pencicah (kari ayam)
Ini adalah ringkasan resepi kuah pencicah. Anda digalakkan mengikut resepi masing-masing.
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Pilihan :

- Tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit untuk menambah perasa dan warna keemasan/kekuningan.
- Nak nampak lebih menarik, boleh bubuh pewarna makanan mengikut warna kesukaan anda.
- Daging ayam boleh digantikan dengan lain-lain daging seperti kerbau, unta, lembu, landak dan kijang. Ikut citarasa masing-masing.
- Roti jala juga boleh dimakan dengan cara digulung bersama dengan daging kari yang dicarik-carik.

Sejarah Sistem Pesanan Ringkas (Short Message Service)

 


Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Pada mulanya SMS dirancang sebagai sebahagian daripada GSM, tetapi pada masa sekarang, perkhidmatan ini ditawarkan oleh jaringan-jaringan mobil lainnya termasuk rangkaian UMTS.

Satu pesanan ringkas SMS maksimum terdiri daripada 140 bait. Dengan kata lain, satu pesanan boleh memuatkan 140 aksara 8-bit, 160 aksara 7-bit atau 70 aksara 16-bit untuk bahasa Jepun, China dan Korea yang memakai aksara Kanji. Selain 140 bait ini, ada data-data lain yang termasuk. Ada pula beberapa kaedah untuk mengirim pesanan yang lebih panjang daripada 140 bait, tetapi seorang pengguna harus membayar lebih daripada sekali. SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video. SMS bentuk ini disebut MMS.

Pesanan-pesanan SMS dikirim dari sebuah telefon bimbit ke pusat pesanan (SMSC dalam bahasa Inggeris). Di sini pesanan disimpan dan cubaan untuk menghantarnya dilakukan untuk beberapa kali. Setelah satu waktu yang telah ditentukan, biasanya 1 hari atau 2 hari, pesanan akan dihapuskan. Seseorang pengguna boleh mendapatkan pengesahan daripada pusat pesanan ini.

SMS sangat popular di Eropah, Asia dan Australia. Di Amerika Syarikat, SMS secara perbandingan jarang digunakan. Di tempat lain, SMS popular kerana agak murah dan kerap digunakan di kalangan remaja. Perkhidmatan pesanan ringkas ini jarang digunakan di kalangan pengguna yang agak berusia.

Disebabkan lambat dan kesulitan menulis atau untuk menjimatkan ruang, biasanya pesanan SMS diringkaskan. Tetapi kesulitan ini, sekarang sudah diatasi kerana banyak telefon bimbit yang memiliki fungsi kamus dan bijak teka "intelligent guess". Ini merujuk kepada ciri telefon meneka perkataan yang cuba ditulis dengan membandingkan perkataan yang bermula dengan huruf yang sudah diisi. Sebagai contoh:- Sekiranya pengguna menaip kere, talipon bimbit akan mempaparkan perkataan kereta.

Pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan perubahan-perubahan kecil yang menarik dalam masyarakat, seperti berikut :
  • Januari 2001, Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina. Kempen menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS.
  • Julai 2001, pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam menjatuhkan talak, tidak boleh dilakukan melalui SMS. Ini disebabkan tidak jelas siapa yang menghantarnya. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri telefon bimbit dan menghantar pesanan tersebut. Tiada bukti seperti tulisan, suara yang boleh dicamkan, atau saksi yang boleh mengesahkannya. Talak tersebut perlu didaftarkan di Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia disahkan.

Bola Sepak Liga Super Malaysia : 26 Mei 2012 (Johor FC-Kelantan)

Perlawanan antara Johor FC dan Kelantan pada malam ini adalah yang terakhir dalam Liga Super Malaysia dan liga akan bersambung pada pertengahan Jun 2012. Perlawanan ke 17 bagi kedua-dua pasukan.
KEPUTUSAN PENUH
 
 JOHOR FC ( 0 ) - ( 0 ) KELANTAN


Pertelingkahan FAM & Tan Sri Annuar Musa : Harimau Malaya dan Harimau Muda kena tempiasnya?

Banner yang memaparkan imej Tan Sri  Annuar Musa ini dirampas FAM
semasa Final Piala FA 19 Mei 2012 lalu.

Sudah semakin kalut dan berpanjangan isu Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Tan Sri Annuar Musa. Terkini berkenaan dengan rampasan banner yang mengandungi gambar beliau yang digantung oleh penyokong "The Red Warrior".

Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) melahirkan kekesalan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuang kain rentang milik mereka pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Pengerusinya, Mohd Yahya Jamada Ali mempersoalkan tindakan FAM  menanggalkan kain rentang semata-mata kerana ia memaparkan imej Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa.  “Timbul tanda tanya mengapa kain rentang tersebut dibuang FAM tanpa sebab kukuh. Sedangkan kain rentang tersebut hanya mengandungi kenyataan yang memberi sokongan kepada Annuar Musa sahaja.

“Kenyataan yang tertera pada kain rentang tersebut langsung tidak menyentuh dan mencaci keperibadian barisan kepimpinan FAM. Tindakan FAM menggambarkan seolah-olah mereka mempunyai agenda peribadi terhadap pemimpin bola sepak Kelantan yang digantung itu.

Tambah Mohd Yahya, tindakan tidak bertanggungjawab FAM itu akan meningkatkan lagi rasa benci penyokong Kelantan yang seakan dianaktirikan oleh badan induk bola sepak kebangsaan selama ini. Justeru beliau meminta FAM memberi penjelasan segera berhubung tindakan menanggalkan kain rentang berkenaan.


 
Sembang di Facebook pada page Sokernet.com


**Pendapat saya :

- Walauapapun kemelut yang melanda FAM dan Tan Sri Annuar Musa, janganlah sampai menjejaskan sokongan terhadap pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya dan Harimau Muda.

-"Apalah dosa" pemain bola sepak Malaysia seandainya mereka bermain tanpa penyokong?.  Dimanakah kesetiaan yang dilaungkan selama ini tatkala gelombang kebangkitan telah mula dipancarkan oleh mereka?.

-Pemain bola sepak Malaysia adalah mewakili negara kita, Malaysia bukannya FAM.  FAM hanyalah pihak yang menguruskan perjalanan sukan bola sepak secara formal.

-Ataupun ada kemungkinan kecil FAM dan TSAM hanya "berlakon" mengikut skrip tertentu bagi menjayakan sesuatu perancangan sulit. Saya terfikir juga begini kerana terlalu ganjil dan pelik melihatkan perilaku pemimpin-pemimpin dalam FAM (TSAM juga salah seorang pemimpin FAM).

Simbol untuk Facebook chatting - seni bentuk ASCII

 

Facebook boleh dikatakan telah menjadi fenomena terhebat dalam arena siber ketika ini dan melebihi kemasyhuran Friendster atau Myspace yang wujud sebelumnya.  Pelbagai perubahan yang dilakukan oleh syarikat facebook dalam menambahbaik (baiklah sangat.....) fungsi-fungsi dan aplikasi dalam facebook.

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi corak-corak atau simbol ASCII yang dirasakan menarik untuk digunakan dalam fungsi "chatting" di facebook.  Ia sebagai alternatif kepada simbol "senyum" yang telah biasa digunakan. Anda boleh terus menyalin simbol berkenaan dengan kaedah "copy" dan "paste" pada ruangan chatting di facebook.

ASCII bermaksud "American Standard Code for Information Interchange" atau dalam Bahasa Melayu  "Kod Piawai Amerika untuk Pertukaran Maklumat").  Ia adalah satu format yang lazim digunakan untuk fail teks dalam komputer dan internet. Kod ASCII telah dibangunkan oleh American National Standards Institute (ANSI).  Kini ia telah dipelbagaikan corak dan penggunaannya.


㋡  ㋛  【ツ】
❀ ✿ ❁ ✽ ❃ ❋
Ƹ̴Ӂ̴Ʒ  ƸӜƷ  εїз  

ⒶⒷⒸⒹⒺⒻ ⒼⒽⒾⒿⓀⓁ ⓂⓃⓄⓅⓆⓇ ⓈⓉⓊⓋⓌⓍ ⓎⓏ
ⓐⓑⓓⓔⓕ ⓖⓗⓘⓙⓚⓛ ⓜⓝⓞⓟⓠⓡ ⓢⓣⓤⓥⓦⓧⓨⓩ
✿◕‿◕✿  ❀◕‿◕❀    ❁◕‿◕❁    ✾◕‿◕✾

><((((º>  <º))))><

╔═══╗ ♪
║███║ ♫
║ (●) ♫
╚═══╝♪♪  
 

*´¨)
¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•` ¤ Taip perkataan anda di sini*´¨)  



::: (\_(\
*: (=’ :’) :*
•.. (,(”)(”)¤°.¸¸.•´¯`» 


 (> " " <)
( ='o'= )
-(,,)-(,,)-  


 (\__/)
(>’.’<)
(")_(")


 •*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•
::: (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
*: (=' :') :::::::: taip perkataan anda :::::::::::
•.. (,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸



....*☆.¸.☆*'
....*☆.@@ ☆*'
.*☆.@@@@☆*'
....@@@@@@
...☆*@@@@`*☆.¸¸
.......\\\||///.
........\\||//.
.........ƸӜƷ.
..........\|/..♥
...........V....
 
../(,")\♥ ♥(".)
.../♥\. = ./█\.
.._| |_ .._| |_ ★
 
 ╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝
ஜ۩۞۩ஜ YOU ஜ۩۞۩ஜ
 
(¸¸.♥➷♥•*¨)¸.•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´(¸. ¸.•´¸.•*¨) ¸.♥➷•*¨)
─▀██▀─▄███▄─▀██─██▀██▀▀▀█─
──██─███─███─██─██─██▄█──conquers
──██─▀██▄██▀─▀█▄█▀─██▀█──all ♥➷♥
─▄██▄▄█▀▀▀─────▀──▄██▄▄▄█
¸.•´¸.•*¨) ¸♥.•*¨) (¸.•´¸♥➷♥¸.•´♥¸.•´♥¸.•*¨)♥.•*¨)¸.•*♥¸
 
 
╔♫╗────────╔═╦╗─♫╗╔╗─╔╗─♥──
║╩╠═╦═╦═╦╦╗║╚╠╬╦╣╚╣╚╦╝╠═╦╦╗
║╦║╬║╬║╬║║║║╔║║╔╣╔╣║║╬║╬║║║
╚╩╩╩╣╔╣╔╬╗║♫═╩╩╝╚═╩╩╩═╩╩╬╗║
────♫╝╚╝╚═╝─────────────╚═♥
ஜ۩۞۩ஜ YOUR NAME HERE ஜ۩۞۩ஜ
 

░░░░░░░░░░░░▄▄
░░░░░░░░░░░█░░█
░░░░░░░░░░░█░░█
░░░░░░░░░░█░░░█
░░░░░░░░░█░░░░█
███████▄▄█░░░░░██████▄
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█████░░░░░░░░░█
██████▀░░░░▀▀██████▀
 
__________8__88_____8
____________88_8__8_____8
___________888_____88___88888
__________8888______88_8____88
_________8888_______88______8_8
_________8888_______88______8_8
_________8888_______8_______8
_________8888_____8_______8
__________88888____8______8
___________8888888______8
__888_________88888_8
8888888________88_____
_8888888_______8_____
__888888_______88_____
___88_____8_____8_____
____8______8____8_____8_88
_______8888_8__88_8_88888
_____888888_8_88__8888888
____8888888__88______88888
____88888_____8_________888
____88_________8__________8
_____8_________8_____
_______________8_____
____________8_8_____
_____________88_8_____
______________88_____

______________8_____

Petua untuk isteri sentiasa bahagia dan cantik

 

Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan di dalam perkahwinan mereka. Namun ia tidak semudah yang diucapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang dengan mudah. Untuk memastikan rumahtangga bahagia, pasangan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh serta memberikan kerjasama yang berterusan.

Pada artikel kali ini saya  ingin kongsikan petua yang digalakkan untuk dicuba oleh seorang isteri bagi "menambat" dan mengukuhkan kerukunan rumah tangga agar ia sentiasa membahagiakan dan menceriakan hidup.  Insya Allah perbuatan yang baik akan beroleh kebaikkan yang diharapkan.  Apabila isteri sudah secantiknya pada zahir dan batinnya, maka pada suami yang ikhlas menikahi isteri itu akan menyayangi isteri dengan sepatutnya...

Petua untuk isteri sentiasa bahagia dan cantik :

1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca surah Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan  Al-Waqiah ayat 35-37 sebanyak 7 kali.

Terjemahan Al-Waqiah :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa (Al-Waaqi'ah -56:35)

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah-56:36)


Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37)

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan (Al-Waaqi'ah 56:38)


2. Tiup dalam air dan minum.

 
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Perlawanan Akhir Piala FA | Kelantan - Sime Darby 19 Mei 2012

 
Stadium Nasional Bukit Jalil
19 MEI 2012
8.45 mlm

Hasil tinjauan pendapat telah dijalankan di blog ini beberapa hari sebelum dan semasa perlawanan.  Tinjauan pendapat / undian ini ditutup selepas tamat separuh masa pertama. 

Terdapat lima orang pelawat blog mengambil bahagian dalam tinjauan / undian ini.  Dari lima undian, empat daripadanya memihak kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan dan hanya satu yang memilih Sime Darby.


KELANTAN  1 (penalti)  -  0  SIME DARBY

Setelah dua kali kecewa, penyokong The Red Warriors pulang dengan kegembiraan dari Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan seperti diramal muncul juara Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0.

Kelantan mengesahkan trofi yang tidak pernah mereka miliki hasil sepakan penalti penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58.  Penalti diberikan kepada pasukan bola sepak Kelantan apabila salah seorang pemain import Kelantan ditolak oleh pemain Sime Darby dalam kawasan penalti ketika Kelantan menyempurnakan sepakan percuma dari tengah padang.

Di hadapan 85,000 penonton, Ghaddar tenang merembat bola menerjah gawang Sime Darby bagi memastikan penantian 23 tahun Kelantan untuk mengucup kejuaraan Piala FA buat kali pertama berakhir.

Trofi tersebut melengkapkan rekod kejuaraan Kelantan yang telah pun memenangi Piala Malaysia pada 2009 dan Liga Super musim lalu. Kelantan muncul pasukan pertama menjulang trofi baru Piala FA yang diperkenalkan tahun ini, yang lebih ringan iaitu 4.5 kilogram berbanding 13 kilogram sebelum ini.

AWAS : Mazhab Kristian yang hampir menyerupai Islam



Gambar di atas menunjukkan pengikut mazhab dalam agama Kristian, cara amal ibadahnya yang hampir sama dengan Islam. Hal ini diketahui berlaku di negara Indonesia. Ketika Maghrib telah tiba.., belasan orang di Hotel Sahid Surabaya bergegas menunaikan ibadah yang menyerupai solat/sembahyang dalam Islam. Semuanya berkopiah atau bersongkok dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. 

Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok. Orang awam mungkin akan terkeliru seketika kerana sembahyang dalam mazhab ini memang sangat mirip solat dalam Islam.  Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, mereka juga menggunakan bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan sujud.

Bezanya, apabila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian Ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya : sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian Ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. 

Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin dan Kamis, pada Kristian Ortodok dilakukan pada Rabu dan Jumaat, dalam mengenangkan kesengsaraan Kristus / Jesus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian Ortodok juga mempunyai zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian Ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan. 

Ada juga tulisan khat yang menyerupai tulisan khas ayat suci Al-Quran. Yang pasti ini boleh mengelirukan dan menyesatkan akidah umat Islam. Semoga kita semua berhati-hati sebelum membeli sebarang tulisan khat atau yang seolah-olah memperlihatkan ayat-ayat suci dari kitab Al-Quran. Jangan sampai terbeli perhiasan sedemikian dan digantung di rumah kita. 

Bacalah ayat-ayat yang kononnya dari kitab Al-Quran, yang mungkin dijual oleh jurujual semasa anda melancong atau berada di jalanan. Perhatian jika ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" atau yang mengaitkan sesuatu pada ajaran Kristian, maka wajib anda meninggalkannya.


Berhati-hatilah pada agenda puak kafir yang ingin menyesatkan akidah umat Islam.  Sekiranya mereka mengganggu dan cuba mengacau keamanan agama Islam, maka wajib kita lawan.  Juga berhati-hati dengan puak yang menggunakan agama semasa kempen pilihanraya dan cuba menakut-nakutkan orang Islam semata-mata ingin meraih undi dan mengekalkan kuasa mereka.  Elakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi.

Mengapa baju doktor bedah berwarna hijau?

 

Pernahkah kita terfikir, kenapa pakaian berwarna hijau menjadi pilihan doktor dan pembantunya yang bekerja dalam bahagian pembedahan?. Warna hijau dikatakan sangat sesuai pada doktor terutyamanya doktor bedah untuk penglihatan yang lebih baik di dewan bedah, kerana hijau adalah berlawanan dari warna merah dalam susunan warna.

Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah semasa pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak kurang sensitif terhadap variasi warna merah.

Dan antara alasan lain adalah, apabila dengan terus-menerus fokus kepada warna merah akan menyebabkan berlakunya ilusi berwarna hijau pada latar warna berwarna putih atau terang. Ini akan menggangu penglihatan doktor. Jika warna baju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan berkurangan dan melancarkan proses pembedahan.

Hari Guru di Malaysia



Secara umum, Hari Guru Sedunia disambut pada 5 Oktober setiap tahun.  Sejak kepentingan guru-guru diiktiraf oleh UNESCO, ia menjadi suatu perayaan tahunan untuk menghormati guru atas sumbangan mereka yang khas dalam sesuatu bidang kepaa masyarakat umum.

Namun, bagi setiap negara, ia disambut pada tarikh yang berbeza iaitu seperti berikut (sekadar beberapa perbandingan) :

Afghanistan - 5 Oktober
Argentina - 11 September
Brunei - 23 September
Bolivia - 6 Jun
Colombia - 15 Mei
China - 10 September
Mongolia (negara kelahiran Altantuyaa) - Minggu pertama bulan Februari

Manakala, Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.  Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Berikut adalah Tema Hari Guru semenjak tahun 1972 hingga 2012 :

  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
  42. 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Liga Super Malaysia : 15 Mei 2012

KEPUTUSAN PENUH


Selangor (38', 48') - (46') Felda United
Stadium Shah Alam, Selangor | 8.45 mlm

Negeri Sembilan (24', 66') - (7') Perak
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi | 8.45 mlm

Kedah (58') - (45', 53', 81') PKNS FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar | 8.45 mlm

Kuala Lumpur 0 - 0 Lion XII
Stadium Hang Jebat, Melaka | 8.45 mlm

Sabah (33') - (29', 70') PBDKT / T-Team 
Stadium Likas, Kota Kinabalu | 8.15 mlm

Terengganu (47', 68') - (39', 54') Sarawak
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu | 8.45 mlm

Johor FC 0 - 0 Kelantan (Ditangguhkan)
Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru | 8.45 mlm

Cara bola sepak dihasilkan di kilang Adidas

 

Bola sepak sudah diiktiraf sebagai sukan yang paling banyak dimainkan di dunia.  Malah bola sepak adalah permainan pertama bagi kebanyakkan kanak-kanak lelaki walaupun spesifikasinya berbeza dari bola sepak yang dimainkan di padang.  Sukan bola sepak juga telah menjadi sebuah industri "multijuta" yang menghasilkan keuntungan dari peringkat pemain, jurulatih dan paling utama ialah usahawan.

Namun pernahkah anda melihat bagaimana bola sepak dihasilkan dalam era moden ini?.  Kalau dahulu bola sepak dihasilkan secara manual menggunakan tenaga manusia dan dengan cara "menjahit", namun kini ia dihasilkan dengan menggunakan alat dan mesin khas bagi menghasilkan bola sepak yang lebih berkualiti tinggi, mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh FIFA selaku badan induk bola sepak dunia.

Bawah ini merupakan salah satu video yang menunjukkan secara ringkas bagaimana bola sepak dihasilkan. Selepas itu bolehlah anda "survey" video-video lain berkenaan penghasilan bola sepak seperti dari kilang Nike atau Puma...

JOM UNDI ✓ : Final Piala FA 2012 : Kelantan - Sime Darby

 

Pastinya perlawanan Piala FA pada tahun ini adalah unik kerana sesiapa sahaja yang menang akan menjadi pasukan baru dalam senarai pasukan yang pernah memenangi Piala FA Malaysia ini.

Apakah Sime Darby akan mendapat inspirasi dari pasukan MPPJ yang telah menjadi kelab pertama memenangi Piala Malaysia dan berjaya mendakap Piala FA atau pasukan Kelantan yang setelah berkali-kali mencuba dan tahun ini akhirnya berjaya?.

Undian akan ditutup setelah tamat separuh masa pertama perlawanan pada 19 Mei 2012 nanti.

UNDIAN
Sila klik pautan undian di bawah ini :


Undian Piala FA 2012

Kaki tumbuh pada otak bayi



Allah berfirman:
أَفَرَأَيْتُمْ مَا تُمْنُونَ أَأَنْتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ
“Adakah kamu lihat apa yang kamu pancarkan [sebagai air mani itu],
adakah kamu yang menjadikannya atau Kami yang menjadikan?”

Maka Allah memberi peringatan tentang perkara itu, iaitu bahawa anak yang dilahirkan itu bapanya tidak menjadikannya, kerana ia keluar sebagai mani, walhal ia belum ada, dan ia tidak suka, kemudian ia ada, maka teranglah bahawa penciptaan bentuk rupa janin itu dalam rahim daripada mani itu ialah perkara yang berlaku bukan dengan kehendak kita, tidak akan menjadi, maka penciptanya dan pembentuk rupanya ialah Allah.

Dan dalil tentang perkara itu ialah firman Allah:
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ
“Dia adalah Allah, Maha Pencipta, Penjadi Yang Awal, Pembentuk rupa”

Demikian pula firman Allah:
ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لا إِلَهَ إِلا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
“Itu adalah Allah Pencipta segala sesuatu, maka hendaklah kamu beribadat kepadaNya, Ia pemelihara segala sesuatu”.

Berikut adalah kisah yang menggambarkan satu keajaiban dalam dunia perubatan yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan mungkin tidak akan dapat dilihat lagi untuk masa yang sangat lama :

Sam adalah seorang bayi yang dilahirkan dengan masalah yang unik kerana mempunyai kaki yang tumbuh pada otak. Ia tidak dapat dilihat secara luaran kerana ketumbuhan itu adalah kecil dan Sam secara fizikal luarannya kelihatan sebagai bayi sihat yang comel
 
Dia dikhabarkan telah menjalani pembedahan dan pembedahan tersebut berjaya. Masyarakat sekitar tempat tinggal keluarga bayi ini memanggil beliau sebagai "bayi ajaib". Pada pandangan saya,  pakar bedah yang bertanggungjawab membuang ketumbuhan kaki pada otak bayi berkenaan adalah seorang pakar bedah yang juga ajaib. Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepadanya dalam operasi pembedahan berkenaan.

Ikuti video temu bual wartawan penyiaran antara ibubapa bayi berkenaan dan pakar kesihatan yang telah dimuat-naik pada Youtube :

Keputusan Liga Super Malaysia : 12 Mei 2012

 

KEPUTUSAN PENUH

SINGAPORE LION XII  3  -  3  KEDAH
(Stadium Jalan Besar, Singapura) 7.45 malam 

 SL XII : 9', 28', 57'
Kedah : 20', 61', 64'

SARAWAK  1  -  0  SABAH
(Stadium Negeri Kuching, Sarawak) 8.15 malam 

 Sarawak : 32'
Sabah :

SELANGOR PKNS  0  -  3  KELANTAN
(Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya) 8.45 malam

 Selangor PKNS :
Kelantan : 25',85', 90'

FELDA UNITED  2  -  1  TERENGGANU
(Stadium Hang Jebat, Melaka) 8.45 malam

 Felda United : 54', 65'
Terengganu : 23'

T-TEAM  2  -  1  KUALA LUMPUR
(Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu) 8.45 malam

 T-Team : 13', 89'
Kuala Lumpur :45'

NEGERI SEMBILAN  2  -  1  JOHOR FC
(Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi) 8.45 malam
-siaran langsung di TV1-

 Negeri Sembilan : 42', 68'
Johor FC :39'(penalti)


**komen saya :  

-Pengulas/wartawan sukan TV1, yang menemubual pegawai dari kedua-dua pasukan iaitu Negeri Sembilan & Johor FC bertanyakan soalan yang saya fikirkan ia adalah "soalan bodoh".  

-Wartawan itu saya lihat sering bertanyakan mengenai taktik dan "rahsia" jurulatih yang sepatutnya tidak boleh didedahkan semasa perlawanan berlangsung lebih-lebih lagi, yang ada bersama-sama semasa temubual adalah pegawai dari pasukan lawan.

Keputusan Liga Super Malaysia (Perak - Selangor) : 11 Mei 2012

 

Perlawanan ke 16 Liga Super Malaysia. Hanya ada satu perlawanan sahaja pada hari ini.

Perak memenangi perlawanan ini dengan jaringan 2-0. Gol Perak dijaringkan oleh Michal Kubala (Perak) pada minit ke 16 melalui sepakan percuma, separuh masa pertama dan Bodjongo pada minit ke 84, separuh masa kedua.

KEPUTUSAN PENUH

PERAK  2  -  0  SELANGOR

 

Kelab divisyen satu Liga Portugal pikat Nazmi Faiz Mansor


Pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor yang terpilih menjalani ujian pemilihan selama seminggu bersama kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar tidak mahu mengulangi episod sama seperti pernah dilalui beberapa pemain negara sebelum ini.

Walaupun mungkin ramai yang tidak mengenali kelab berkenaan berbanding liga di negara ternama yang lain, namun Nazmi tetap beranggapan peluang pemilihan seminggu yang bermula pada 13 hingga 21 Mei itu satu perkhabaran gembira buat dirinya untuk terus mengembangkan bakat dalam bola sepak.

Apa yang lebih menarik dengan tawaran daripada kelab yang pernah dibintangi legenda Portugal, Eusebio da Silva Ferreira itu dibuat secara ‘merit’ selepas prestasi agen melihat aksi cemerlang Nazmi ketika beraksi dalam saingan Liga Singapura. 

Mengikut prestasi semasa, kelab yang digelar dengan panggilan Auri Negros itu kini menduduki tangga ke 12 daripada 16 pasukan dalam saingan liga utama Portugal. 
Sementara itu, jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee, berkata di Portugal tidak ada syarat ketat seperti ditetapkan di saingan Liga Inggeris. 

“Di Portugal, mereka benarkan pemain yang mereka fikir layak bermain. Jawapan mengenai keputusan pemilihan itu akan dapat diketahui dalam masa seminggu dan kelab berkenaan akan maklumkan kepada kita apa keputusan mereka,” katanya.  -  sumber :  Berita Harian

Keputusan bola sepak AFC Cup 9 Mei 2012 : Kitchee - Terengganu

 

KEPUTUSAN PENUH
Kitchee  2  -  2 Terengganu
Terengganu muncul naib juara kumpulan F, bermakna skuad Peteh akan bertemu Kelantan di pusingan ke dua di Kota Bharu, pada 23 Mei 2012.  Pasukan yang menang akan terus layak ke suku akhir AFC Cup.
Gol pasukan Kitchee dijaringkan oleh Jordi Tarres Paramo pada minit ke 9 dan 45.  Manakala gol pertama pasukan Terengganu dijaringkan oleh Samsudin pada minit ke 15 dan Hadi Yahya pula menjaringkan gol ke dua pada minit ke 70 melalui sepakan penalti.

Keputusan bola sepak AFC Cup 8 Mei 2012 : Kelantan - Ayeyawady



KELANTAN  1  -  0  AYEYAWADY

Kelantan mara ke pusingan ke-2 Piala AFC selaku juara kumpulan H dengan 13 mata. Automatik berkelebihan selaku tuan rumah menentang Naib Juara Kumpulan F 23 Mei nanti.
Keputusan lain bagi perlawanan dalam kumpulan H ini Arema Indonesia menewaskan Navibank Saigon dengan jaringan 6 berbalas 2.
Selain Kelantan, tiga pasukan lain dalam kumpulan ini mengumpul jumlah mata sama iaitu sebanyak 7 mata, namun kelebihan memihak pada Arema untuk mengiringi Kelantan ke pusingan kedua berdasarkan jumlah jaringan gol. Kelantan akan bertemu pasukan antara Kitchee FC atau Terengganu di pusingan kedua, 23 Mei 2012 nanti.

Polis Ayam, menjaga keamanan?


Dalam dunia manusia tugas menjaga keamanan (jagalah sangat....) digalas oleh pasukan keselamatan awam sepertu polis dan tentera.  Pasukan keselamatan ini terutamanya polis perlu jujur dan berkarisma dalam menyempurnakan tugas mereka.

Walaupun mentaati ketua adalah antara undang-undang dalaman yang utama, namun adalah haram untuk mentaati perintah pihak atasan yang kejam serta menzalimi rakyat.

Namun apa yang dilakukan oleh kedua-dua ayam ini adalah laksana polis haiwan yang meleraikan pergaduhan dua ekor arnab.  Nampak kelakar juga namun disebaliknya ada pengajaran yang tersirat disebalik kejadian ini.  Tonton video di bawah ini :



**ayam yang bijak macam ni terasa sayang nak disembelih kerana ia ada keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada haiwan berkenaan.

Tujuh "pernah" dalam cinta

 

Di mana bumi dipijak, dimana langit dijunjung, di situlah pasti ada hati insan yang pernah terguris tatkala berkongsi perasaan, menyulam kasih dalam menyantuni tuntutan sunah pada umat Nabi Muhammmad S.A.W.

Saya juga tidak dapat lari dari menghadapi takdir sebegitu. Kecewa di saat kesetiaan dan kejujuran telah diberikan. Kecewa dikala hati telah dikunci untuknya lantaran niat untuk memperisterikan si dia...  Di manakah nilai kesetiaan andai kasih yang dicurah menjerluskan diriku ke lembah kecewa.
Terima kasih cinta kerana :

1. pernah hadir dalam hidup aku..,
2. pernah menemani kelapangan minda aku..,
3. pernah mengajar aku apa itu erti kehidupan..,
4. pernah memberikan aku rasa kasih dan sayang..,
5. pernah menjaga aturan perjalanan rindu aku..,
6. pernah menjadi penghibur di saat aku kesedihan..,
7. pernah kau mengisi kekosongan saat aku hilang kebahagiaan..,

dan aku masih lagi berterima kasih padamu walaupun di akhirnya kau jua yang membuat aku kembali menangis.....
** jangan silap faham ye... diri ni masih ingat Tuhan. Yang di atas ini saje nak bersastera waktu malam ke pagi (11.00 pm - 01:14am). Belum dapat frekuensi untuk tidur...

Destinasi Pelancongan : Gunung Jerai


Assalamualaikum...

Dah lama saya tak "melancong" ke Gunung Jerai.  Adalah dalam lebih 10 tahun rasanya.  Pasti kini terdapat perubahan yang ketara terutamanya dari segi kemudahan awam bagi pelancong yang inginkan suasana alam yang mendamaikan. Sambil mata menikmati keindahan alam semula jadi, pendengaran anda akan dijamu pelbagai bunyi unggas dan serangga hutan serta kicauan merdu burung-burung yang hidup bebas di hutan rimba.

Gunung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di utara Semenanjung. Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan dengan bayaran antara RM40 dan RM110 semalam (tertakluk pada perubahan semasa).

Persekitaran kawasan chalet seluas kira-kira empat hektar itu dihiasi dengan landskap menarik dan diserikan pelbagai bunga berwarna warni, manakala mereka yang gemar mandi air terjun pula boleh menikmati kedinginan anak sungai yang melimpah dari puncak gunung itu.

Chalet yang diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk kolonial pernah dijadikan rumah rehat ketika pemerintahan British dulu, kini menjadi tarikan bagi mereka yang meminati seni bina berkenaan. Pengunjung dapat berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara gunung yang tidak tercemar sambil melihat keindahan kawasan sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang dari aras yang tinggi itu ketika cuaca cerah dan tidak berawan, pengunjung yang bangun awal berpeluang menikmati keindahan pagi apabila sang suria menampakkan wajahnya, manakala pada waktu senja pula, pandangan pastinya tertumpu di ufuk barat untuk melihat mentari terbenam.  Selain itu, bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan melalui denai yang ada sambil menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna hutan tropika di tanah tinggi itu.

Pelbagai jenis bunga yang menarik dan mempersonakan yang tumbuh bebas di sekitar kawasan pergunungan.  Antara bunga yang kerap menjadi daya tarikan pengunjung di situ ialah bunga kembang tiga bulan yang warnanya bertukar setiap bulan iaitu putih, unggu dan kemerah-merahan.  Bunga kembang tiga bulan hanya terdapat di Gunung Jerai dan inilah keistimewaan pusat peranginan ini.  Bunga ini tahan lama dan berkembang selama tiga bulan, dipercayai bunga paling lama berkembang jika dibandingkan dengan bunga ros dan lain-lain dalam spesiesnya.  Jika ditanam di tempat lain ia tidak menjadi dan jika hidup pun ia tidak akan subur dan cepat mati, tidak seperti di habitat asalnya di sini yang bunganya boleh mekar selama tiga bulan.

Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan termasuk untuk mengadakan hari keluarga, beberapa kemudahan disediakan di situ termasuk dewan seminar dan aktiviti bersukan seperti badminton, bola tampar dan takraw.    

Pengunjung boleh naik ke gunung itu menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan berliku-liku sejauh 12 km dari kaki gunung.  Sekiranya tidak mahu memandu kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki van dari kaki gunung itu dengan dikenakan bayaran tertentu.

Keputusan Liga Super Malaysia : 4 Mei 2012

 
KEPUTUSAN PENUH

Kelantan  3  -  0  Lion XII
(Stadium Sultan Muhammad IV, KB) 

Terengganu  2  -  2  Perak
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)  

Sabah  1  -  0  Felda United
(Stadium Likas, Kota Kinabalu) 
  

Keputusan Liga Super Malaysia : 5 Mei 2012
(terdapat kekeliruan dari sumber mengenai tarikh perlawanan. 
Perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 4 Mei, ditunda ke 5 Mei atas sebab masalah teknikal)

KEPUTUSAN PENUH

Kuala Lumpur  1  -  1  Sarawak
(Stadium Hang Jebat, Melaka)

Khasiat surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi tiga ayat dan diturunkan di Makkah.  Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam bagi  sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda (SAW) bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Al-Fatihah - Bob Kuman meninggal dunia

 


Dari Allah SWT kita datang, KepadaNya kita kembali...

Pelakon dan pelawak terkenal Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi, telah meninggal dunia pada waktu 4.38 petang pada hari ini (3/5/2012 - Khamis), di sisi isteri tercinta di rumah beliau di Kota Damansara dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk urusan selanjutnya.
Khabar terkini melaporkan bahawa jenazah beliau telah dibawa ke kampung halaman beliau di 1763 Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau Negeri Sembilan untuk disemadikan.
Sedekahkanlah Al Fatihah untuk arwah Bob.  Moga rohnya aman dan sejahtera di alam barzakh...

Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz 2012


Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz yang dilancarkan di Kelab Bola Sepak Frenz United (Akademi Bola Sepak Frenz), Janda Baik, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pertandingan Bawah 14 tahun paling mahal pernah ditawarkan dalam sejarah bola sepak negara iaitu sebanyak RM100,000.

Bakal bermula pada 4 Mei sehingga 29 Jun ini, kejohanan tersebut telah menarik perhatian sebanyak 16 pasukan yang terdiri sekolah sukan, sekolah kerajaan dan swasta serta kelab persendirian. Tujuan utama penganjuran pertandingan seperti itu adalah untuk memberi ruang kepada pemain remaja bersaing sesama mereka dan melahirkan lebih ramai pemain berbakat yang berkaliber.

Piala Frenz adalah sebagai salah satu platform untuk menguji kemampuan pemain muda di peringkat kebangsaan di samping menyahut seruan kerajaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam membangunkan bakat pemain di peringkat akar umbi. Bagi perancangan jangka panjang, penyertaan kepada pasukan jiran rantau ini selain kelab dari Eropah akan dibuka.

Penganjuran kejohanan yang dilakukan oleh Frenz United itu ternyata mendapat pujian daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang berkata ia kali pertama sebuah akademi persendirian swasta mengambil inisiatif sedemikian.

Berikut merupakan undian pasukan yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan :
 
Kumpulan A
1.Sek. Men. Keb. Seri Tanjung, Tanjung Karang
2.SMK Tinggi Kajang
3.Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS)
4.SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban
 
Kumpulan B
1.Penang Free School
2.Akademi Bola Sepak Majlis Bandaraya Petalig Jaya (MBPJ)
3.Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor (PNSB)
4.Mont Kiara Football Club MKFC)
 
Kumpulan C
1.Sek. Men. Projek Sesyen 11, Shah Alam
2.SMK Victoria Kuala Lumpur
3.Frenz United Football Academy B
4.CIMB-Youth Football Academy (YFA)-KLFA
 
Kumpulan D
1.Kelab Bola Sepak Pendamai Putra
2.SMK Anderson, Ipoh
3.Frenz United Football Academy A
4.SMK Meru

Promosi

Babab.net