5 petua utama menjaga hak kerahsiaan peribadi di Facebook


 

Assalamualaikum.....

Facebook atau bak kata Najwa Latif "muka buku" menjadi fenomena yang amat luar biasa.  Hampir setiap orang akan ada sekurang-kurangnya satu akaun rangkaian sosial berkenaan.  Tiada mendagtar akaun facebook seolah-olah ketinggalan zaman, laksana fenomena pemilikkan telefon mudah alih (hand phone).

Namun dalam keghairahan rakyat menggunakan rangkaian sosial tersebut untuk pelbagai tujuan termasuklah menyebarkan fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain dengan gambar dan cerita rekaan, tahukah anda bahawa setiap apa yang telah, sedang dan akan ditaip dan di "post" ke "wall" mahupun ada sahaja yang anda simpan di profile dan album, pastinya akan terkait sama isu keselamatan indentiti dan maklumat peribadi anda.  Setiap pengguna perlu sedar hak kerahsiaan mereka dan perlu mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan anda terkena gangguan emosi.

Berikut adalah lima petua utama menjaga hak kerahsiaan peribadi di Facebook, iaitu :

1. Menghadkan perkongsian hanya pada rakan

Jika anda berkongsi maklumat pada rakan anda dan juga kepada kawan kepada rakan anda itu, anda mendedahkan maklumat anda kepada purata 150,000 orang. Apabila data anda adalah dibuka kepada orang ramai, ia boleh berlaku apa sahaja sama ada yang anda ingini mahupun tidak, melainkan data tersebut sememangnya memerlukan penyebaran maklumat awam seperti bisnes online anda mahupun penyebaran ilmu yang bermanfaat.

2. Jangan Biarkan Rakan Anda Kongsi Maklumat Anda

Ada maklumat peribadi yang tidak perlu anda benarkan rakan anda mengongsikannya kepada pihak lain.  Kemungkinan ada pihak membeli atau menyalin maklumat ini bagi tujuan jenayah berorientasikan keuntungan amatlah tinggi kerana seringkali terjadi pemalsuan indentiti. 

Anda juga perlu berhati-hati pada aplikasi di facebook yang biasanya meminta alamat e-mel anda, maklumat profil anda, pendidikan, sejarah, lokasi dan sejarah kerja, dan maklumat profil rakan anda, termasuk sejarah pendidikan, lokasi dan sejarah kerja mereka.  Pihak ketiga yang menyediakan aplikasi ini bila-bila masa boleh menyalahgunakan info yang diperolehi dan mereka juga dapat mengakses walaupun tanpa kebenaran dari pemilik akaun facebook yang memasang aplikasi tersebut dalam akaun mereka.

3.  Ambil berat terhadap apa yang di "tag"

Tidak seperti Google +, yang meminta pengguna jika mereka ingin pengesahan wajah diaktifkan pada gambar, Facebook menawarkan "cadangan tag." Ini bermakna apabila gambar yang kelihatan seperti anda naik kepada rangkaian, Facebook menunjukkan senarai penambahan tag.  Tetapi dengan fungsi seperti ini, anda terdedah kepada "spam tag" yang berkemungkinan anda akan ditag dengan gambar atau maklumat yang tidak anda ingini.  Ini boleh menimbulkan keserabutan pada status dan mengganggu ketenteraman anda. Anda boleh menutup fungsi ini sekiranya anda rasa terganggu dengannya.

4. Menghadkan pembaca untuk artikel masa lalu

Kemungkinan ada coretan anda pada masa yang lalu menjadi sesuatu yang penting atau sensitif pada masa kini dan berkemungkinan juga fakta yang dinyatakan telah berubah mengikut peredaran masa atau peristiwa yang berlaku.  Keadaan seperti ini menyebabkan sesetengah hasil penulisan anda itu tidak sesuai dibaca oleh sesetengah rakan facebook anda. Oleh itu amat penting untuk anda menghadkan kebolehcapaian rakan-rakan anda terhadap hasil penulisan anda pada masa lalu terutamanya bagi tujuan keselamatan dan kerahsiaan peribadi.

5. Hadkan carian "subscriber" anda

Adakah anda ingin maklumat profile anda seperti satu ruangan komuniti atau dihadkan kepada yang berkaitan dengan aktiviti anda sahaja seperti pelanggan pada perniagaan anda?. Sebenarnya mematikan fungsi pilihan "langgan awam" akan membantu anda menghadapi individu yang tidak dikenali yang mungkin menyalahgunakan fungsi ini dan mendatangkan masalah kepada anda.

Melainkan jika anda mematikan "Subscriber Search", ia akan menghadkan pada catatan awam atau umum  anda sahaja, sama ada anda kenal atau tidak mereka itu. Ini bermakna bahawa hanya "timeline" awam anda akan muncul dalam keputusan enjin carian dan bukan keseluruhan maklumat anda.

Keputusan perlawanan persahabatan bola sepak : Malaysia - Sri Langka 28 April 2012

Perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia bertemu dengan Sri Lanka ini dikatakan perlawanan persahabatan antarabangsa ‘kelas A’ setelah beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan yang hanya bertaraf kelab, namun terdapat perkabaran yang mengatakan Sri Lanka hanya diwakili oleh pemain berusia bawah 21 tahun.

Ianya diadakah di Stadium Shah Alam bermula jam 8.30 malam dan boleh menyaksikan Siaran Langsung Malaysia dan Sri Lanka 28 April 2012 menerusi saluran ASTRO ARENA 801

KEPUTUSAN SEMASA

MALAYSIA     [6]     -     [0]     SRI LANKA

Separuh masa pertama

 
Gol pertama dan ke dua

Separuh masa kedua

 
Gol ke tiga


 
Gol ke empat

 
 
Gol ke lima

 
 
Gol ke enam

Perkara yang dituntut dalam Bersih 3.0

 

Assalamualaikum...

Media cetak dan elektronik dalam arus perdana sering kali tidak melaporkan berita yang sebenar dan kerap kali bersikap berat sebelah.  Adakalanya sengaja menimbulkan provokasi bagi kepentingan puak-puak tertentu, lebih-lebih lagi jika menghampiri musim pilihanraya kecil atau umum.  Terdapat juga blogger yang diupah untuk melancarkan "perang saraf" serta memburuk-burukkan pihak lain yang berlainan pandangan.  

Blogger yang tidak beradab dan "kurang belajar" seperti ini dapat dikenalpasti dengan ciri-ciri seperti berikut :

-menulis dengan kata-kata kesat, lucah dan kurang hajar.
-memutarbelitkan fakta dan merujuk cerita hanya pada sebelah pihak sahaja.
-mengedit gambar untuk memalukan dan menjatuhkan maruah orang lain.

Dalam bulan ini, isu Perhimpunan Bersih 3.0 : Duduk dan Bantah menjadi hangat seperti bertih jagung yang baru masak. Pelbagai cerita yang disebarkan di televisyen dan surat khabar.  Dalam dunia blog pula pada hari ini, kata kunci "bersih 3.0" menjadi "keywords" terlaris. Cerita negatif lebih ditonjolkan dari cerita yang sebenar.

Berikut adalah perihal yang diperjuangkan dan dituntut oleh Bersih 3.0 :

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media yang bebas dan adil
-Masa kempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

Berita yang sebenar ditutup, sebaliknya provokasi yang cuba diwujudkan.  Kita perlu bersikap lebih terbuka dan membaca serta mendengar berita dari pelbagai pihak.  Semua yang diminta dalam Bersih adalah perkara asas dalam menjalankan negara yang demokrasi.  

Tetapi kita perlu berhati-hati, ada pihak mungkin akan mengupah orang untuk berpura-pura menjadi sebahagian dari peserta Bersih 3.0 dan sengaja buat kekacauan atau perkara-perkara buruk agar peserta dan penganjur Bersih 3.0 dikutuk dan dipandang serong oleh orang lain.

Segala masalah seperti ini tidak adakan ada seandainya dari awal, pemimpin yang memegang kuasa pemerintahan menggunakan sepenuhnya undang-undang dari Islam dan  bukannya undang-undang yang diwariskan oleh penjajah dahulu.

Dipaksa menjadi follower oleh blogger pendesak

 

 Ayat pertama dari blogger yang dimaksudkan oklah juga, masih boleh diterima, tetapi ayat yang kedua darinya itu menimbulkan provokasi. Walauapapun alasan, hati-hati bila berbicara, menulis atau menaip. Kalau ada yang menyuruh saya "think positif", maka sebelum itu sepatutnya si pelaku patut fikirkan dengan berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang "statement"


Assalamualaikum...

"Perlukah kita dipaksa bersedekah setelah orang lain bersedekah pada kita?
Perlukah kita dipaksa beli barang setelah orang lain beli barang dari kita?
Di manakah keikhlasan dalam "mengikuti" atau mendaftar dalam senarai blog seseorang andainya hanya mengharapkan balasan (mendesak) yang sama?...."

**kata-kata di atas bolehlah dianggap sajak spontan....


Apabila anda membuat blog, selain dari mengharapkan artikel anda dibaca, dikomen dan menjadi sebutan ramai, pasti tersemat di dalam fikiran untuk mengharapkan blog anda diikuti oleh para pembaca dalam erti kata lain menjadi "follower" anda.  Namun sukakah anda jika anda didesak atau dipaksa menjadi follower sesuatu blog?

Seperti pada mesej dalam kotak jalur merah pada gambar di atas, tak sampai sehari, saya telah menerima mesej kedua dari blogger yang menggunakan nama samaran "Jie" yang menunjukkan seolah-olah saya ini seorang yang tidak prihatin dan tidak jujur.  Saya yang blogwalking terlebih dahulu pada blog beliau sebelum tuan punya blog itu datang ke blog saya. Apakah beliau tidak menghargai saya ini yang telah memberi trafik percuma padanya?.

Perlu sangat-sangat dijelaskan di sini bahawa saya tidak menganjurkan apa-apa segmen khas untuk mengajak pembaca atau pengunjung blog ini agar menjadi follower.  Saya juga tidak berjanji apa-apa semasa melawat blog orang lain. Malah sepanjang saya berblog dari tahun 2008 hingga kini, saya tidak pernah menyuruh orang lain menjadi follower saya.  Anda bebas pada bila-bila masa menjadi follower blog ini, tiada paksaan.  Saya pernah juga menjadi follower blog orang lain tetapi orang itu tidakpun menjadi follower blog saya namun saya tidakpun menghantar mesej untuk memaklumkan "ketidakjujuran" seperti yang dimaksudkan oleh blogger Jie itu.

Jika apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan atau masih belum berlaku seperti yang dihajati..., JANGAN lah terlalu cepat buat kesimpulan andai orang lain tidak menjadi follower dalam jangkamasa terdekat... Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab yang nyata. Kemungkinan seseorang blogger itu tidak perasan followernya bertambah, tidak online, sibuk dengan kerja atau lain-lain alasan yang unik.

Jangan jadi seperti jurujual yang memaksa orang lain beli barang... ini menimbulkan rasa tidak selesa walaupun barang itu mungkin berkualiti tinggi dan baik. Jika anda tidak ikhlas dan mendesak orang lain untuk menjadi follower ini boleh mematikan hasrat orang lain untuk buat hal yang sama... 

 
Buat pemilik blog "Let's we make a story", 
artikel ini secara tak langsung mempromosikan blog anda, 
saya siap bubuh alamat blog anda pada imej di atas.... 
Tak cukup baik lagi ke cik adik oii?

Destinasi Pelancongan : Air Terjun Gunung Ledang / Air Terjun Asahan

 


Assalamualaikum...

Sudah berapa lama anda tidak mandi atau berkelah di air terjun?. Disebabkan airnya berpunca dari sumber asli dari bukit, maka airnya begitu dingin dan sangat menyegarkan tubuh badan yang lesu.  Kali ini saya ingin mempertonjolkan kawasan air terjun yang melibatkan dua negeri di selatan Semenanjung Malaysia iaitu di Johor dan Melaka.

Air Terjun Gunung Ledang atau adakalanya dipanggil Air Terjun Asahan merupakan destinasi yang bersejarah (dikaitkan dengan lagenda Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang) dan sesuai dikunjungi oleh pencinta alam buana.  Mata airnya yang berpunca dari Gunung Ledang yang berada di dalam kawasan daerah Ledang, negeri Johor.  Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Maka atas faktor geografi, air terjun ini dikongsi oleh dua buah negeri.

Air Terjun Gunung Ledang / Air Terjun Asahan merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk semua golongan. Kawasan riadah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk tempat penginapan. Antara tarikan utama pusat rekreasi ini adalah sungai-sungai dan air terjunnya yang nyaman dan menyegarkan. 

Di kawasan peliharaan ini, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mandi-manda, "bird watching", seminar dan kem motivasi. Disamping menjalankan aktiviti, para pengunjung juga berkesempatan melihat pelbagai jenis dan spesis flora dan fauna antaranya orkid hutan dan periuk api hutan yang pastinya cantik dan menarik.




Nak tahu lokasi dan alamat ke sini...?  Google maps kan ada... :-)

Sesuatu yang dinginkan dan hakikat yang dilupakan

Salam sejahtera.....
Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah.
Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya."

Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang mulia.  Hati yang mulia dalam erti kata yang sebenar akan meninggalkan dunia yang sia-sia, bersederhana dalam hidup serta bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT...
"Ketika kita ingin hidup KAYA, kita lupa bahawa HIDUP adalah KEKAYAAN.

Ketika kita takut MEMBERI, kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah PEMBERIAN.

Ketika kita ingin jadi yang TERKUAT, kita lupa bahwa dalam KELEMAHAN... Allah SWT memberi kita KEKUATAN.

Ketika kita takut RUGI, kita lupa bahawa HIDUP KITA adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika kita MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Ada kalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK, tetaplah Berusaha menjadi lebih baik, Kerana semuanya akan menjadi indah bila tiba waktunya
..."

Keputusan bola sepak AFC Cup 25 April 2012 : Terengganu - Song Lam Nghe An (Kumpulan F)

 

Ini merupakan perlawanan ke lima kumpulan F, AFC Cup 2012 antara wakil Malaysia iaitu Terengganu bertemu dengan wakil dari negara Vietnam, Song Lam Nghe An.

KEPUTUSAN AKHIR

TERENGGANU  6  -  2  SONG LAM NGHE AN

Terengganu menjaringkan gol pada minit 6, 12, 34, 37, 72 dan 88.  Manakala Song Lam Nghe An hanya mampu membalas dengan dua jaringan iaitu pada minit ke 28 dan 83.

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis



Assalamualaikum...

Ramai yang mengatakan bahawa sambal adalah pembuka selera tak kiralah apa jua jenis sambal.  Jika kena dengan gaya masaknya serta dimakan bersama dengan ulam segar, pasti berpinggan-pinggan nasi ditambah, sangat menyelerakan.

Resepi sambal yang saya kongsi pada hari ini adalah menggunakan ikan bilis.  Ianya adalah satu resepi ringkas dan mudah disediakan, amat sesuai untuk orang bujang ataupun pelajar-pelajar institut pengajian tinggi.  Kemahiran memasak makanan seperti ini penting bukan sahaja untuk orang bujang atau golongan pelajar, malah sebelum seseorang ingin berkahwin.  Paling tidakpun berasaplah juga dapur tu...


Bahan-bahan resepi :

100 gram, kurang atau lebih ikan bilis halus / sederhana (dibasuh dan ditoskan)
10 tangkai cili kering (tambah jika nak pedas - dikisar)
1 labu bawang besar (dipotong membulat)

4 biji bawang merah (dikisar)

4 biji bawang putih (dikisar
)
sedikit air asam jawa (
jumlah mengikut citarasa masing-masing)
garam dan gula (secukup rasa)


Cara penyediaan :

-Sediakan kuali kecil atau sederhana besar. Panaskan 3 atau 4 sudu besar minyak masak dengan api yang sederhana dan goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan.

-Tumis bahan-bahan kisar dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng ikan bilis tadi sehingga terbit aroma (tumis lebih lama dengan api kecil supaya cili benar-benar masak dan tidak tengit).

-Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dalam kuali.

-Sebagai pilihan, boleh juga dicampurkan dengan petai, kacang tanah atau tempe goreng. Nak campurkan semua pun boleh je, asalkan perut masing-masing boleh terima.

-Jika inginkan sambal basah, lebihkan sedikit air suam (bermasak/bertapis) semasa memasukkan air asam jawa.

-Lain sungai lain buaya, lain orang lain cara masaknya.... Harap para pengunjung faham ye...


*p/s : jika cukup bahan di dapur, saya suka memasak sambal udang  :-)

Keputusan bola sepak AFC Cup (Kelantan - Navibank Sai Gon) : 24 April 2012


Perlawanan ini merupakan perlawanan ke lima Kumpulan H antara Kelantan yang bertemu dengan wakil dari negara Vietnam iaitu Navibank Sai Gon di Stadium Thong Nhat.  Perlawanan bermula pada pukul 7.00 malam waktu Malaysia.

Kelantan mula meraih gol dalam separuh masa kedua.  Gol pertama dijaringkan pada minit ke 80 oleh Indra Putra Mahyuddin melalui sepakan percuma. Gandingan Mohammed Ghaddar dan Nurshahrul Idlan Talaha yang dimasukan pada separuh masa kedua perlawanan memperlihatkan hasil yang baik. Mohammed Ghaddar dengan lincah "membelah" pertahanan Navibank Sai Gon di sebelah kanan gawang gol setelah mendapat bola dari hantaran Nurshahrul Idlan Talaha dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 83, sekaligus gol kedua dan kemenangan untuk negeri Kelantan.

Keputusan perlawanan lain dalam Kumpulan H ini ialah antara Ayeyawady yang mewakili negara Myanmar dan Arema mewakili negara Indonesia.  Arema berjaya mencapai kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan ini, menewaskan lawan dengan jaring 3 berbalas 0.

 KEPUTUSAN AKHIR

NAVIBANK SAI GON  1   -   2  KELANTAN

Destinasi Pelancongan : Pantai Remis Kuala Selangor, Selangor

 
Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20 kilometer arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sungai Sembilang, Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi " eko-pelancongan" yang semakin di gemari oleh pelancong.

Para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut selain menjalankan aktiviti seperti :

a. Beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan.
b. Bermain layang-layang atau mengemudi perahu layar
c. Mencari hidupan laut seperti ikan, pari, sotong, kerang, ala-ala dan mentarang.
d. Aktiviti memancing
e.Sukan air dan pantai

Pengunjung dapat membeli belah disekitar kawasan pantai kerana terdapat beberapa usahawan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kraftangan, buah-buahan, sayur-sayuran, hasil tangkapan dari laut, makanan serta minuman.

Di sini juga lokasi yang cantik untuk melihat matahari terbenam sambil menenangkan fikiran, juga sesuai untuk mereka yang minat dalam bidang lukisan untuk melukiskan keindahan alam.

Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA 2012 : separuh akhir pertama

 

Debaran penyokong empat pasukan bola sepak kian memuncak dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala FA 2012, yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kelantan dan Terengganu menjadi tuan rumah melayan kunjungan Kedah serta Sime Darby.

Separuh Akhir Pertama


KEPUTUSAN AKHIR


Kelantan  1  -  1  Kedah
**yang jadi isu :-
-dua kad merah : satu untuk pemain Kelantan dan Kedah.
-masa tambahan 8 minit diberikan pengadil


Terengganu  1  -  2  Sime Darby
**yang jadi isu :-
 -penyokong Terengganu berhimpun diluar stadium selepas tamat perlawanan

Video kreatif sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2012 : Kelantan - Kedah

 
Gaduh disebabkan "nasik" (potato rice crisp)
Assalamualaikum.....

Pastinya pada malam ini, debaran penyokong pasukan bola sepak Kelantan dan Kedah kian memuncak dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV, pada pukul 8.45 malam. TV1 menyiarkan perlawanan ini secara langsung.  Perlawanan lain iaitu antara Terengganu bertemu dengan Sime Darby di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.  Astro saluran 801 menyiarkan secara langsung perlawanan ini.

Maka sempena perlawanan berkenaan, segelintir peminat bola sepak tempatan yang dikatakan dari UiTM telah membuat video kreatif ini dan telah dimuat-naik ke laman web Youtube.  Ia menceritakan mengenai dua penyokong dari pasukan berbeza yang berselisih faham mengenai istilah "nasi" (potato rice crisp ). kemudian didamaikan dan disatukan semula oleh penyokong yang "neutral".  

Jika diamati lirik pada lagu yang ada dalam video ini, mereka menasihatkan kepada penyokong-penyokong pasukan bola sepak berlainanan bahawa yang berbeza hanyalah warna jersi baju.  Yang penting kita adalah semangat kesukanan rakyat Malaysia dan belajarlah untuk memahami adat pertandingan yang menentukan kalah dan menang.


Kepelbagaian makanan tradisional negeri Kelantan

Salam sejahtera.....

Ada ketikanya kita akan teringin untuk menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, seperti makanan dari negeri Kelantan. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai kesinambungan budaya yang agak unik.

Gabungan kaum Melayu, Cina, India serta masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.

Mungkin ada yang akan tertawa atau berkerut dahi apabila mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Ada juga beberapa jenis makanan ini mempunyai persamaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Benarlah seperti lagu nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid yang bertajuk "Makan".  Yang pelik dan unik itulah yang menjadi faktor pelaris untuk orang ramai berkunjung ke sesuatu tempat.

Fairuz Selamat (bekas vokalis Q-Face & Antz) menyanyi semula lagu Terukir Di Bintang

 

Assalamualaikum.....

Fairuz Selamat adalah seorang artis muda berbakat yang tidak "sengau" suaranya pada zaman awal beliau popular menjadi artis nyanyian.  Fairuz menjadi artis sejak zaman  sekolah menengah dengan kumpulan Q-Face yang terkenal dengan lagu seperti "Cinta Tak Sehaluan" dan "Izinkanlah".  Selepas pembubaran kumpulan Q-Face, beliau menjadi vokalis kumpulan Antz yang masih mengekalkan "genre" lagu yang sama.

Kini beliau mempunyai pekerjaan selain dari bidang hiburan dan kadangkala ada juga melibatkan diri dalam aktiviti seni suara sekiranya mendapat jemputan dari pihak-pihak tertentu.  Paling tidakpun jika dah kemaruk sangat nak menyanyi, beliau akan berkaraoke dengan kawan-kawannya.

Anda pasti dah tahu lagu Yuna yang sedang popular iaitu Terukir Di Bintang.  Fairuz Selamat yang agak aktif membuat "cover" lagu artis-artis lain juga menyanyikan lagu Yuna berkenaan dengan lenggok suara beliau sendiri.  

Berikut adalah komen Fairuz setelah saya memberi komen di Youtube Channel beliau :

"wsalam.. eheheh suke ur comment..sb tu fairuz akan bawak lagu dengan kesesuaian kebolehan dan mood kita.. yuna dah ade cara dia.. kalau ikot muzik lgu ni.. genre dia.. emmang ala2... zaman2 saloma.. mcm bila larut malam.. lgu2 mcm tu.. sb tu fairuz letakkan lenggok2 klasik.. just to put in my taste into it.. apepun pandangan akan fairuz amik sbgai panduan..

tolong bgtau yuna leh? ehehe....."

Bawah ini adalah video dari Youtube Fairuz :

Lirik lagu : Slash - Hati Kian Terluka (video clip disertakan)

 

 


Mampukah kita bertemu
Menyambung ikatan terlerai
Mengubah sebuah rindu
Yang kian terbiar sepi

Sedangkan di jiwa ini
Dibohongi kesangsian
Yang membunuh keyakinan
Antara engkau dan aku

Bertemu lagi mampukah kita
Menghulur lalu sambut kemesraan
Menghiris hatiku yang terluka
Menghembus titisan embun kasih

Pada harapan nan kegersangan
Sedangkan kita terlalu jauh
Dipisahkan oleh kebencian
Terpisah oleh kemarau kasih

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

Bertemu lagi mampukah kita
Menghulur lalu sambut kemesraan
Menghiris hatiku yang terluka
Menghembus titisan embun kasih

Pada harapan nan kegersangan
Sedangkan kita terlalu jauh
Dipisahkan oleh kebencian
Terpisah oleh kemarau kasih

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

Perlawanan Liga Super Malaysia : 14 April 2012


Perlawanan Liga Super antara Kedah -Sarawak dan Kuala Lumpur - Felda United telah berlangsung semalam (13 April 2012) dengan keputusan Kedah 0 - 2 Sarawak dan Kuala Lumpur 0 - 4 Felda United.

Perlawanan Liga Super pada malam ini membabitkan sepuluh pasukan dalam lima perlawanan.  Perlawanan antara Sabah dan Perak dijadualkan berlangsung pada pukul 8.15 malam.  Lain-lain perlawanan berlangsung pada pukul 8.45 malam.

 KEPUTUSAN AKHIR

PKNS FC 1 - 0 Lion XII 
(Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya)

Kelantan 1 - 1 PBDKT/T-team 
(Stadium Sultan Muhammad IV, KB)

Sabah 1- 3 Perak
(Stadium Likas, Kota Kinabalu)

Terengganu 1 - 0 Negeri Sembilan  
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)

Johor FC 1 - 1 Selangor  
(Stadium JCorp Pasir Gudang, JB)

Cadangan Zack Rahim (pengurus Safee Sali) pada hala tuju bola sepak Malaysia

 

Assalamualaikum...

Zack Rahim atau nama sebenar ialah Zakaria Abd. Rahim merupakan pengurus kepada penyerang skuad Harimau Malaya dan Pelita Jaya Kerawang FC iaitu Safee Sali.  Setakat ini beliau telah melaksanakan tugasnya dengan amanah dan baik.  Beliau juga mempunyai pandangan yang kristis dan adakalanya berbeza dari mereka yang berada dalam kancah bola sepak Malaysia.

Di dalam laman web sosial Facebook, beliau ada berkongsi pandangan terhadap cadangan meningkatkan mutu dan pencapaian skuad bola sepak Malaysia, bermula dari sekarang hinggalah ke sasaran bola sepak Malaysia berjaya menjejaki pentas Piala Dunia.  Ikuti pandangan beliau di bawah ini :-
"Piala Dunia FIFA adalah pertandingan bolasepak yg menjadi impian semua pemain dan pasukan bolasepak utk berada dan bermain disana. Tidak ada satupun pemain bola atau negara yg tidak impikan utk duduk dlm kelompok pasukan elit dunia itu. Msia tak terkecuali dan itu juga harapan peminat dan seluruh rakyat Msia. Tetapi sejarah bolasepak kita belum lagi tercatat kejayaan itu. Paling tinggi kita 2 kali berjaya layak ke Sukan Olimpik dan ketika itu kelayakannya adalah terbuka, bukan khusus utk pasukan bwh 23 spt skrg. Utk realisasikan impian seluruh rakyat Msia, FAM harus punya perancangan jangkamasa panjang, malah lebih panjang dan besar dari program Piala Dunia Remaja 1997.

Sy cadangkan Msia sasarkan satu projek utk ke Piala Dunia 2022 di Qatar nanti. Projek ini perlu bermula dari skrg dgn mengumpul 30 pemain ramaja umur 14 - 16 thn dan mrk bermain di luar Msia. Ini adalah projek 10 thn dgn peruntukan tidak kurang RM10 juta utk tempuh 10 thn. (Jepun memperuntukkan RM16 juta USD utk persiapkan pasukannya.) Pemain ini akan berusia 22 - 24 thn semasa peringkat kelayakan nnt dan 24 - 26 thn bila layak dan ini adalah umur matang bg pemain bola.


Boleh dinamakan sbg Projek Harimau 22! Insyallah, jika semua pihak bersungguh2, tiada apa yg dpt menyekat dan ranking Msia pasti akan berada dlm kelompok best 100 FIFA dan kita akan saksikan pemain2 Msia beraksi di liga2 ternama dunia slps 2022 nanti, insyallah. Sy sedia kerahkan tenaga dan masa sy demi negara tercinta jika diperlukan. Sekadar mencadangkan, wallahualam!
..."
Zack Rahim - Pengurus Safee Sali

Isu Tan Sri Annuar Musa : ada agenda politik? Menguji populariti?


Isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun enam bulan oleh Jawatankuasa Displin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kini dilihat sebagai isu panas terkini dalam arena bola sepak Malaysia.  FAM dicemuh lantaran keputusan yang diambil itu dilihat oleh peminat bola sepak Malaysia khususnya pasukan bola sepak negeri Kelantan sebagai sesuatu yang tidak adil dan kejam.

Persoalannya, mengapakah orang ketiga terpenting di dalam FAM iaitu Annuar Musa boleh mengeluarkan komen yang boleh menjerat dirinya ketika ditemubual oleh wartawan?.  Apakah teguran mengenai prestasi semasa pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya / Harimau Muda) tidak mampu dibawa oleh beliau ke dalam mesyuarat jawatankuasa FAM? Ataupun ianya tidak dipedulikan oleh orang-orang tertentu dalam mesyuarat itu?.

Saya cuba untuk membuka fikiran dalam isu ini pada sudut pandangan yang berbeza agar olahan terhadap pro dan kontra isu ini menjadi seimbang.

Kenyataan di bawah ini saya ambil dari blog (Aku Bekas Player) seorang bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili Malaysia ketika pusingan kelayakkan Olimpik Atlanta 1995 :

Aku Bekas Player 

(klik perkataan di atas untuk ke blog yang dimaksudkan)

Sudah pasti dengan kenyataannya secara terbuka menyentuh credibility seorang jurulatih yang telah berjaya membawa kepada satu fenomena baru dalam arena bola sepak Tanah Air sehingga berjaya menarik minat semua kaum untuk memakai jersi Harimau Malaya. 

Aku tidak faham kenapa seorang yang mempunyai jawatan tertinggi di dalam FAM sendiri mengkritik pasukan Kebangsaan, yang pada pandangannya tidak mampu untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF hujung tahun ini. Sedangkan Anuar boleh membawa agenda itu di dalam meeting jawatankuasa FAM.

"Inilah kalau orang politik memegang jawatan dalam persatuan sukan yang tidak memahami pasal sukan". Biasalah kalau orang politik memang suka buat kontroversi bagi meletakkan dirinya di depan dan menguji pengaruhnya serta popularitinya!!! 

Apakah sebenarnya agenda yang ada dalam kepala Anuar Musa?. Kenapa semasa dia memegang jawatan Menteri Sukan dahulu tidak membuat sesuatu?  Mungkin ketika itu berada di puncak kerjaya… Sekarang gunakan plarform sukan popular tanah air untuk membina kekuatan politiknya semula.

“Tepuk Dada Tanya Selera”

Aku berharap kita semua perlu memberi sokongan moral kepada semua pemain2 dan pegawai2 skuad Kebangsaan. Memanglah mereka tidak bermain pada tahap sebenar ketika ini. Kita perlu ambil kira juga Liga Malaysia yang sedang berlangsung sekarang.

Pemain2 ini perlu memikirkan dan memberi “FOKUS” kepada majikan mereka. Kalau majikan mereka kecundang , Siapa pula yang akan menjamin masa depan mereka?. Sepatutnya Anuar perlu memikirkan bagaimana untuk membentuk satu program pembangunan untuk generasi akan datang dan masa depan pemain2 bola sepak tempatan. Sudah2 lah dengan membuat kontroversi dan  “Cukup2 lah cari milage sendiri…”

Destinasi Pelancongan : Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

 

Salam sejahtera.....

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.

Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.  Kerajaan negeri menukarkan nama asal pantai ini atas sebab maksud "cinta berahi" yang kurang sesuai untuk fahaman umum.

Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu.

Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.

Gempa bumi di Aceh, Indonesia : 11 April 2012



Tsunami setinggi 17 sentimeter dilaporkan di Lautan Hindi dan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas satu gempa bumi melanda luar pantai Sumatera, hari ini dalam jaraknya sekitar 510 kilometer di sebelah barat daya Aceh.

Ekoran gempa bumi kuat berukuran antara 8.5 hingga 8.9 pada skala Richter itu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia turut merasai gegaran .  Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.



Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku. Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Presiden Indonesia iaitu Susilo Bambang Yudhoyono sudah memerintahkan Kepala Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) Syamsul Ma'arif untuk segera melawat ke Aceh, dalam memastikan situasi semasa kawasan Aceh dan sekitarnya.

Lirik lagu dan video klip : Hatimu Milikku - Nera




Hatimu Milikku

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku (ini)
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini


**p/s :
 pastinya lagu yang saya pilih ada kaitan dengan pengalaman saya sendiri :'-(

Keputusan perlawanan bola sepak AFC Cup (wakil Malaysia) : 10 April 2012

 

 Keputusan Piala AFC
10 April 2012

Kumpulan H :-

Arema (minit 35 - Chmelo) 1 - 3 (minit 16, 60 - Ghaddar, 87 - Ramli) Kelantan

Kumpulan F :- 

Terengganu 0 - 2 (minit 37, 90 - Duric) Tampines

Jadual Liga Super bulan April 2012

 

Jadual baki perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia untuk bulan April 2012


10 April 2012 (Selasa)
Lion XII & Perak - Stadium Jalan Besar, Singapura

13 April 2012 (Jumaat)
Kedah & Sarawak - Stadium Darul Aman, Alor Setar 

14 April 2012 (Sabtu)
PKNS FC & Lion XII - Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
Kelantan & PBDKT/T-team - Stadium Sultan Muhammad IV, KB
Kuala Lumpur & Felda United - Stadium Hang Jebat, Melaka
Sabah & Perak - Stadium Likas, Kota Kinabalu
Terengganu & Negeri Sembilan - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Johor FC & Selangor - Stadium JCorp Pasir Gudang, JB

17 April 2012 (Selasa)
Selangor & Johor FC - Stadium Shah Alam, Selangor
Negeri Sembilan & Terengganu - Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi
Perak & Sabah - Stadium Perak, Ipoh
Felda United & Kuala Lumpur - Stadium Hang Jebat, Melaka
Sarawak & Kedah - Stadium Negeri Sarawak, Kuching
PBDKT/T-team & Kelantan - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Lion XII & PKNS FC - Stadium Jalan Besar, Singapura

Sejarah Kampung Tanjung Rimau Dalam


Assalamualaikum.....

Saya telah tinggal di kampung ini sejak dalam bedung lagi.  Kampung Tanjung Rimau Dalam ini berada di tengah-tengah laluan utama dari daerah Alor Gajah ke daerah Tampin, Negeri Sembilan. Walaupun saya dilahirkan di Muar, Johor, namun jiwa "kemelakaan" itu sudah sebati dalam diri. Kampung ini merupakan kampung keluarga sebelah ayah saya. Jika di kampung, saya lebih dikenali sebagai "cucu arwah cikgu Manaf".

Uniknya ketika zaman persekolahan, saya memiliki profil peribadi yang jarang dimiliki oleh seseorang.  Dilahirkan di Johor (Hospital Daerah Muar), tinggal di Melaka (Kampung Tanjung Rimau Dalam) dan bersekolah di Negeri Sembilan (Sekolah Kebangsaan Tampin & Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin).

Disebabkan nama kampung yang unik, maka beberapa syarikat produksi filem memilih kampung ini sebagai salah satu lokasi penggambaran drama.  Antara yang paling popular ialah drama "Pendekar Tanjung Rimau" dan beberapa lagi drama yang saya tidak ingat tajuknya.  Kebanyakkan drama berkenaan disiarkan di TV1.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sejarah mengenai asal usul nama Kampung Tanjung Rimau Dalam ini.  Terdapat dua versi cerita yang disampai dari generasi ke generasi iaitu :

Versi pertama :

Nama Tanjung Rimau diberi apabila wujudnya seekor harimau jadian di kampung ini. Diceritakan bahawa harimau ini sering muncul apabila berlakunya kesusahan yang dialami penduduk kampung ini. Binatang ini akan membantu penduduk kampung jika berlakui kejadian seperti dirompak, diganggu oleh kedatangan pihak musuh.

Versi kedua :

Suatu ketika dahulu, sekumpulan orang yang berketurunan raja yang diketuai oleh Panglima Hitam lari melalui sungai dan berehat seketika di sebuah tanjung. Apabila beliau naik sahaja ke daratan (ke tanjung tersebut), beliau amat terkejut apabila mendapati seekor harimau bermata satu sedang duduk di busut.

Beliau segera mengarahkan anak buahnya supaya pergi jauh dari harimau tersebut. Setelah beliau berehat seketika (di bawah pohon chenai) beliau mendapati tempat itu amat menarik perhatiannya. Sesuai sekali untuk manusia tinggal dan melaksanakan aktiviti pertanian.

Panglima Hitam terus mengambil keputusan untuk tinggal disitu dan menamakan tempat itu Tanjung Harimau. Tahun berganti tahun, hari berganti hari, nama harimau yang menjadi mitos ini telah dipendekkan namanya menjadi Tanjung Rimau.

Demi memberi penghormatan pada Panglima Hitam, 
salah satu surau di kampung ini diberikan nama Surau Panglima Hitam.

Di dalam kawasan kampung ini terdapat kubur-kubur lama dan ada antaranya mempunyai jenis batu nesan yang tinggi dan tidak bernama serta jenis batu nesan bercorak ukiran dari Aceh.

Selain itu terdapat juga rumah keluarga arwah datuk kepada bekas penyanyi kumpulan nasyid Brothers iaitu Yasin dan rumah pusaka datuk-nenek kepada arwah pelakon Hussin Abu Hassan.

Membentuk laluan kejayaan melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)



Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama Jabatan Pembangunan Kemahiran. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1


Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

   
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3


Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4


Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5


Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran diiktirad oleh industri di Malaysia

Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :
 
Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. 
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh  JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah, iaitu:-
  • Pusat Bertauliah Awam (K)
  • Pusat Bertauliah Swasta (L)
  • Pusat Bertauliah Industri (I)
  • Pusat Bertauliah Persatuan (P)
  • Pusat Bertauliah Ujian Tanpa Musnah (NDT)
Calon boleh merujuk Senarai Pusat Bertauliah di dalam laman web JPK untuk mendapatkan maklumat-maklumat pusat bertauliah dan program-program kemahiran terkini yang ditauliahkan oleh JPK.



**GIATMARA adalah salah satu contoh pusat bertaulihat bagi program ini.  Saya menjadi seorang usahawan adalah melalui GIATMARA Melaka.

Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia : 7 April 2012

 

Enam perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada malam ini dengan menyaksikan Sarawak, Johor FC, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Felda United menjadi tuan rumah bagi melayani Kelantan, Lion XII, Terengganu, Sabah, Kuala Lumpur serta Kedah.

 KEPUTUSAN PENUH
Sarawak 1 - 1 Kelantan
Johor FC 0 - 1 Lions XII
Selangor 6 - 1 Terengganu
Negeri Sembilan 2 - 2 Sabah
Perak 2 - 1 Kuala Lumpur
Felda United 2 - 0 Kedah

Susu penting bagi semua peringkat umur, bukan hanya untuk bayi

 

Assalamualaikum.....

Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan sehingga dewasa. Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. 

Antaranya kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi manusia terutamanya kalsium adalah
berbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.

Sewaktu diperingkat umur yang awal, si kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.

Selain itu kalsium juga membantu dalam mengelakkan osteoporosis di kemudian hari. Kita harus mendapatkan kalsium pada setiap hari kerana tulang kita akan mengalami pembaharuan selain kehilangan sebahagian nutrisi yang hilang dari badan kesan dari aktiviti badan seperti perkumuhan, pernafasan dan pembuangan urin dan tinja.

Pelabelan Makanan
Sewaktu membeli makanan kita jarang sekali melihat kepada label makanan. Label makanan sebenarnya adalah penting dalam mengetahui berapakah jumlah nutrisi makanan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Ini termasuklah jumlah kalsium yang terdapat di dalam makanan tersebut bagi setiap satu hidangan. Untuk itu pastikan anda memeriksa terlebih dahulu jumlah kalsium yang terdapat dalam makanan tersebut agar bersesuaian dengan keperluan harian anda.

Keperluan Buat Ibu Mengandung
Ibu mengandung amat memerlukan kalsium demi perkembangan bayi di dalam kandungannya. Menurut Dr. Ariza Mohamed di dalam bukunya yang bertajuk ‘Soal Jawab Bakal Ibu’, “kalsium adalah penting bagi pembentukan organ bayi di dalam kandungan ibu. Sekiranya keperluan janin tidak dipenuhi maka kalsium dari tulang ibu akan diserap”. Untuk itu, si ibu akan mengalami beberapa gejala akibat kehilangan kalsium. Antaranya:

a. Sakit sendi
b. Tulang rapuh
c. Kaki kejang

Keperluan di hari tua
Semasa peringkat dewasa pula, anda masih perlu minum susu kerana dengan bertambahnya peringkat umur, kalsium dari tulang kita semakin lama semakin terhakis dan ini boleh menyebabkan tulang menjadi semakin rapuh dan mudah retak. Untuk itu pastikan anda mengambil minuman susu dari awal agar anda dapat mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak di ingini kemudian hari.

Sumber lain kalsium
Selain susu dan produk tenusu, terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mampu menyumbang kepada keperluan kalsium. Antaranya seperti:

a. Kekacang : Contoh yang terbaik adalah almond
b. Sayuran : Sayuran hijau seperti bayam, dan brokoli. (Selain menjadi sumber kalsium yang baik, sayuran ini juga mempunyai nilai kalori yang rendah)
c. Buah – buahan : Seperti oren dan kismis
d. Ikan : Seperti sardine dan salmon

Sekiranya anda keliru dalam nilai jumlah kalsium yang seharusnya di ambil dalam pola pemakanan anda, maka anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar pemakanan dalam membantu mengenai perkara ini.

Promosi

Babab.net