Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

  
 TERENGGANU   1   |  2   Negeri SEMBILAN

 Assalamualaikum...

Walaupun pelbagai pihak "bising-bising" dengan ketidakpuasan hati berkenaan harga tiket yang dinaikkan oleh FAM sehinggakan laman web FAM telah digodam dengan logo asalnya diletakkan gambar babi dan nama penuhnya ditukar kepada "Tuan BolaSepak Malaysia, namun dilihat peminat dan penyokong bola sepak Malaysia khasnya yang menyokong Negeri Sembilan dan Terengganu masih kelihatan ramai memenuhi Stadium Shah Alam yang juga menjadi perbualan dikalangan pemerhati sukan dan peminat lantaran kualiti padang yang dikatakan kurang baik untuk perlawanan akhir Piala Malaysia.

Permulaan permainan memperlihatkan pertahanan Terengganu "bocor" di sana-sini dan Negeri Sembilan hampir-hampir dapat memanfaatkan kesilapan pertahanan Terengganu dengan peluang di awal 10 minit pertama.  Tiada jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan di separuh masa pertama.

Terengganu mula menyerlahkan keyakinan dengan corak permainan pantas dan meyakinkan pada separuh masa kedua dengan menyerang kubu Negeri Sembilan di setiap pelusuk kawasan dan berjaya mendapatkan gol pertama melalui Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke 59.

Atas kesilapan dan kealpaan penjaga gol Terengganu iaitu Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang gagal menangkap bola yang melantun di hadapannya hasil dari pada sepakan jauh pemain Negeri Sembilan iaitu Kunanlan Subramaniam, pasukan Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 81.

Pada minit ke 85, penyerang pasukan Negeri Sembilan kelahiran Terengganu iaitu Hairuddin Omar menjadi "duri dalam daging" pada skuad "peteh Terengganu peteh" dengan berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil dari sepakan "gunting" dicelahan pemain Terengganu dan bola tersebut terkena tiang sebelah kiri gawang Terengganu lalu terus menerjah jaring gol. Dan kegembiraan Hairuddin Omar berganda apabila beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Malaysia edisi ke 33, 2011 ini.




**p/s :  pada pemerhatian saya, budaya penggunaan pancaran "laser hijau" masih lagi ada di kalangan penonton.  Mercun dan "bom asap" juga "memeriahkan" perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini...

Sebab apa burger kelihatan lebih sedap dan besar di iklan tv?


Assalamualaikum....

Pengaruh iklan di media massa dalam kehidupan rakyat amat besar dan kuat kesannya.  Kita didedahkan dengan iklan yang berulang-ulang sama ada disedari atau tidak, tidak kurang dari seribu kali sehari.  Dengan sejumlah berkenaan, terlangsungnya barangan atau jenama yang diiklankan akan mempengaruhi minda bawah sedar manusia.  Kesannya sehinggakan kita membeli atau terbeli barangan yang tidak benar-benar perlu.

Saya suka memperkatakan iklan makanan di televisyen, terutamanya burger.  Keenakkan burger tidak dapat dinafikan, apatah lagi ianya disediakan dalam pakej lengkap seperti sayuran, mayonis, sos cili atau sos tomato, kepingan keju dan tomato serta daging. 

Tetapi perasankah anda ada perbezaan antara yang diiklankan dan yang dibeli..? Yang dibeli lebih kecil daripada yang diiklankan di televisyen.  Kenapa dan bagaimana ini boleh berlaku..?  Di bawah ini saya sediakan video yang menjawab persoalan tersebut....


Ustaz Radzi (bekas vokalis kumpulan Melissa) nyanyi semula lagu "Cinta Untuk Nabi lah"


Assalamualaikum...

Tahukah anda lagu yang bertajuk "Cinta Untuk Nabila" nyanyian kumpulan Melissa?.  Bagi mereka yang melalui zaman kanak-kanak dan remaja mahupun dewasa dalam sekitar tahun 1980-an, pasti lagu ini sering kedengaran di stesyen-stesyen radio dan juga muncul di siaran televisyen.

Namun seperti juga artis-artis atau personaliti hiburan lain yang berhijrah dari dunia hiburan ke arah keagamaan seperti Izam dari kumpulan E.Y.E dan Bob Lokman, Ustaz Radzi  mendapat hidayah dari Allah S.W.T semasa kumpulan Melissa mengadakan satu konsert. Semasa beliau sedang asyik menyampaikan lagu di hadapan ribuan peminat, beliau dalam beberapa ketika seolah-olah diperlihatkan suasana siksaan di Padang Mahsyar. Penghijrahan beliau tidaklah terlalu memeranjatkan kerana sebelum beliau jadi penyanyi, beliau sebenarnya telah mengikuti pendidikan agama Islam di sekolah pondok semasa usia remaja. 

Namun beberapa siri penghijrahan artis rock ke arah keagamaan seperti mengundang rasa kurang senang pada golongan tertentu.  Apabila golongan yang berhijrah ini memberi ucapan dan menyampaikan pengetahuan ilmu agama pada rakyat, mereka akan dikenakan pelbagai sekatan dan tuduhan oleh pihak tertentu.  Apa "celup" nak tahan orang-orang yang nak sampaikan pengetahuan agama?.  Kenapa tidak diteliti isi kandungan penyampaian dalam majlis ceramah berkenaan...? Jika tidak bertentangan dengan akidah Islam, biarkan sajalah.. atau ianya bertentangan dengan "kehendak" pemimpin-pemimpin politik tertentu?

Jika konsert artis luar negara yang membawa imej dan budaya serta pengaruh songsang, senang-senang saja dibenarkan membuat persembahan di negara ini.  Adakah perlakuan dan sikap seperti ini bersesuaian dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam?. Atau pada hakikatnya negara Islam yang diisytiharkan hanyalah "wayang" semata-mata bagi melindungi rancangan jangka panjang para penjajah kristian suatu ketika dahulu...?



**p/s : saya juga sedang berusaha untuk "berhijrah" ke arah yang lebih baik pada baki kehidupan di dunia dan persediaan bagi kehidupan yang abadi di akhirat...

Cinta Muka Bulu vs Cinta Muka Tak Malu

 
Assalamualaikum....

Najwa Latif dengan lagunya bertajuk "Cinta Muka Buku" berjaya mencetus fenomena seperti Yuna dengan lagu "Dan Sebenarnya". Ceritanya hampir sama walaupun ada sedikit perbezaan iaitu seorang gadis bertudung, menyanyi sambil bermain gitar dan berkebolehan mencipta lirik atau lagu (maaf ye Ana Raffali tak masuk line sebab tak pakai tudung).

Fenomena yang di bawakan oleh Najwa Latif, dengan menumpang populariti laman web sosial "Facebook", maka mewujudkan keinginan pihak tertentu untuk menyanyikan semula lagu Cinta Muka Buku dalam versi yang hampir sama tetapi lirik yang diubah secara..... (melampau..? melawak...?).  Lagu berkenaan adalah bertajuk Cinta Muka Bulu dan Cinta Muka Tak Malu.

Melalui artikel kali ini, saya nak komen sedikit berkenaan lirik dan lagu yang telah diubah.  Dalam lirik "Cinta Muka Tak Malu..", liriknya memang berterabur, tak tersusun dan penyanyi @ penciptanya tak bersedia untuk buat gubahan yang "cantik...", cuma buat santai dan suka-suka.  Namun ada sedikit unsur nasihat yang baik..

Berbanding dengan Cinta Muka Bulu, ia adalah persembahan yang menarik dan cubaan untuk meniru video rasmi lagu Najwa Latif itu boleh dikatakan berjaya untuk "mengejek" video yang asal.  Namun pemilihan subjek "Bulu", pada saya ianya tidak sesuai dan bolehlah dikatakan tak senonoh.  Di sini bulu apa yang mereka cuba nak maksudkan?  bulu (rambut) di muka seperti janggut, bulu hidung, bulu kening? atau bulu-bulu halus di pipi...?

Jika nak suka-sukapun, carilah "subjek" yang lebih baik selain dari "bulu".  Antara liriknya yang terasa jelik, jengkil dan "what ever" (sambil mata pandang ke atas, tangan ke bahu) ialah "kau hantar bulu, suruh aku terima kamu...".  Bulu apa yang dihantar tu? Bunyi dah la agak kelucahan dan sensitif.  Main hantar-hantar pula, dah macam nak hantar santau bulu...  

Bayangkan kalau kanak-kanak yang mendengar dan mereka semakin dibiasakan dengan lirik lagu yang ala-ala kelucahan, makanya kanak-kanak yang tidak tahu bezakan apa yang boleh (sopan) atau tidak dalam penuturan seharian mereka akan menjadikan budaya "double meaning" sebagai permainan mereka.

Bukannya saya berfikiran sempit atau nak menyekat kreativiti pencipta (penciplak) lagu, tetapi walaupun alasannya sebagai penghargaan dari peminat Najwa Latif, namun janganlah sengal sangat.  Cukup-cukuplah dengan masalah dalam filem, usah menambar onar di dalam seni muzik pula.


**p/s : saya hanya berfikir secara berlainan dari corak fikiran orang lain... ada pendapat sendiri yang perlu disampaikan....


Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards - Penglibatan syarikat arak dalam penajaan

 

Assalamualaikum....

Seharusnya para blogger yang menyertai program menjana pendapatan melalui pengiklanan tahu bahawa pihak Nuffnang ada menganjurkan "Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards" yang akan berlangsung pada 16 Disember 2011 di Kuala Lumpur.

Seramai 500 blogger dan tetamu dari seluruh rantau Asia-Pasifik sekali lagi akan melalui permaidani merah, dan dilayan dengan mesra dan meriah di Kuala Lumpur, antara ibu kota metropolitan yang sibuk di Malaysia. Selain daripada diberi penghormatan untuk bekerja keras dan sumbangan mereka kepada "blogosphere", mereka juga akan mendapat peluang untuk melawat bandar dan pengalaman budaya Malaysia yang unik untuk diri mereka sendiri.

Namun sedarkah anda bahawa penglibatan syarikat arak dalam acara kali ini...?.  Diharap blogger beragama Islam tidak melibatkan diri atau tidak mencalonkan sesiapa sahaja dalam anugerah blog ini kerana bagi mengelakkan terjadinya sokongan secara tidak langsung pada syarikat arak.

Kepada blogger beragama Islam, sama ada yang baru dan juga blogger lama, pastikan anda memilih untuk TIDAK memaparkan iklan dari syarikat rokok mahupun arak di blog anda.

Contest Mari Berpantun Bersama YUI


Assalamualaikum....

Saya ini bukanlah pemantun yang tegar, tetapi sesekali suka juga berpantun secara spontan.  Apabila pemilik blog "Corat Coret Nusha" mengadakan peraduan berpantun, saya pun menyahut bertalu-talu panggilan beliau untuk menyertai peraduan ini dari kejauhan....

Seperti yang dinyatakan di blognya, pemilik blog mengadakan peraduan seumpama ini bersempena hari lahirnya yang ke 23 tahun dan juga sempena bulan Bahasa Kebangsaan Malaysia.  Pantunnya mesti bertemakan "hari lahir"

Berikut adalah pantun dari saya untuk penyertaan peraduan kali ini :

Jom Join Bloglist Asrirayrock


Assalamualaikum...

Dalam minggu ini merupakan minggu dalam "mode" join bloglist (bukan blacklist tau, jangan silap..).  Bloglist Asrirayrock 2011 ini merupakan bloglist yang kedua saya sertai.

Bagi blogger yang berminat untuk "bersarang" di bloglist ini, sila klik banner di atas yang telah dipautkan ke laman blog penganjur.... Tarikh tutup penyertaan bloglist ini adalah pada 28/10/2011, iaitu pada hari Jumaat, jam 5.00 petang.

Jalinan ukhwah bersama cik Atiera

Assalamualikum....

Selamat datang kepada "cik blog" yang menganjurkan segmen ini.  Jemputlah berlegar-legar di halaman blog saya ini...

Saya juga menjemput semua blogger yang membaca artikel ini agar menyertai segmen jalinan ukhwah ini.  Ia adalah sebagai salah satu cara untuk mewujudkan silaturrahim di kalangan blogger di arena internet Malaysia.

Berikut adalah keterangan ringkas mengenai diri saya :

Nama : Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim

Umur : Jika ikut tarikh lahir 28 tahun, ikut tahun 29 tahun

Lokasi rumah : Melaka

Aktiviti Sekarang : Bekerja sendiri dengan mengusahakan kedai servis komputer dan pelbagai

Hobi : Membaca bahan-bahan berkaitan sejarah dan komputer, melayari internet, membantu sahabat
           terutamanya dari segi moral (motivasi), buat lawak spontan apabila dengan kawan-kawan.

Blogsmskey.blogspot.com (personal)   |  ictniaga.blogspot.com (bisnes sendiri)

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2011 - SEPARUH AKHIR KEDUA

Stadium Tunku Abdul Rahman, 
Paroi, Negeri Sembilan.

(perlawanan pertama = T-Team  2  |  Negeri Sembilan  4)

NEGERI SEMBILAN  2   |   T-TEAM  1
Negeri Sembilan layak ke peringkat akhir dengan agregat 6 - 3

---*---*---*---*---*---

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 
Kuala Terengganu, Terengganu. 

(perlawanan pertama = Selangor  0  |  Terengganu  2)


TERENGGANU  2  |   SELANGOR  1
Terengganu layak ke peringkat akhir dengan agregat 4 - 1

Lirik dan video lagu "Berdua Bersatu - Forteen"

 

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain dari mu

Jika dengan mu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika dengan mu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika dengan mu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika dengan mu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

 

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2011 - SEPARUH AKHIR PERTAMA


Stadium Shah Alam, Selangor 
SELANGOR  0  |   TERENGGANU  2


Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu 
T-TEAM   2  |   NEGERI SEMBILAN  4



Siaran langsung pilihan :

TV1


Mokhtar Dahari, Safee Sali dan Ghani Minhat

Biodata Mokhtar Dahari

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970).

Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.

Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. 
Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976



Safee Sali

Kini, di zaman Malaysia sedang mula mencakar untuk menuju semula ke puncak kegemilangan bola sepak, kita dikurniakan seorang pemain penyerang yang sangat berbakat dan menjadi rebutan negara-negara sekitar Malaysia iaitu Mohd Safee Bin Mohd Sali (Safee Sali).

Malah komentor sukan, juga peminat sepakbola di Indonesia juga memberi maklumbalas positif mengenai kehadiran beliau di dalam pasukan Pelita Jaya FC.  Keraguan dan kebimbangan peminat di Malaysia akan keselamatan Safee Sali jika bermain di Indonesia ternyata meleset.  Tanggapan seperti itu tercetus lantaran kecemerlangan Safee Sali dan rakan sepasukan mengalahkan Timnas Indonesia di Piala AFF Suzuki 2010 yang lalu.

Namun saya percaya dengan semangat kesukanan dan profesionalis peminat sukan di Indonesia tidak akan menimbulkan keributan dengan kehandalan Safee Sali kerana seni dalam sukan bola sepak adalah sesuatu yang harus dikongsi dan dinikmati bersama....


Ghani Minhat

Sama juga perihalnya dengan Raja Bola Sepak Asia iaitu Ghani Minhat.  Ghani Minhat juga hebat di zamannya dalam era 1950-an.  Para pemain pasukan lawan terutamanya dari Indonesia mengatakan beliau menggunakan ilmu hitam kerana bola seperti melekat di kaki Ghani Minhat setiap kali "membawa" dan "melarikan" bola...

Bagi saya arwahyarham Mokhtar Dahari, Safee Sali dan Ghani Minhat adalah anugerah yang dikurniakan Allah SWT di zaman yang berbeda tetapi mempunyai peranan yang sama iaitu menjadi pencetus kebangkitan mutu bola sepak di Malaysia.

Menjadi pembunuh dalam tak sedar..!



Assalamualaikum...

Isu rokok sudah  agak jenuh diperkatakan oleh pelbagai pihak.  Penglibatan syarikat rokok dalam penajaan sukan di Malaysia terutamanya dalam sukan bola sepak telah lama diberhentikan, itupun setelah desakan dari badan kesihatan sedunia (WHO). 

Pihak Majlis Fatwa Negeri Selangor telah lama mengisytiharkan bahawa merokok hukumnya haram, namun ianya kurang mendapat kerjasama dan sokongan dari majlis fatwa negeri lain malah pemerintah pun seperti kurang serius dalam mewar-warkan dan menyokong fatwa ini.  Mungkin kerana atas dasar "sumber pendapatan" dan ada menteri-menteri dalam pentadbiran yang merokok.

Allah memerintahkan kita untuk memakan bukan hanya makanan yang halal, tapi juga yang baik dan tidak merosak kesihatan:

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” [Al Maa-idah 88]

Allah melarang kita untuk merosak diri / kesihatan kita dan juga orang lain:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” [Al Baqarah 195]

Berbagai pemerhatian dan kajian telah menemukan 4.000 bahan kimia di mana 400 di antaranya beracun dan 40 di antaranya adalah karsinogen iaitu zat yang boleh menimbulkan penyakit kanser!

Berikut adalah antara bahan-bahan yang terkandung dalam sebatang rokok :

Acetone (kepingan cat)
Tar (tar jalan raya)***
Naphthylamine
Methanol (bahan pembakar roket)
Nicotine (racun serangga dan hama)
Pyrene***
Naphthalena (mothballs)
Cadmium (bahan yang digunakan dlm bateri kereta)***
Carbon Monoxide (gas beracun dlm ekzos kereta)
Bezopyrene***
Vinyl Cloride (membuat pvc)***
Hydrogen Cyanide (racun dlm saluran gas)
Toluidine***
Ammonia (pencuci lantai)
Urethane***
Toluene (larutan industri)
Arsenic (racun semut putih)***
Nickel***
Phenol (ubat pembasmi dan pembunuh kuman)
Butane (bahan pembakar pemetik api)
Polonium-210***
DDT (racun serangga)

Bahan yang bertanda " *** " adalah bahan-bahan penyebab kanser.

Kepada perokok-perokok..., masihkah anda ingin merokok selepas mengetahui semua ini serta menjadi PEMBUNUH kepada diri sendiri dan orang lain yang berada di sekitar anda...?

Lagu & lirik "Tak ku sangka Tak ku duga " nyanyian Apit & Appy


Malam...
Ku tidur tak lena
Teringatkan dirimu
Terimbas kembali kenangan lalu
Alangkah indahnya bersamamu

Mengalir air mataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersamamu
Sukarnya untuk ku melupakanmu

Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji akan setia menanti
Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kisah
Dari kau terus membuat ku menunggu 

Tak ku sangka
Tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Dah ku cuba
Pertahankan
Namun dirimu pergi jua

Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begitulah sikap mu oh sayang

Kau lontar cintaku ditepian
Ku bagaikan hanyut di lautan
Yang lemas di dalam percintaan
Dipukul gelombang keresahan

Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji akan setia menanti
Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kisah
Dari kau terus membuat ku menunggu

Tak ku sangka
Tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Dah ku cuba
Pertahankan
Namun dirimu pergi jua 

Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begitulah sikap mu oh sayang

Kau lontar cintaku ditepian
Ku bagaikan hanyut di lautan
Yang lemas di dalam percintaan
Dipukul gelombang keresahan

Mengalir air mataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersamamu
Sukarnya untukku melupakanmu...
 
**P/s : Harapnya mana-mana artis yang nak nyanyikan semula lagu orang lain agar tidak merosakkan atau mencacatkan kesenian lagu dan nyanyian asal. Pastikan ianya lebih baik...

Doa pengubat kecewa bercinta

 
Setiap usaha perlu disertakan dengan niat yang jelas dan pengamalan yang berterusan.  

Motivasi diri :
"Kadangkala luahan qalbu tidak terungkap. Namun begitu…jika ianya datang dari jiwa yang bersih dan ikhlas, maka ianya boleh dirasai dalam hati insan yang dituju..."


"Jika benar kamu sayangkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia milik insan lain.."

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya kebahagiaan yang ditakdirkan dengannya...."



"Mengapa Tuhan memberikan "mendung" dalam hari-hari kehidupan kita..? Kerana di akhirnya kelak Tuhan ingin memberi sinar pelangi yang sangat indah pada kita..."

"Percayakan janji Allah SWT bahawasanya Dia tidak membiarkan hambaNya menderita kerana Dialah Tuhan Yang Maha Pengasih, Pemurah dan Penyayang..."

Segmen Dua Gambar Bercerita : Pindah Barang

 

Assalamualaikum...
Anda pernah mengalami aktiviti pindah memindah?.  Sebahagian besar dari kita pasti pernah merasainya sama ada berpindah itu disebabkan masalah bencana alam, pindah tempat kerja, perkahwinan atau dah membeli rumah baru...

Selain dari kenderaan sendiri seperti kereta atau van, lori juga menjadi pilihan utama untuk mereka yang perlu  memindahkan barang dalam kuantiti yang banyak dan besar.  Jika barang itu tidak banyak atau tidak terlalu besar, maka kenderaan sendiri jadi pilihan.

Namun ada juga orang yang "pendek" akal dalam melaksanakan urusan pindah-pindahan ini.  Contohnya seperti di bawah ini :




Apa penyelesaian anda...?

Sistem Jangkaan Hayat JPM : kiraan statistik atau tahyul?

 

 

Assalamualaikum...
Melalui laman web Jabatan Perangkaan Malaysia di bahagian "Fun with stat, mereka telah membangunkan satu sistem untuk mengira umur kematian anda...!!!.  Seolah-olah berseronok dengan umur kematian anda...

Dalam erti kata lain, anda boleh tahu dan mengagak pada umur berapa anda mati (sila rujuk gambar di atas).Sesuai untuk anda merancang kembali perjalanan hidup dan mengaudit qalbu.


Sila ikuti penerangan dari JPM :

Jangkaan hayat adalah jangkaan (dalam statistik) jumlah tahun kehidupan yang tertinggal di usia tertentu. Ia bermaksud purata jumlah tahun-tahun berikutnya kehidupan seseorang itu selaras dengan pengalaman kematian tertentu. 

Jangkaan hayat sesuatu kumpulan individu sangat bergantung kepada tahap penjagaan kesihatan. Jangkaan hayat dijana berdasarkan kepada kadar kematian dengan menggunakan model Coale-Demeny (West) dan Brass Logit. 

Sistem Jangkaan Hayat dibangunkan hanya bertujuan untuk memberi gambaran berkenaan anggaran jumlah purata baki umur seseorang individu.

Makanya, apakah pendapat anda sendiri mengenai aplikasi sistem seperti ini...?

Safee Sali jadi kapten Pelita Jaya musim liga 2011/2012, Indonesia Super League

 

Assalamualaikum

Safee Sali telah diumumkan sebagai Kapten Pasukan bagi Pelita Jaya untuk musim liga  Indonesia Super League 2011/2012. Satu penghargaan besar serta sejarah buat Safee dan peminat bola sepak Malaysia. Pertama kali anak Malaysia dilantik ketua pasukan professional luar negara.

Safee dalam ucapannya lepas diumumkan berjanji utk memikul tanggungjawab yang besar ini dgn baik dan mohon kerjasama semua untuknya jalankan tugas dgn baik.

Tetapi ada kemungkinann juga pihak pengurusan sengaja "menciptakan" sejarah ini bagi mengikat secara tidak langsung untuk terus menabur bakti pada Pelita Jaya dari berpindah ke kelab lain, sekurang-kurangnya hingga ke akhir musim liga bola sepak di Indonesia.

Jam Populasi Malaysia : kaedah mengira jumlah penduduk

 

Jam Populasi Malaysia

Unjuran Jam Populasi Malaysia dikemaskini setiap minit. Unjuran Jam Populasi meliputi semua penduduk di mana tempat kediaman biasa adalah di kesemua 16 Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Unjuran ini tidak termasuk penduduk Malaysia yang tinggal di luar Malaysia ( contohnya : pelajar, pekerja, duta dan sebagainya). Unjuran ini adalah berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan 2000, yang telah dijalankan pada 5 Julai 2000. Data Banci ini telah disesuaikan untuk kurang perhitungan dan ke pertengahan tahun.

Unjuran Jam Populasi ini dijana, pertama, bilangan penduduk yang diperoleh daripada Banci Penduduk dan Perumahan disesuaikan untuk kurang perhitungan, ke pertengahan tahun dan pelicinan umur. 

Seterusnya, bilangan ini ditambah bilangan dengan angka kelahiran, ditolak kematian dan ditambah dengan migrasi (antarabangsa). Komponen kelahiran dan kematian yang dianggarkan adalah berdasarkan kepada angka kelahiran dan kematian yang diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi. Unjuran ini tidak mengambil kira faktor seperti bencana alam atau wabak penyakit, yang mana boleh memberi kesan yang ketara dalam anggaran kematian. 

Andaian yang digunakan adalah malar bagi tempoh masa tiga bulan ( setiap suku tahunan ) sebelum dikemaskini. Pertambahan penduduk mungkin mengalami sedikit ketidaksamaan disebabkan pembulatan.

Andaian yang digunakan bagi mengunjur penduduk ini adalah seperti berikut :
  • satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
  • satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
  • seorang migran masuk(antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
  • pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk bagi setiap 56 saat

Sesi Prelude Revolusi: FORMULA FACEBOOK oleh Irfan Khairi

    

    

  

Assalamualaikum...

Pada hari Ahad 9hb Oktober 2011, saya telah menyertai sesi Prelude Revolusi: FORMULA FACEBOOK yang diadakan di Emperor Hotel Melaka.  Ianya dikendalikan oleh mentor jutawan internet tersohor di Malaysia dan boleh dianggap sebagai "guru" dalam dunia internet iaitu Irfan Khairi.

Dalam sesi kali ini kebanyakkan tips-tips yang disampaikan oleh beliau adalah seperti yang terkandung dalam webinar (seminar melalui laman web) yang pernah diadakan sebelum ini.

Antara perkara yang telah beliau kongsikan melalui seminar yang telah mendapat tajaan beberapa syarikat koporat ialah :

  • TREND TERKINI produk dan perkhidmatan terbaik untuk dijual di Facebook!
  • Cara membina jenama perniagaan melalui Facebook
  • Formula menjana pendapatan melalui Facebook
  • Teknik "PANAS" promosi melalui Facebook
  • Preview Revolusi Media Sosial & pemberian diskaun bagi mereka yang berminat
  • SESI BONUS (khas untuk mereka yang mendaftar ke seminar Revolusi Media Sosial): Cara menambahkan penyokong/followers di Facebook dari 0 ke 10,000!

Steve Jobs : Perginya seorang lagenda gajet elektronik



artikel asal dikarang oleh Eruwan Gerry


Steve Jobs merupakan usahawan yang telah membina syarikat dan jenama Apple sehingga menjadi satu jenama yang terkenal di seluruh dunia. Beliau telah memperkenalkan pelbagai produk hebat yang masih lagi menjadi kegilaan sehinggakan ke hari ini oleh ramai orang daripada pelbagai lapisan umur iaitu iPod, iPhone dan juga iPad.


Anda mungkin memiliki salah satu atau lebih gadget-gadget Apple hebat yang telah diperkenalkan oleh Steve Jobs ini atau sekurang-kurangnya anda pernah melihat gadget-gadget tersebut dipapar di pelbagai media massa sebelum ini. Begitulah kehebatan syarikat Apple dan wawasan Steve Jobs sehingga produk-produk beliau menjadi kegilaan orang ramai dan beliau telah mampu membuka niche baru yang belum pernah difikirkan oleh orang lain seperti niche tablet yang telah dipelopori oleh iPad.


Mengapa syarikat Apple dan juga Steve Jobs mampu mencapai kedudukan sedemikian sehingga mampu melihat situasi dan potensi yang langsung tidak dapat dilihat oleh ramai usahawan lain di seluruh dunia?.  ianya disebabkan oleh pemikiran out-of-the-box Steve Jobs dan juga keberanian beliau untuk bertindak di atas idea yang telah beliau fikirkan.

Semenjak zaman remaja Steve Jobs, beliau suka melihat sesuatu perkara atau masalah dari satu sudut yang lain berbanding orang lain. Walaupun orang ramai mengatakan sesuatu perkara sukar untuk dilakukan, tetapi beliau tidak terus menerima hakikat tersebut dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang belum pernah difikirkan boleh oleh orang lain. Ini jelas terbukti apabila beliau menghasilan komputer pertama Apple iaitu Mac. Komputer tersebut lebih mudah dan cantik berbanding komputer-komputer jenama lain masa waktu itu dan jauh lebih murah sehingga mampu dimiliki oleh ramai orang.

Dengan penghasilan iPod, sekali lagi Steve Jobs telah menentang pemikiran pada masa itu yang mana tidak mungkin melebihi 1000 lagu boleh disimpan di dalam satu gadget yang kecil. Begitu juga dengan penghasilan gadget-gadget seterusnya iaitu iPhone dan iPad. Kesemuanya telah mewujudkan satu hakikat baru yang belum pernah lagi difikirkan boleh sebelum itu.

Selain dari sifat beliau yang sukar berfikir “di luar kotak”, beliau juga seorang yang berani mengambil tindakan sedangkan beratus ribu orang lain berfikiran negatif tentang produk-produk yang ingin beliau hasilkan. Mereka semua ingat yang mereka betul dan Steve Jobs tidak akan berjaya. Idea-idea Steve Jobs dikatakan cuma angan-angan yang tidak mungkin boleh direalisasikan. Ternyata mereka semuanya salah dan Steve Jobs juga yang betul akhirnya.

Marilah kita berfikir tentang syarikat Apple dan juga mengenai Steve Jobs. Cuba fikir bagaimana kita boleh memupuk dua sifat hebat beliau yang telah saya jelaskan tadi iaitu berfikir di luar kotak dan juga berani bertindak, di dalam situasi kita menjalankan perniagaan internet.

Jika kita mahu membina sesuatu kejayaan yang hebat, kita perlu boleh berfikir sesuatu yang lain berbanding apa yang sedang difikirkan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang usahawan produk digital, cuba hasilkan produk-produk yang belum pernah lagi dihasilkan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang penjual di portal Lelong atau eBay, cuba jual barangan lain yang belum pernah dijual oleh orang lain atau anda boleh melakukan strategi promosi yang belum pernah lagi dilakukan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang affiliater, cuba lakukan cara promosi affiliate yang belum pernah lagi dilakukan oleh mana-mana affiliate lain.

Anda bukan saja perlu berfikir di luar kotak tetapi anda juga perlu berani untuk mencuba dan bertindak. Jangan berfikiran negatif dan cuba aplikasikan idea-idea anda dengan sebaik mungkin.

Jika anda mampu memupuk kedua-dua sifat hebat Steve Jobs ini, anda akan menjadi seorang usahawan internet yang hebat di dalam apa jua model perniagaan internet yang anda ceburi dan mampu menjana keuntungan yang besar di dalam dunia perniagaan internet.

Himpunan Hijau 109 - protes Lynas

 
**Buat apa cari penyakit...? Loji nuklear lebih mengundang bahaya dari manfaatnya seperti 
mengundang serangan musuh negara ke logi nuklear (dijadikan bahan ugutan musuh)


Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.  Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceramah membuat ucapan.

Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.  Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpul mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis, mereka menjadi marah dan meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.  Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof  bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

Nama tempat yang pelik dan jarang kedengaran



Assalamualaikum...

Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan, bertambah pengetahuan.  Begitulah yang boleh digambarkan apabila kita melihat nama-nama tempat yang mungkin tidak terfikir ianya wujud, malah mungkin akan mengelirukan bagi mereka yang mengembara ke sesuatu tempat.

Bayangkan jika salah seorang sahabat bertanya kepada anda;  "raya nanti kau raya kat mana?" dan anda menjawab; "aku raya kat Kampung Bandar".  Agaknya apa fikiran sahabat yang bertanya itu...?.  Kemungkinan sahabat anda itu akan membalas; "kau ni betul-betul la, kat kampung ke kat bandar...?".

Jawatan kosong di Malaysia


Assalamualaikum....

Dengan ikhlas saya katakan, saya amat terkesan dengan gambar ini.  Janganlah anda menganggap ianya satu jenaka sebaliknya sebagai peringatan yang sangat bagus untuk "kehidupan selepas mati".

Kita seringkali terlalu leka dan sibuk mencari "kerja kosong" bagi memenuhi tuntutan hidup di dunia sedangkan kerja kosong bagi menyediakan diri di alam kehidupan selepas mati nanti seringkali diabaikan dan diambil ringan.

Jika kita mengambil dunia, kita hanya mendapat dunia semata-mata, namun Allah SWT telah berjanji bahawasanya jika hambaNya mengambil akhirat, maka akan dapat kedua-duanya iaitu dunia serta akhirat.

Dan ingatlah wahai saudara seagama ku......

Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri :

“Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?”

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali :

“Kerana dosaku terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat.”


"Ya Allah... ampunilah dosa ku... berikanlah aku kekuatan dan ketetapan hati untuk 
aku menyempurnakan diri ku sebagai seorang muslim yang layak ke syurgaMu...."

Video clip Nabil melamar Nazirah - ( The Proposal )

  
**Saya selaku peminat Nabil mendoakan semoga pernikahan beliau bersama Nazirah kekal selamanya...


Assalamualaikum...

Semestinya satu Malaya dah tahu pernikahan Nabil dan pasangan pilihannya iaitu Nazirah.  Setelah pelbagai dugaan melanda Nabil, akhirnya Nabil mengambil tindakan yang bijak dengan menamatkan segala spekulasi dan gossip liar dengan bernikah dengan Nazirah iaitu kenalannya sejak enam tahun lalu.

Kalau anda belum lagi layan video lamaran Nabil pada Nazirah, di bawah ini saya sediakan paparan video tersebut.  Walaupun ianya rakaman video terancang, namun tetap memberi kesan yang masuk terus ke qalbu mereka yang ingin bernikah, malah saya juga mendapat inspirasi dari video ini.  Insya Allah, dalam tahun depan saya pula akan bernikah... Harap anda tolong doakan semoga hajat saya itu dapat dicapai.... :-)

Sejarah bola sepak Malaysia : Rekod kemenangan terbesar 15 - 1

 
 Menewaskan Filipina 15-1 - margin kemenangan terbesar yang pernah pasukan kita kecapi. 
(tidak dapat dipastikan ini adalah dalam kejohanan apa...)

Pada bulan Ogos 1962, skuad bola sepak negara kita menarik perhatian dunia dengan kemenangan yang menakjubkan, yang terukir dalam buku rekod iaitu menewaskan Filipina dengan margin jaringan 15-1 di Jakarta. 

15 gol telah menjadi rekod kemenangan terbesar Malaysia di peringkat antarabangsa sehingga kini, dan ianya berlaku dalam masa beberapa bulan selepas skuad mendapat pingat gangsa pada tahun 1962 Sukan Asia.

Apabila dunia hiburan ditanya soal Hukum Hudud

 
Salah sebuah ruangan dalam akhbar harian keluaran 05 Oktober 2011 (sumber dari rangkaian facebook)

Soalan bodoh lagi jahil diutarakan oleh wartawan pada orang-orang Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad yang beragama Islam, mesti tersemat dalam hati untuk menegakkan kalimah dan undang2 Islam di negara ini, bukannya bertanya wajar atau tidak.... Sepatutnya bertanya bagaimana cara untuk merealisasikan perlaksanaan Hudud...


Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini isu perlaksanaan Hukum Hudud semakin menjadi buah butir percakapan orang terutamanya pada mereka yang mempunyai kepentingan politik.

Lihat pula artikel seperti pada gambar di atas.  Begitulah jawapan orang-orang yang bukan dalam bidangnya dan bukan pada yang lebih berkelayakan untuk menjawabnya.  Jawapan dari orang-orang industri hiburan kurang baik untuk diperhebahkan bagi pembacaan masyarakat kerana kemungkinan besar terdapat kecacatan dalam olahan pendapat mereka.  Jika tidak mendapat penerangan dari sumber yang berkelayakan dan yang sahih, maka akidah boleh terpesong dan perkara yang wajib akan diringan-ringankan.

Dalam isu Hudud, golongan ahli agama, imam atau ustaz (bukan ustaz periuk nasi), adalah yang paling sesuai untuk ditanya dan jawapan mereka insya Allah sesuai untuk pembacaan umum.

Pada pendapat saya, jika pemerintah sedia ada betul-betul inginkan Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang kukuh yang bersesuaian dengan pengisytiharan Malaysia sebuah negara Islam.., sejak dari awal kemerdekaan lagi kita sudah membuat persediaan untuk ke arah penggunaan sistem perundangan Islam. Ini tidak, dari dulu hingga kini, ada orang kata kita belum bersedia dan pelbagai lagi alasan untuk menolaknya.  Lagi lama ditangguh perlaksanaannya, lagi banyak kerosakan yang berlaku pada masyarakat.

Dah ada orang yang nak ikut salah satu hukum dalam Hudud,  seperti kes model yang mengaku salah minum arak, tetapi pihak pemerintah pula yang seboleh-bolehnya cuba mengelak.  Apa-apapun keadaan, hukum hakam Islam perlu ditegaskan dan dilaksanakan tanpa rasa ragu.  Dunia dah akhir zaman.. sampai bila nak tunggu lagi... Kenapa mesti beria-ia mempertahankan undang-undang warisan penjajah kristian?

Kepada ustaz-ustaz, ahli-ahli agama "periuk nasi", dunia akhir waktu sudah semakin sampai ke puncaknya... Silalah kembali ke landasan yang telah ditunjukkan oleh Nabi dan Rasul Muhammad SAW....

Jadual perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2011 - peringkat suku akhir pertama dan kedua

 
**Jadual dalam bentuk format gambar jpg.  Klik pada gambar jadual di atas bagi pautan ke paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum...
Di atas merupakan jadual yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia bagi pertandingan Piala Malaysia 2011, peringkat Suku Akhir untuk perlawanan pertama dan kedua.  Dengan adanya jadual seperti ini, dapatlah para peminat sukan bola sepak untuk merangcang aktiviti serta perjalanan.

Sokonglah secara berhemah dan menjaga adab serta tatasusila anda selaku orang Islam dan Melayu 9sekiranya berkenaan).  Jagalah kebersihan persekitaran stadium.  Lihatlah nanti apakah masih lagi terdapat "objek terbang" yang akan masuk ke kawasan padang....

Promosi

Babab.net