Keputusan perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia dan Arsenal

Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan pra-musim kelab Liga Perdana England itu selepas memperolehi gol melalui sepakan penalti Aaron Ramsey, sebelum Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky melengkapkan kemenangan bergaya kelab London itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Separuh Masa Pertama
Malaysia (  0 ) vs (  2  ) Arsenal
                                                                                       Ramsey - 5' Penalti
                                                                                       Theo Walcott- 37'

Separuh Masa Kedua
Malaysia ( 0 ) vs (  4  ) Arsenal
                                                                                     Carlos Vela-58'
                                                                                     Rosicky-90'

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya terdapat lontaran pandangan yang pro dan kontra.  Ada peminat yang mengatakan mereka berpuas hati dengan "persembahan" pasukan bola sepak Malaysia kerana memperlihatkan kesungguhan dalam perlawanan berkenaan.  Namun tidak kurangnya ada yang melemparkan kata-kata negatif pada pasukan "Harimau Malaya" ini.

Bagi saya, pasukan bola sepak Harimau Malaya perlu segera memperbaiki mutu permainan bagi melanjutkan peluang dalam persaingan bola sepak di peringkat yang lebih tinggi.  Fokus perlawanan yang sangat-sangat perlu diberi perhatian adalah pusingan kelayakan ke Piala Dunia nanti.  Mereka masih ada masa untuk mengenali kekuatan dan kemampuan sebenar skuad "Harimau Malaya".


Norshahrul Idlan Talaha (kiri) dikawal ketat pemain Arsenal, Traoe 
dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. 
 
 Pemain pasukan Arsenal, Jack Wilshere (tengah) dalam perebutan bola 
dengan pemain Harimau Malaya, Amriulhadi Zainal (jersi nombor 21).

 Tomas Rosicky menewaskan penjaga gol Malaysia, 
Khairul Fahmi Che Mat untuk gol keempat Arsenal

**Artikel ini akan dikemaskini dan ditambahbaik dalam masa yang terdekat...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan