Semak daftar pemilih (pengundi)

Klik gambar di atas untuk ke laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Assalamualaikum.

Adakah anda sudah mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya?. Jika belum, sila lihat apakah syarat kelayakan pengundi di bawah ini :

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut: 

-Seorang warganegara Malaysia
-Telah mencapai umur 21 tahun
-Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan 
-Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

SPR menjalankan dua jenis pendaftaran pemilih iaitu:

Pendaftaran Baru
SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.

Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi 
SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. 

Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu. 

Bagi keperluan tukar alamat, pemohon perlu membuat penukaran alamat baru dalam kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Tempat Untuk Mendaftar.
Sekiranya anda adalah warganegara yang telah layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih atau seorang pemilih yang ingin mendaftarkan pertukaran alamat pusat mengundi, anda boleh melakukannya di pusat-pusat pendaftaran berikut:
-Pejabat-pejabat pos berkomputer 
-Pejabat-pejabat SPR
-Pejabat Daerah
-Pejabat Majlis Daerah

Cara Untuk Mendaftar.
-Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
-Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran

-Tidak boleh daftar bagi pihak orang lain

-Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR

-Petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran berkomputer

-Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan

-Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati

-Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti


** Pesanan saya :
  1. Banyakan membaca dan ambil tahu perkembangan negara dari pelbagai sumber, BUKAN hanya bergantung pada televisyen atau media massa arus perdana yang lain.
  2. Tetapkan pendirian dan mengundi atas dasar kebaikan sejagat, bukan sebab kroni atau rasuah @ "projek mee segera".
  3. Jauhi diri dari konsep "i help you, you help me".
  4. Semasa mendaftar (pertama kali), sila bertanya kepada pegawai berkenaan mengenai kemusykilan anda seperti sama ada adakah anda boleh atau sempat untuk mengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan