Aduh, peritnya cabut gigi...!



Assalamualaikum....

Dalam dua minggu kebelakangan ini saya kurang sihat dan terpaksa mengambil cuti panjang. Maklumlah sekarang ini pun musim "gangguan kesihatan" tidak menentu. Salah satu gangguan kesihatan yang saya kena ialah sakit gigi.

Semasa artikel ini ditulis (Selasa, 12 Julai 2011), saya baru sahaja cabut gigi di Klinik Pergigian Tampin, Negeri Sembilan.  Mungkin ada yang akan bertanya kenapa di Negeri Sembilan sedangkan saya tinggal di Melaka?.  Ini kerana saya sedang bercuti di kampung saya di Melaka dan pekan yang paling hampir dengan kampung itu ialah di Tampin, Negeri Sembilan.  Kerana kesakitan yang berulang menyebabkan saya memberanikan diri untuk mendapatkan rawatan mencabut gigi.

Seingat saya kali terakhir membuat pemeriksaan gigi ialah semasa di sekolah menegah dalam tingkatan 3. Kalau cabut gigi pula semasa di sekolah rendah.  Kini saya merasai semula pengalaman yang "mengerikan" tersebut.  Sebelum dicabut, saya disuntik dengan bius pada gusi gigi bahagian bawah sebelah kanan dan kemudian diminta untuk tunggu seketika sementara bius berkenaan berkesan.

Apabila doktor gigi berkenaan memanggil saya, perasaan menjadi semakin risau. Tangan menggigil dan tubuh mengejang walaupun doktor dan jururawat meminta saya "melembutkan badan" dan jangan "melawan".  Ada yang kata jika cabut gigi di bahagian bawah kurang sakit, namun saya tetap merasai keperitannya. Bius yang disuntik seperti tidak memberi kesan dalam mengurangkan kesan kesakitan mencabut gigi. Ramai juga yang kata kualiti ubatan di klinik dan hospital kerajaan adalah dari jenis yang rendah mutunya.

Mengikut kata doktor, ada dua gigi yang perlu dicabut, namun hari ini hanya satu gigi sahaja yang dicabut kerana kesakitan mencabut satu batang gigipun tak tertahan rasanya, inikan pula kalau dua batang gigi.  Untuk mencabut sebatang lagi gigi yang buat masa ini belum lagi sakit mungkin mengambil masa yang lama untuk saya buat keputusan.  Sakit gila wooo.....

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan