Sejarah sukan bola sepak


 Assalamualaikum...

Sejak kebangkitan prestasi pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya atau Harimau Muda, gelombang sokongan di kalangan peminat sukan bola sepak di Malaysia terhadap skuad kebangsaan tampak semakin ketara dan meningkat.  Pelbagai persatuan dan kelab penyokong ditubuhkan sama ada secara rasmi ataupun tidak. 

Persatuan atau kelab penyokong ini kebanyakkannya bermatlamat memberi dimensi baru terhadap cara sokongan diberikan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, tidak kira sama ada ketika mendapat kemenangan mahupun kekalahan, sokongan moral diberikan secara berterusan, tanpa ada cacian mahupun kata-kata kesat (sepatutnya macam tu lah...).  Paling popular dan berjaya mencetuskan fenomena baru bola sepak di Malaysia, setakat ini adalah Ultras Malaya.

Menurut FIFA (badan pentadbiran bola sepak sedunia), permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fรฉdรฉration Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi membantu penyebaran dalam populariti sukan ini ke serata dunia dan berkongsi satu laungan "keramat" yang difahami oleh semua bangsa iaitu "Gol...!!!"

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan