Serena Tan : pekerja hotel bajet jaga ibu tua yang ditinggalkan anak

 

Assalamualaikum.....

Pasti sudah ramai yang membaca, melihat dan mendengar berita mengenai seorang ibu tua yang lupuh dan daif ditinggalkan sendirian di sebuah hotel bajet ( Hotel Muda ) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.

Namun dalam artikel ini saya ingin memaparkan satu situasi yang sangat menarik perhatian saya untuk kita ambil ikhtibar dan renungan sebagai seorang penganut agama Islam.  

Saya pada mulanya tidak sanggup untuk menonton video " Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet " di laman web YouTube kerana saya ini seorang yang sangat sensitif.  Sedangkan video kucing yang bernama "Hero", yang kaki depannya kudung akibat dikerat oleh seorang peniaga Cina..., pun saya menangis semasa menontonnya, apatah lagi video ibu tua yang lumpuh dan daif ini. Saya sangat-sangat sedih dan tetap terus menangis walaupun sudah berkali-kali menonton video tersebut.

Sepanjang paparan video yang berdurasi selama 3 minit 56 saat itu, saya selalu ulang "babak" pada durasi 2:52 iaitu apabila pekerja hotel yang bernama Serena Tan menceritakan pada wartawan Harian Metro, dia memujuk ibu tua itu dengan berkata "saya selalu cakap dengan dia.., Allah selalu tak ada tinggal dia punya..., jangan risau".

Kenapa ye.....? Sebabnya ia diucapkan oleh seorang Cina kafir yang mungkin makan babi dan minum arak tetapi masih lagi ada belas ehsan terhadap orang tua itu, masih kenal siapa itu Allah SWT, masih boleh mengakui bahawasanya Allah SWT itu sentiasa ada menjaga hambaNya...., sedangkan anak kepada ibu tua lumpuh dan daif itu sanggup pula meninggalkan ibunya keseorangan di hotel bajet berkenaan.  Seperti yang dikatakan oleh Serena Tan mengenai ibu tua berkenaan, orang tua itu bernasib baik kerana dia berada di tempat yang selamat, mungkin kerana orang tua itu mempunyai hati yang baik dan Tuhan selamatkanya.....

Pasti ada sebab-sebab dan masalah tertentu yang menyebabkan si anak berkelakuan seperti itu, terutamanya yang melibatkan sejarah silapnya namun pada fikiran saya, apapun "salah" yang dilakukan oleh ibu atau ayah kepada anak semasa mereka masih muda, mereka tetap satu-satunya "orang tua" yang melahirkan dan membesarkan kita dan memberi peluang untuk kita hidup.  

Bayangkanlah kalau masa kita dilahirkan, kita dibuang di dalam semak, sungai atau ditinggalkan di mana-mana saja.....?.  Peluang untuk hidup dan membesar walaupun mungkin kurang sempurna, namun ia sudah cukup baik tidak seperti nasib saudara-saudara kita yang dibuang oleh ibu ayah mereka sejak kecil lagi.

Besar macam manapun salah ibu ayah kita di masa silam, maafkanlah mereka kerana kini mereka sudah tua, tak terdaya hidup sendirian serta mereka perlukan perhatian dan penjagaan dari anak-anak. Anak-anak yang menjaga ibu ayah yang uzur sehingga akhir hayat mereka, insya Allah....., syurga pasti menanti untuk menerima kehadiran anak-anak itu.....


** daripada perbualan dalam video berkenaan, ibu tua yang lumpuh dan daif itu berasal dari Kampung Jawa, Pengerang, Johor.....

** Serena Tan seorang Cina kafir yang berhati baik, mempunyai perasaan ehsan dan kasihan pada mereka yang bernasib malang, lebih mulia dari sesetengah orang yang mengaku sebagai orang Islam..... Moga para pekerja Hotel Muda ini mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT untuk menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka... Amin ya Rabbal alamin....

** kepada Serena Tan, saya mengucapkan rasa terima kasih kerana kamu dan para pekerja Hotel Muda tolong menjaga ibu tua itu... Terima kasih sangat-sangat..... 

 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan